BUKTI - Virgoun
Memenangkan hatiku bukanlah, Satu hal yang mudah
Kau berhasil membuat, Ku tak bisa hidup tanpamuMenjaga cinta itu bukanlah, Satu hal yang mudah
Namun sedetik pun tak pernah kau, Berpaling dariku
Beruntungnya aku, Dimiliki kamu
Kamu adalah bukti, Dari cantiknya paras dan hatiKau jadi harmoni saat kubernyanyi,
Tentang terang dan gelapnya hidup ini
Kaulah bentuk terindah, Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu,
Kau wanita terhebat bagikuTolong kamu camkan itu
Meruntuhkan egoku bukanlah, Satu hal yang mudahDengan kasih lembut kau pecahkan, Kerasnya hatikuBeruntungnya aku, Dimiliki kamu
Kamu adalah bukti,Dari cantiknya paras dan hatiKau jadi harmoni saat kubernyanyiTentang terang dan gelapnya hidup ini
Kaulah bentuk terindah, Dari baiknya Tuhan padakuWaktu tak mengusaikan cantikmuKau wanita terhebat bagikuTolong kamu camkan itu
Warkah Buatmu Isteriku Bidadariku, Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Aku mengerti terlalu banyak kecewamu terhadap diriku. Aku mengerti jika dirimu menderita sepanjang hidup denganku. Aku tahu dirimu kesal dengan sikapku. Aku, suami yang mengabaikan dirimu. Sekian lama aku tidak menjadi suami yang adil kepadamu. Aku sedar aku senantiasa memberi lebih perhatian kepada isteri tuaku dan anak-anakku.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Aku biarkan dirimu jalani sendirian kehidupan ini. Aku biarkan dirimu menjadi isteri berdikari seolah-olah dirimu tidak lagi punyai suami. Bertahun-tahun aku membiarkan dirimu hidup dalam gantung tak bertali. Dayusnya aku menjadi seorang suami. Aku lemah. Aku gagal menjadi seorang ketua rumahtangga. Aku membiarkan diriku dipimpin oleh isteri tuaku. Aku biarkan diriku dikawal oleh isteri tuaku.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Abang minta maaf sayang. Bukanlah aku tidak menyayangi dirimu. Bukan aku tidak mencintai dirimu jauh sekali membencimu. Aku tidak sanggup mendengar berbagai celaan tentang dirimu dari isteri tuaku. Aku tidak mampu untuk terus berkelahi keranamu. Kerana itu, aku diam.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Aku terpaksa menjauh darimu asalkan dirimu masih lagi miliku yang abadi. Namun, aku tekad, dirimu tidak akan aku lepaskan walau saban hari dan beribu kali didesak oleh isteri tuaku, kerana cinta dan sayangku padamu, aku tidak akur dengan permintaan nan satu itu kerana kau wanita terhebat yang Allah telah anugerahkan kepadaku. Cuma aku yang tidak tahu menghargai dirimu.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Anak-anak yang selama ini begitu rapat dengan juga dihalang untuk mendekatimu. Aku tahu dirimu terlalu sakit akan sikap dan perbuatanku padamu. Maafkan abang sayang. Tiada siapa yang mengetahui dan memahami bagaimana perasaannya seorang suami yang gagal menjalankan tanggungjawap terhadap seorang isteri yang banyak berkorban untuk teruskan hidup bersamaku.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Aku tidak dibenarkan untuk pulang kerumahmu, semua hakmu sebagai isteri dinafikan olehku oleh isteri tuaku. Aku tidak dibenarkan memberi nafkah zahir dan batin kepadamu. Aku tahu nafkah yang kuberikan tidak setimpal dengan gajiku yang bebelas ribu itu. Aku biarkan dirimu hidup sendirian mencari nafkah untuk kelangsungan hidupmu sendiri. Aku habiskan keseluruhan pendapatanku hanya untuk keluargaku yang satu itu. Aku seringkali melupakanmu bahawa dirmu jua adalah amanah yang wajib aku jaga. Kejamnya aku.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Dirimu tetap tersenyum tatkala aku hanya jejakkan kaki sebentar cuma dirumahmu. Kehidupanmu serba kekurangan berbanding dengan kehidupan keluargaku nan satu itu. Aku tidak pernah memperdulikan keperluan hidupmu namun dirimu tetap tersenyum dan terima apa adanya. Kuatnya engkau wahai isteriku.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Aku seringkali mencari kesalahanmu, mencari kesilapanmu agar berlaku pendebatan antara kita agar aku dapat meletakkan semua kesalahan itu dibahumu. Namun, dirimu senantiasa mengalah dan membiarkan aku menang dalam perbahalan itu. Kejamnya aku. Seringkali aku mencari punca agar dirimu membenciku, namun tidak pernah dirimu berpaling walau aku seringkali lukai hatimu. Dirimu menjadi sekuat karang dilautan.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Tatkala aku hanyut dengan keseronokan diluar, dirimu tidak pernah jemu mengingatkan aku akan siapa aku. Dirimu juga tidak pernah membiarkan aku terkapai sendirian tatkala aku dalam kesusahan. Ketika aku berjuang dengan sakit, dirimulah yang berkorban menjagaku dihospital. Bersengkang mata dan tidurmu hanya di kerusi semata-mata memastikan aku mendapat rawatan yang terbaik.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Setiap hari dirimu tidak jemu menghantar mesej memberi salam dan mengucapkan "i love u" kepadaku. Ucapan itu bukan sahaja setiap pagi bahkan setiap malam sebelum dirimu melelapkan mata walaupun tidak pernah sekalipun aku membalasnya. Bertapa setianya dirimu kepadamu.
Wahai suami diluar sana, jadikanlah ceritaku ini sebagai iktibar agar kalian tidak menjadi suami durhaka yang membiarkan isterimu jalani hidup sendirian sungguhpun isterimu itu hanya yang kedua. Hidup berpoligami bukanlah sesuatu yang mudah. Andai kalian bijak mengatur, ianya menjadi vitamin dalam kehidupanmu...Andai kalian gagal mentadbir amanah yang Allah berikan, ianya akan menjadi racun dalam hidupmu. Aku bersyukur isteriku yang satu ini begitu setia sehinggakan tidak pernah tergugat dengan kehadiran lelaki yang lebih baik dariku. Aku tidak pasti sehingga bila kesetiaan itu akan teguh dengan sikapku begini. Hanya tuhan yang dapat memeliharanya.
Isteriku...Kau Wanita Terhebat Bagiku......
Pembaca yang dikasihi, sama-samalah kita ambil iktibar dengan kisah yang telah diceritakan ini. Mungkin ianya boleh menjadi panduan dan pengajaran kepada kita semua.
Wallahualam....
0 Comments