Tips nak berjaya dalam perniagaan memang ada banyak. Sana sini dikongsikan tentang tips-tips cara nak berjaya dalam perniagaan ini. Namun dalam banyak-banyak perkongsian, hati rasa tertarik dengan perkongsian berkaitan tips nak berjaya dalam perniagaan dari segi Islam.
Antara tips-tips yang ditekankan untuk
berjaya dalam perniagaan dari segi Islam ini adalah seperti :
Usahawan yang hebat lagi berjaya adalah mereka yang jelas tentang
kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan itu digunakan untuk memacu perniagaan ke
tahap yang lebih baik.
#4 - Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes
Kereta besar, rumah besar, jam/beg tangan mahal dan
material-material mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan. Ia hanya menjadi
salah satu daripada hadiah untuk membangkitkanb motivasi dan meningkatkan estim
diri.
#5 - Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah
Oleh itu, apabila kita memperoleh kejayaan
walaupun kecil, ucapkan syukur dan lakukan kebajikan mengikut kemampuan agar
kita memperoleh lebih banyak punca rezeki.
#6 - Berbisnes Kerana Allah/Agama
Dalam Islam, agama menuntut untuk melakukan
perniagaan. Kerana dengan perniagaan, kita mampu untuk mewujudkan peluang
pekerjaan yang halal lebih banyak.
Rujukan tips : Huda Hakim
Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman
Melihat kepada perkongsian tadi, terlintas tentang sebuah perkongsian oleh Datuk K baru-baru ini, di mana beliau ada menceritakan tentang kisah kejayaan anaknya yang bernama Asyraf.
Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.
Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu.
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.
"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.
Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.
Tambah Asyraf, beliau mengerti perjalanannya masih jauh namun beliau
sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor
sendiri.
Dr Azizan Osman Turut Tekankan Nilai Islam Untuk Berjaya Dalam Bisnes
Asyraf melihat Dr Azizan Osman sebagai mentor yang terbaik
buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah
secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama
Maha Esa.
Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik
Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu
tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek
berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.
Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui
dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan
jutawan.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh
mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya
percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil
bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.
Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.
Gagal Berniaga Boleh Berjaya Dengan Mengubah Tindakan
Semakin hari semakin ramai orang melibatkan diri
dalam dunia bisnes. Lagi-lagi sekarang sudah ada konsep bisnes online yang
boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Namun kerana tidak mengambil berat
soal ilmu bisnes online yang betul menyebabkan ada antara mereka yang menemui
kegagalan.
Nasihat ikhlas, jika nak berjaya dalam dunia bisnes ini terutamanya, ada baiknya dicontohi sikap Asyraf yang segera mencari mentor supaya beliau tidak tersalah jalan.
Perniagaan ini tidak semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha keras akan berjaya. Jika punya mentor akan lebih beruntung kerana ada orang yang akan membimbing tangan menuju ke jalan yang betul berdasarkan pengalaman dan ilmu-ilmu yang mentor itu miliki.
Untuk menjadi salah seorang ‘anak didik’ kepada
mentor usahawan terkenal, Datuk Wira Dr Azizan Osman boleh layari website utama
RichWorks atau terus ikuti chanel utama telegram mereka.
Layari www.richworks.com
Jom sertai https://t.me/AzizanOsmanOfficial
0 Comments