Kenapa Perlu Bayar  'BETTERMENT' Walaupun Tuntuan Insuren Sudah Dibuat? | Kenapa saya perlu tambah duit sedangkan kereta sayakan dah claim insuren? Kenapa insuren tak cover 100% kerosakan kenderaan saya?

Anda pernah lalui pengalaman ini apabila membuat tuntutan insuren ketika berlaku kemalangan? Sekiranya berlaku kemalangan, dan anda perlu membayar 'betterment', ikuti penerangan ini.



Mengapa anda 'diwajibkan' untuk membayar sejumlah amoun atau lebihan adalah kerana ianya adalah berpunca dari ‘betterment’. 



Apa itu ‘betterment’


Betterment bermaksud kadar tambahan kos yang perlu pemegang polisi (pemilik kenderaan) tanggung semasa membuat tuntutan di Pusat Servis seperti Proton, Perodua, Honda dan lain-lain lagi pusat servis (dealer).



Kadar peratus kadar tambahan adalah seperti berikut :

1. Bawah 5 tahun – 0%
2. 5 tahun – 15%
3. 6 tahun – 20%
4. 7 tahun – 25%
5. 8 tahun – 30%
6. 9 tahun – 35%
7. 10 tahun dan keatas – 40%

Kata mudahnya, kereta baru bawah 5 tahun tiada apa-apa cas tambahan yang perlu pemegang polisi insurans keluarkan dan ia ditanggung 100% oleh syarikat insurans.

Untuk kenderaan 5 tahun dan keatas yang ingin mendapatkan / menukar barang (parts) bahagian asal (original) kenderaan, pemegang polisi perlu membuat tambahan mengikut % seperti kadar di atas.

Contoh lain sekiranya jumlah alat ganti yang kita tukar bernilai RM3000.00(100%) dan kereta kita telah berusia 10 tahun. Kita perlu mengeluarkan duit kita sendiri berjumlah RM1200.00(40%) manakala RM1800.00(60%) lagi ditanggung oleh pihak insuran. Kos tambahan ini hanya BARANG(parts) sahaja tidak termasuk upah.


Bagaimana pula jika kenderaan membuat tuntutan di bengkel panel insurans?

Sekiranya pihak tuan ingin membuat tuntutan di panel dan pihak tuan bersetuju untuk tidak menukarkan part kereta yang bukan barang tulen (original) pihak tuan tidak perlu membayar apa kos tambahan.

Bagaimana?

Sekiranya berlaku kemalangan, dan kenderaan anda telah melebihi 5 tahun, dan proses pembaikan dilakukan di bengkel panel, pihak insurans boleh menanggung 100% kos baik pulih. Ianya adalah kerana parts yang digunakan dibengkel panel adalah jenis OEM yang mempunyai kualiti yang sama seperti part original.

Jadi janganlah terkejut pula bila anda menghantar kenderaan anda di pusat service dan diminta untuk membayar lebihan kos.


Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.