Cara Mudah Simpan Barang Untuk Handbag Tiada 'Compartment' | Tips ni khusus untuk kaum wanita yang sinonim dengan 'handbag' dan barangan yang dibawa. Sebagai wanita, ibu, isteri sudah pastinya handbag kita menjadi 'mangsa' sebagai 'stor' simpanan barangan oleh para suami dan anak-anak.


Betul atau tidak apa yang Bonda kata ini? Jika dibuat survey, pasti jawapan 'ya' lebih banyak dari jawapan 'tidak'. Ya itulah yang berlaku sejak azali lagi. Bagi yang ada anak kecil, sudah pastinya pampers dan botol susu juga ada dalam hanbag si ibu. 

Biasa kita dengar handbag ibu-ibu digelar sebagai 'bag Doraemon' yang mempunyai segala-galanya. Carilah apa jua dalam handbag sang ibu, pasti segala macam benda ada didalamnya. Itulah lumrah kehidupan seorang wanita dan ibu.





Memilih handbag juga memberikan satu tekanan kepada para wanita kerana pasti memikirkan 'compartment' yang ada mencukupi atau tidak untuk simpan semua barangan yang akan dibawa nanti.

Masalah handbag dan compartment sememangnya tidak mempunyai jalan penyelesaian sampai bila-bila. Ini kerana seorang wanita tidak akan meninggalkan barangan yang mereka rasakan perlu dibawa walaupun tidak menggunakannya. Itu kakikat!

Entry kali ini Bonda kongsikan cara mudah simpan barang untuk handbag yang tiada compartment.



Cara Mudah Simpan Barang Untuk Handbag Tiada 'Compartment'

Handbag yang selalu Bonda gunakan nampaknya dah nazak sangat dan perlu diganti dengan yang baru. Mana tidaknya, kalau segala benda disumbatkan didalam handbag tu.

Handphone sendiri sahaja sudah dua biji. Tidak masuk lagi handphone suami dan wallet serta barangan suami yang perlu dibawa didalam handbag isteri.

Jikalau kita nk letak semua sekali barangan tersebut dalam handbag yang tak ada compartment tu boleh saja, tapi beri kita masalah pula apabila mahu mencari barangan yang nak digunakan.


Guanakan beg kecil berlainan warna

Bonda ambil pendekatan menggunakan beg-beg kecil berlainan warna agar mudah untuk mengambil barang keperluan yang mahu digunakan.

Beg Oren
Didalam beg oren, Bonda letakkan semua ubat-ubatan yang wajib dimakan setiap hari. Sekiranya ada kecemasan untuk keluar daerah atau kemana-mana untuk masa sehari dua, ubat telah tersedia ada dalam handbag dan tak adalah terputus bekalan.

Beg Pink
Didalam beg pink pula terdapat alatan makeup. Biasalahkan, namapun wanita. Wanita dan barangan makeup tak boleh dipisahkan. 

Beg Biru
Didalam beg biru Bonda simpan barang keperluan wanita yang lain. Wanita dan kedatangan bulan setiap bulan memang berpisah tiada. Ada wanita yang tidak tentu masa haidnya. Ramai kawan yang 'tiba-tiba' dan bertanya minta pertolongan sebab tak bawa pad. Takkan pula nak usung secara terbuka pulakan. Jadi bila handbag tak ada compartment ni sukar juga nak sorokkan benda tu.

Tak boleh main letak je dalam handbag. Manalah tahukan, tengah kelam kabut cari barang tiba-tiba benda tu terjatuh. Maluuuu oiii...Jadi kita simpan dalam beg kecil. 

Kan mudah bila gunakan beg-beg kecil begini. Kemas dan tersusun sahaja handbag kita tu. tak adalah barangan bersepah dan susah nak cari.

Semoga perkongsian Cara Mudah Simpan Barang Untuk Handbag Tiada 'Compartment' dapat membantu rakan-rakan semua yang ada masalah yang sama. 



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.