McDonald’s Malaysia Rancakkan Pembangunan Sosio-Ekonomi Negeri Sembilan | Pada 8 Mac 2022 lalu, Majlis Perasmian Restoran Pandu Lalu McDonald’s Tampin dan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Yayasan Jaafar Ahmad telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dalam mencapai Visi McDonald’s Malaysia 2026, salah satu perancangan pelan pembangunannya adalah pembukaan restoran McDonald’s di Tampin ini. Ianya juga adalah sumbangan McDonald’s Malaysia kepada inisiatif Kerajaan negeri dalam merancakkan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan amnya dan juga penawaran pekerjaan bagi komuniti setempat khususnya di Tampin.



YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022.



Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia.  Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,- Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia


Pembukaan Cawangan Restoran McDonald’s 

Restoran McDonald’s Tampin ini adalah restoran ke-15 dibuka di Negeri Sembilan. Pembukaan ini adalah kerana lokasinya yang strategik serta berdekatan dengan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan. McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah.

McDonald’s Malaysia menjangkakan restoran ini bakal menyediakan hidangan saat-saat keriangan kepada pelanggan dari kawasan sekitar.  Sejak dibuka pada penghujung tahun 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan, iaitu satu angka yang amat membanggakan bagi sebuah restoran yang masih muda.


Keunikan Restoran McDonald’s Tampin

Restoran McDonald’s Tampin ini mempunyai keunikkannya yang tersendiri dimana bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin dan telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s.  Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.



 

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) – Yayasan Jaafar Ahmad & Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.


Bukan sahaja bentuknya yang unik, bahkan Restoran McDonald’s Tampin ini juga digandingkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) – Yayasan Jaafar Ahmad. Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka.

Ianya sebagai inisiatif Ronald McDonald House Charities dalam memberi sokongan kepada keperluan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dan masalah pembelajaran. Ianya memudahkan untuk penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan khas bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran tanpa perlu pergi ke tempat yang lebih jauh.



Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad.
Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 



Majlis Penyampaian Bayaran Zakat Korporat McDonald’s Peringkat Negeri Sembilan



YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  

 

Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini.  Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun - YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

 

McDonald’s Malaysia sebagai sebuah organisasi yang sentiasa prihatin dan penyayang terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan dan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat. 

Sebagai yang pernah menetap di Negeri Sembilan, Bonda amat berbangga, teruja serta bersyukur terhadap usaha McDonald’s Malaysia dalam memperkasakan sosio-ekonomi rakyat Negeri Sembilan. McDonald’s Malaysia menyasarkan bagi sumbangan kepada pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dengan menyediakan peluang pekerjaan, membantu kanak-kanak istimewa dengan perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad dan menyalurkan bantuan kebajikan melalui pembayaran zakat korporat. Ianya satu usaha murni yang harus dicontohi oleh badan-badan korporat yang lain di Malaysia.

 

Tahniah McDonald’s Malaysia!