DAKWAT PENA : BLOG UNDANG-UNDANG REALISASI IMPIAN UNTUK ARWAH SUAMI | Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang melimpahkan kurnianya. Akhirnya terlahirlah sebuah blog undang-undang yang pernah diimpikan sekian lama dulu. Yerlah, cumanya masa impian itu hadir, masa pula tiada untuk menguruskannya.
Setelah beberapa lama tertangguh, kini www.dakwatpena.com sudah memulakan langkah dengan menghasilkan entry-entry berkisarkan perundangan syariah di Malaysia sebagai teraju utama blog ini. Disamping itu juga beberapa maklumat berkenaan undang-undang sivil juga dimuatkan agar orang awam mendapat ilmu yang bermanfaat.
Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk membangunkan blog undang-undang Dakwat Pena?
Setelah blog www.bondachanteq.com berjaya berada didalam dunia blogging setelah hampir dua tahun dan mempunyai pembacanya sendiri, BC mula memasang cita-cita untuk membangunkan sebuah blog berkenaan undang-undang sebagai membantu orang awam mendapatkan maklumat.
Memandangkan arwah suami seorang bekas peguam syarie yang pernah berkhidmat didalam Jabatan Biro Bantuan Guaman satu ketika dahulu, kemudiannya bertukar tempat kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah. Arwah pernah berkhidmat sebagai Hakim Syarie dan kerana itulah BC memasang angan-angan untuk menulis tentang prosidur mahkamah syariah.
Impian ini pernah disuarakan kepada sang suami dan mendapat sokongan penuh dari arwah. Pada awalnya takut juga arwah tidak bersetuju kerana BC bukanlah punyai solid law background walaupun pernah belajar undang-undang dari diploma sampai ke master.
Tapi BC terangkan matlamat dan jelaskan kepada arwah dengan melalui penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang ketandusan fikiran untuk mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berdepan dengan masalah / keretakkan rumahtangga.
Tak sangka pula arwah bersetuju. Tapi dengan syarat BC tidak meletakkan nama arwah dalam mana-mana tulisan. Itu pintanya. Katanya, "Sayang saja yang menulis, Abang support dari belakang dan infor-infor yang perlu".
Tapi BC terangkan matlamat dan jelaskan kepada arwah dengan melalui penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang ketandusan fikiran untuk mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berdepan dengan masalah / keretakkan rumahtangga.
Tak sangka pula arwah bersetuju. Tapi dengan syarat BC tidak meletakkan nama arwah dalam mana-mana tulisan. Itu pintanya. Katanya, "Sayang saja yang menulis, Abang support dari belakang dan infor-infor yang perlu".
Tulisan ilmu ini adalah sedekah jariah kami untuk pembaca sekalian. Sayangnya, ketika masih dalam perbincangan untuk membangunkan blog ini, suami terdahulu pergi menemui penciptanya. Semoga ilmu yang dikongsikan di blog ini akan menjadi asbab untuk kami ke syurga Allah. Semoga pahalanya sampai kepada arwah. Aminn...
Walaupun beliau tidak bersama-sama, impian untuk membangunkan blog undang-undang ini akhirnya terlaksana juga setelah beberapa bulan beliau pergi ke alam abadi.
Dibantu oleh sahabat-sahabat arwah suami yang memberikan tunjuk ajar tentang sesebuah isu yang akan ditulis, diharap agar Dakwat Pena akan terus berkembang dalam berkongsi ilmu kepada pembaca. Semoga ilmu dari penulisan ini memberi kebaikan kepada pembaca.
Blog ini adalah sebuah blog perkongsian ilmu kepada semua pembaca dan pemudahcara untuk mendapatkan rujukan pembaca memerlukan maklumat lanjut tentang prosidur-prosidur Mahkamah Syariah khususnya.
Semoga melalui blog perkongsian ilmu ini, moga-moga kita semua mendapat rahmat dan berkah dan akan memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
BC menjemput anda semua untuk melayari blog Dakwat Pena dan menjadi pembaca setia dengan >>klik disini<< untuk mengikuti setiap entry terbaru.
Alfatehah buat syurgaku;
Surah 1 Al-Fatihah, Ayat 1-7
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ ﴿1:1﴾ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ ﴿1:2﴾ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ ﴿1:3﴾ مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ ﴿1:4﴾ اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ ﴿1:5﴾ اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ ﴿1:6﴾ صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ ۙ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡنَ ﴿1:7﴾
28 Comments
Terima kasolih atas perkonngsian ilmu. Semoga memberi manfaat buat pembaca di luar sana. InsyaAllah . Al Fatihah ( dibaca) buat arwah.
ReplyDeleteAlfatehah...aminn...terimakasih lya...semoga ilmu yg dikongsi di dakwat pena akan memberikan manfaat kepada pembaca.
Deletememang patt ada blog yang up tentang hal guaman syariah sebab ramai lagi yang tak tahu dan keliru dengan permasalahan syariah. All the best sis :)
ReplyDeleteitulah farhana....sbb tu BC nk jgk bwt blog tu....masa arwah hidup dia banyak share kes2 yg dia kendalikan....masalah2 yang org awam hadapi bila xpaham prosidur mahkamah...sbb tulah BC lancarkan jgk Dakwat pena
DeleteAl-Fatihah to your late husband. Btw, creating a blog about law is an awesome idea. I pray that this blog will be successful. All the best.
ReplyDeletealfatehah...tq fadima...thanks for your support...
DeleteTahniah Bonda! Kita suka baca info tentang perundangan. Semoga info info dalam blog dakwat pena memberi ilmu dan manfaat buat kita semua. Al-Fatehah buat arwah suaminya.
ReplyDeleteterima kasih nina...aminn aminn aminn...doakan Dakwat Pena dapat membantu org awam...alfatehah tq nina...
DeleteInsyaAllah akan membantu mereka yang tercari-cari penyelesaian masalah mereka insyaAllah. Moga dipermudahkan semuanya
ReplyDeleteamin amin aminn..doakan blog kakak ni berjaya yaa rawlins...
DeleteA very insightful information about legal issues and syariah law.
ReplyDeleteThanks Tekkaus. In future, my plan will include some civil procedure focuses on famaly law. hope i will get my late husband friend to contribute the idea...
DeleteMasya Allah..alhamdulillah atas kelahiran blog Dakwat Pena..moga banyak manfaatnya kepada orang lain, niatkan agar pahala sedekah jariah tu sampai kepada arwah di sana..ameennnn
ReplyDeleteaminnn aminn aminn....mudah2an menjadi asbab dia kesyurga allah...tq SS
Deletethanks info yang penting ni. ramai je wanita tak tau tentang info ni
ReplyDeletesama2..inshallah blog khusus ini dapat membantu orang ramai...
Deleteboga usaha akk ni dapat membantu lebih ramai orang mendapat info. al-fatihah buat arwah
ReplyDeleteamin...tq ayu...inshallah semoga ilmu dikongsikan bermanfaat
Deletebagus Kak Ezani tubuhkan blog yang berkonsepkan begitu sbb tak banyak penulisan di alam maya mengenai undang2. kadang jumpa pon dekat twitter, itupon sikit sangat dan xberapa nak jelas
ReplyDeleteitulah zharif...alhamduillah dpt juga realisasikan impian akk utk arwah
DeleteBagusnya ada blog yang berkonsepkan syariah macam yang sis wujudkan ni.. boleh juga dijadikan panduan dan manfaat buat yang memerlukan maklumat
ReplyDeletealhamduillah...akhirnya tercapai jgk cita2 nk adakan blog khusus untuk undang2
DeleteDengan ada nya blog sebegini dapat memberi info kepada orang ramai :)
ReplyDeletemudah2an ilmu yang ada dapat dikongsi bersama
Deleteall the best sis!!! rach rindu baca artikel2 akak... boleh lah saya belajar ttg undang2 nanti from your new blog
ReplyDeleteyess rach...lama dh xsembang n jumpa u..ridu jugak...nnti bila dh ada mana2 peguam sivil yang nk collobrate penulisan, akk akan tulis ttg sivil family law...
DeleteThanks for sharing an in-depth information, will continue to read more about it.
ReplyDeletethank kelly...hope the information will help others
Delete