Jangan Jadi MERTUA, IPAR & MENANTU MADE IN NERAKA | Mendapat perkongsian menerusi FB tentang coretan Nur Habibi Qalbi tentang 'Jangan Jadi Ipar Made In Neraka'. Perkongsian yang benar-benar membuka mata mana-mana ipar yang hidupnya seperti ini. Perkongsian ini dilihat dari sudut kita adalah keluarga mertua pada seseorang menantu. 

'Jangan Jadi Ipar Made In Neraka'

Bila adik beradik kita kawin dengan seseorang. Layanlah ipar tu baik-baik. Kalau boleh jangan dibeza-besakan ipar ini dengan ipar itu. Ipar ini mungkin rajin di dapur. Tapi ipar itu pulak tak kedekut hulur duit atau belanja. Sama-sama ada baiknya.

Buruk ipar ini jangan di jaja pada ipar lain. Kalau ipar ini bermasam muka dengan ipar itu, kita mesti jadi penyejuk dan pendamai. Bukan menjadi pengadu domba yang akan memburukkan lagi situasi rumahtangga adik beradik kita.

Jangan menuntut ipar tu sempurna di mata kita. Sebab dia kawin dengan saudara kita, bukan dengan kita. Dia mungkin sempurna pada mata saudara kita. Bukan di mata kita.

Jangan memaksa agar ipar tu ikut gerak geri keluarga kita. Kerana dia dibesarkan oleh mak ayahnya dengan cara  yang berbeza. Dia tidak dibesarkan di dalam keluarga kita.

Sebolehnya, jadilah ipar yang memberi ketenteraman dan kebaikkan agar rumahtangga adik beradik kita berkekalan. Bukannya jadi ipar MADE IN NERAKA yang suka melihat rumahtangga keluarga hancur dan bercerai berai.


Yang dapat ipar baik tu.. Ucaplah Alhamdulillah


'Jangan Jadi Menantu Made In Neraka'

Itu perkongsian Nur Habibi Qalbi tentang 'Jangan Jadi Ipar Made In Neraka', kita tukar pula kedudukan dari Ipar tadi kepada MENANTU.

Biasa menonton drama 7 Hari Mencintaimu part 1 & 2? Drama yang sedang hangat ditonton oleh masyarakat Malaysia pasti sinonim dengan watak Mia Adriayana yang megundang kemarahan ramai penonton.

Mengapa kita dihidangkan dengan drama sebegini? Memaparkan watak menantu yang boleh diketegorikan sebagai 'Menantu Made in Neraka' gayanya.

Bila sebut 'Menantu Made in Neraka' macam si Mia ni, macam-macam perangai menantu yang buatkan mertua dan ipar duai MAKAN HATI malah ada yang lebih buruk perangainya dari yang Mia tunjukkan. Siapa yang pernah lalui pasti setuju dengan apa yang BC kongsikan disini.

Kadangkala Mertua dan Ipar punya lah baik melayan menantu yang masuk dalam keluarga tu dengan baik, tapi menantu pula tidak sedar diri. Kurang ajar, biadap dan tak hormat mertua dan ipar duai bila duduk serumah.


Suka BC nak nasihatkan para pembaca semua, apabila kita jadi menantu jadilah menantu yang menyejukkan hati keluarga mertua yang kita ambil anaknya untuk hidup bersama dengan kita, bukan menjadi menantu 'puaka niang rapik' yang menyakitkan, merobek-robek hati keluarga mertua yang dah terima baik buruk kita ni. Bukan menjadi MENANTU HANTU yang menyinggung & mengecilkan hati ibu bapa mertua ipar duai.


Tak kira kita berada dan tinggal dimana. Sama ada kita tinggal bersama keluarga mertua dirumah mertua ataupun keluarga mertua tinggal bersama dengan kita dirumah kita, peranan kita sebagai menantu adalah untuk menghormati keluarga mertua ipar duai kita selagi mereka tidak berbuat jahat kepada kita. Bukan menjadi menantu BIADAP, DERHAKA DAN MENANTU HANTU!


Tak rugipun jika kita berbaik dengan keluarga mertua dan ipar duai. Kita dahpun ambil anak mereka, adik, abang kakak mereka, jadi keluarga mereka perlu dihormati. Kitapun tak mahu jika menantu yang masuk dalam keluarga kita berlaku BIADAP dengan keluarga kita bukan? Maka, jangan kita pula menjadi menantu hantu yang menjadi punca keretakkan keluarga pasangan kita.


Sebenarnya, apa yang dipaparkan didalam drama itu adalah satu reality kehidupan yang dilalui oleh ramai keluarga yang menerima seorang menantu yang egois atau boleh dikatakan menantu yang TIDAK SEDAR DIRI apabila ada keluarga yang SUDI MENERIMA menantu tersebut walaupun punyai perangai yang tidak semenggah. Malah ada keluarga mertua yang harus berdepan dengan jenis menantu lebih teruk dari watak Mia Adriana.


Bagaimana kita sebagai menantu menunjukkan sikap kepada keluarga mertua adalah hasil dari didikan ibu bapa kita bagaimana kita dicorakan dari kecil. Jadi, apabila menjadi ibu bapa, didiklah anak-anak dengan akhlak yang baik agar apabila dewasa kelak anak-anak tidak memalukan ibu bapa pada orang lain.



'Jangan juga menjadi MERTUA dari Neraka'

Jangan pula menjadi MERTUA made in NERAKA seperti ibu Mia Adriana yang setiap masa memasang strategi untuk meruntuhkankan dan memusnahkan rumahtangga anak anda. Siapapun yang anak anda pilih untuk menjadi pasangan, itu adalah jodoh yang telah ditentukan.

Jadi, sebagai mertua janganlah pula lebih sudu dari kuah yang senantiasa tidak berpuas hati dengan menantu sekiranya menantu itu baik budi pekertinya.


Kebiasaannya, mertua made in neraka ni mendapat menantu yang made in syurga, baik budi pekerti, tak pandai melawan dan redha saja apa yang mertua dia buat padanya.


Apa solusinya? Walau siapapun kita, kita seorang mertua, kita seorang ipar kita juga seorang menantu. Pandai-pandailah membawa diri bila kita dirumah keluarga mertua atau ketika kita menerima seorang luar masuk dalam keluarga kita.


Janganlah kita menjadi mertua, ipar atau menantu 'made in neraka' kerana ianya tidak akan menjadikan sebuah keluarga itu mendapat baik malah lebih banyak buruk dari baiknya.