BELI STAND MIXER INNOFOOD 6.5L DI SHOPEE BERBALOI-BALOI!! | Wahh bila sebut je pasal stand mixer ni berbagai-bagai rupa bentuk dan jenama yang bermain di fikiran. Jenama apa yang baik, yang boleh 'heavy duty'.

Sejak PKP tempohari, nampaknya BC hilang punca pendapatan. Maklumlah, bekerja dengan industri pelancongan ni agak terjejas jugakan. Bukan BC je yang terjejas dan hilang punca pendapatan, malah ramai juga yang senasib dengan BC...


Life must go on!...

Ok sekarang kita perlu lakukan sesuatu untuk kelangsungan hidup. Jadi, BC nk beralih ke 'baking'. Haaaaa....bakat dah lama ada cuma tak digilap saja. Kebetulan dah hilang pekerjaan kan, jom kita terjun ke dunia baking. Maka, wujudlah Stand Mixer Innofood 6.5L yang BC beli di Shopee. 


Berbaloi ke beli kt Shopee ni? 

Bagi BC berbaloilah sebabnya masa beli ni dapat 10% cash back Shopee bayar balik kepada BC. Berbaloikan....dapat barang dapat plak 10% cash back yang boleh di redeem di shopee pay.

Hargapun murah dan mampu milik. RM459.00, dapat shipping diskaun lagi. 10% cash back tu dapat 4,590 coin yang boleh diredeem sama nilai dengan RM.




Tapikan, sempena 7.7 ni, shopee bagi 15% cash back!!...lagi berbaloi!!...Jika anda hendak beli, sekarang adalah masa yang sesuai. Tapi pastikan beli dari official store innofood yaa.




Kenapa BC pilih jenama ni? 

Banyak juga habiskan masa survey jenama-jenama lain disamping minta pendapat pada rakan-rakan yang terlebih dahulu berkecimpung dalam bidang baking ni. Hampir kesemuanya mengatakan jenama ni bagus dan ianya heavy duty dan kurang bising.

Jadi bebekalkan tunjuk ajar rakan-rakan, maka BC belilah stand mixer yang ini. Dan dahpun mencuba untuk pertama kalinya. Alhamdulillah, stand mixer innofood 6.5l ni beri kerjasama yang sangat berbaloi.




Tadaaaa....nampak tak gebunya adunan kek tu. Hasil pertama kali mencuba stand mixer innofood 6.5l ni.


Stand Mixer Innofood 6.5L ni ada 6 kelajuan. Memang best lah guna mixer ni. Bawah dia ada tapak plastik yang melekat kat permukaan lantai atau meja. Tapak tu kuat. Calang-calang tarik tak tercabut mixer tu. So kelebihannya mixer ni tak bergegar. So tak delah pening asyik nak betulkan kedudukan dia bila start mixing kan..

Pakging mixer ni pun bagus sgt...dia ada polistrin atas bawah untuk elakkan barangan rosak. Alhamduilillah, mangkuk mixer tu tak kemek dan barang sampai dalam keadaan baik.

Stand mixer lama -vs- stand mixer baru

Selama ni BC sememang nya tak pernah ada stand mixer. Apa jenis mixerpun BC tak ada. Sebab tak berapa rajin nak membaking. Kalau nak makan kek, mintak ibunda saja yang buatkan. Bila dah teringin terjun dalam baking ni, barulah mengagau mencari stand mixer yang elok.

Ibunda BC ada stand mixer yang dibelinya tahun 2000 dan masih elok berfungsi. Cumanya design yang kurang sesuai menjadikan mood nak membaking tu terbang jauh. Hahahaha...



 Haaa...nampak beza mixer ibunda dan mixer innofood ni? Walau macam mana pun, masih jugak BC guna mixer yang lama ni walaupun design dia xcantik. Kelebihan mixer ni dia ada timer. Boleh set nak putar bahan bape lama.







Mixer lama ni jenama Lux yang dikeluarkan oleh Elextrolux Malaysia. Harganya masa ibunda beli tahun 2000 sekitar RM3,000.00....Haaaa...mahal kauuu!!....Kita guna dua-dua untuk baking nanti.

Memang BC suggestlah untuk sapa-sapa yang nak baking beli mixer Stand Mixer Innofood 6.5L ni. Berbaloi!!...Alah membeli menang memakai.