Chichi Beranak Kali Ke 2 | Kucing kat rumah Bonda Dak Chichi ni beranak kali ke 2. Haaa kali ni ChiChi beranak sekali 5 ekor. Nampaknya kali ni warna anak-anak bulus ni warna gelap berbanding anak-anak bulus yang lahir sebelum ni.

Chichi ni keturunan British short hair (BSH). Bapa anak-anak bulus ni nama dia Smokey. Smokey nipun keturunan BSH juga. Chichi ni masa beranak kali pertama dulu dia masih tak pandai nak jaga anak dia.



Dah pandai dia lindung anak dia. Bila kita dekat je dia akan cepat-cepat pergi kat ank dia & peluk tuk lindung ank dia dari kita kacau. Paling garang dia merengus macam nak bagitau kita 'Jangan kacau anak aku!'...cam tulah lebih kurang...


Bila anak dia nak menyusu je dia lari. Kesian anak-anak bulus tu. Tapi kali ni Chichi dah pandai jaga anak-anak dia. itulah kan, besarnya kuasa Allah. Kucing yang tak ada akalpun pandai jaga dan sayang anak-anak yang dia lahirkan. 

Chichi juga mak kepada Jerry yang demam beberapa bulan dulu tu...[Baca: Suhu Badan Tinggi, Jerry Demam!]. Dak Jerry ni adik beradik dengan Jebat. Masa lahir dorang ada 4 ekor adik beradik. Tapi seekor mati. Yang lagi seekor ibunda Bonda bagi namanya Leo.


Ni Smokey bapa kepada anak-anak bulus tu


Dak Jerry




Dak Jebat


Dak Leo

Ketiga-tiga anak bulus ni batch kali pertama Chichi beranak. Hanya tinggal Jebat sahaja bersama-sama Bonda. Leo dan Jerry sudahpun dapat tuan yang baru. Harap anak-anak Chichi yang baru lahir ni sama jugalah bulunya dengan abang-abangnya.



Yang ni dak Tom. Kacukan stray cat dan parsi. Kami bagi dia nama Tom sebab warna dan muka Tom macm kucing dalam Tom & Jerry tu....Hahahaha...Tom ni baik...Diam je..Tapi Bonda bercadang nak carikan ibu bapa angkat tuk Dak Tom ni. Sebab dah banyak sangat anak bulus kt rumah.

Jika anda berminat nak adopt dak Tom ni boleh hubungi Bonda dengan >>click disini<<



Yang ni pula Bonda jumpa anak bulus kat penjuru rumah beberapa minggu yang lalu. Comel-comel semuanya. 


Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.