Terima Panggilan Dari Mahkamah, Disaman Kerana Berhutang Dengan Bank? Kenal Pasti Modus Operandi Scam Call.....| Pagi-pagi setiba ditempat kerja, Bonda telah menerima panggilan dari adik yang bekerja di Kuala Lumpur.
Isunya kali ini adalah staff beliau telah menerima panggilan dari Mahkamah berkenaan sejumlah hutang. Staff adik tadi panik dan ketakutan. Oleh kerana Bonda punya pengalaman bekerja dengan sebuah bank dan pernah bekerja dipejabat peguam, juga mempunyai sedikit pengetahuan tendang undang-undang, maka adik mendapatkan pandangan dari Bonda kerana tidak sampai hati melihatkan staff dia yang panik dan ketakutan.
(Pengalaman Staff Adik)
Kes 1: Panggilan dari Mahkamah Terengganu.
Mahkamah : Selamat pagi, ini En. xxxxxxx bin xxxx? Nombor Ic En. 91xxxx-xx-xx.
En. X: Iya. Berkenaan apa ya?
Mahkamah: Saya membuat panggilan dari Mahkamah Terengganu berkenaan tunggakan hutang kad kredit encik yang berjumlah RM16,000.00 bersama bank ABC.
En. X: Betul ke ni? Saya tak pernah ada kad kredit dengan bank tu.
Mahkamah: Jika begitu, kad pengenalan encik telah digunakan untuk permohonan kad kredit ini. Kad ini telah dikeluarkan pada 19 April 2019 dan credit yang telah digunakan adalah sebanyak RM16,000.00 dan ianya telah tertunggak selama 6 bulan.
Encik dikehendaki menjelaskan keseluruhan tunggakan tersebut sebelum jam 10.00 pagi. Sekiranya encik gagal melunaskan keseluruhan tunggakan, laporan polis akan dibuat dan nama encik akan disenarai hitamkan didalam CRRIS.
(Pengalaman Sendiri)
Kes 2 : Panggilan dari Jabatan Saman Mahkamah Kuala Lumpur.
Mahkamah : Ini Cik xxxx binti xxxxx? Nombor kad pengenalan Cik xxxxxx-xx-xxxx.
Bonda: Berkenaan apa ya?
Mahkamah : Cik mempunyai tunggakan hutang di syarikat ABC berjumlah RM13,000.00. Sila jelaskan segera tunggakan tersebut. Jika tidak tidakan saman ini akan diteruskan dan cik akan didakwa dimahkamah.
(Pengalaman anak sendiri)
Kes 3 : Panggilan dari Mahkamah Kuala Lumpur
Mahkamah : Ini En. xxxxxxxxx bin xxx? Nombor kad pengenalan en. xxxxxx-xx-xxxx. Encik mempunyai tunggakan hutang sebanyak RM10,000.00.
Pembaca sekalian, ini adalah sebahagian contoh 'SCAM CALL' yang dibuat oleh scammer-scammer untuk mendapatkan duit dengan jalan mudah. Sekiranya kita panik dan gelabah, scammer-scammer ini akan memainkan peranan mereka untuk memperdaya.
Kenal Pasti Modus Operandi Scam Call
Bonda kongsikan beberapa tips untuk mengenal pasti Modus Operandi Scammer.
1. Panggilan dari Mahkamah tetapi menggunakan Nombor telefon bimbit.
- Modus Operandi para scammer ni kebiasaannya menggunakan nombor telefon bimbit. Tidak ada mana-mana jabatan kerajaan di Malaysia menggunakan nombor telefon bermula dengan 019, 016, 011, 013 dan sebagainya.
Jika mendapat panggilan dari nombor-nombor tersebut dan memberitahu itu panggilan dari mahkamah, tamatkan sahaja kerana ianya akan membuatkan anda panik.
2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan
- Kebiasaannya scammer ni akan sebut nama kita dan nombor kad pengenalan kita memang 100% tepat. Kenapa boleh jadi macam tu? Itu adalah kerana pihak ketiga telah menjual maklumat peribadi kita kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Dengan memberitahu nama dan nombor kad pengenalan dengan tepat itu akan dapat menyakinkan anda bahawa panggilan itu benar dari mahkamah.
3. Mahkamah tidak akan menelefon pihak-pihak yang disaman.
- Untuk pengetahuan anda semua, pihak mahkamah tidak akan menelefon pihak yang akan disaman dan memberitahu secara verbal bahawa anda disaman.
Saman hanya akan dihantar oleh kakitangan mahkamah atau penghantar saman secara serahan tangan 'by hand'.
4. Permohonan kad kredit menggukan cap jari
- Antara modus operandi scam call, dia akan bagitau kad pengenalan anda telah digunakan oleh pihak ketiga untuk memohon kad kredit dan menggunakan kad kredit tersebut sehingga maksimum dan tidak membuat sebarang bayaran sehingga dikenakan tindakan saman.
Untuk pengetahuan anda, sekarang ni zaman teknologi. Permohonan kad kredit adalah dengan menggunakan kad pengenalan anda dimasukkan ke peranti dan cap jari anda yang di 'scan' di peranti tersebut yang 'online' dengan data kwsp dan juga JPN. Apabila cip kad pengenalan dikenalpasti dan cap jari anda discan, satu salinan penyata kwsp dan juga salinan kad pengenalan anda akan dicetak dari peranti berkenaan.
Jadi, adalah sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya diberitahu bahawa kad pengenalan anda telah digunakan oleh pihak ketiga untuk memohon kad kredit dan menggunakan kad kredit tersebut.
5. Scam call akan mendesak and membayar tunggakan untuk elak tindakan saman diteruskan.
- Kebiasaannya scam call ini akan memperdaya dan menyakinkan anda bahawa anda akan disaman dan mungkin dipenjarakan sekiranya gagal untuk menjelaskan tunggakan hutang bank anda.
Apabila berjaya meyakinkan anda, scammer ini akan mengarahkan anda untuk membuat bayaran ke dalam akaun bank yang diberikan.
Apa tindakan yang perlu anda buat sekiranya menerima scam call.
1. Jangan panik
- Pertama sekali, jangan panik apabila dapat panggilan dari mahkamah yang menyatakan anda disaman. Anda perlu bertenang. Tetapi jangan sesekali mendedahkan data peribadi anda. Tidak ada mahkamah yang membuat panggilan peribadi berkenaan tindakan saman.
2. Matikan panggilan
- Sekiranya panggilan tersebut mencurigakan, tamatkan sahaja panggilan tersebut kerana lebih lama anda melayan pemanggil tersebut, ianya memberi lebih peluang untuk mereka meyakinkan anda tentang tindakan saman terhadap anda.
3. Jangan buat tindakan melulu
- Jangan buat tindakan yang melulu dengan mengikut arahan scam call tersebut sekiranya anda tidak mahu kerugian.
4. Jangan risau
- Anda tidak perlu risau tentang panggilan-panggilan ini. Sekiranya benar ada saman yang dikenakan kepada anda, pihak mahkamah akan menghantar saman terus ke kediaman anda.
Berhati-hatilah anda semua terhadap scam call yang mungkin memperdayakan anda dan membuatkan anda kerugian beribu ringgit.
Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.
21 Comments
zaman makin moden, macam2 lah penipuan yg ada kan -_-
ReplyDeletebetul tu....manusia semakin rakus menipu
Deletemakin ramai yang terkena dengan panggilan ni. Kejam la manusia yang terlibat dengan illegal crime ni. Kalau dapat tangkap memang elok hukum sebat atau penjara semur hidup je. Menganiaya orang lain je
ReplyDeleteKita baca satu satu, takutnya sekarang, Sis kalau no tak kenal tak save, kadang tak angkat pun phone..tapi sebab anak sekolah luar dan jauh, takut plak anak col...huhuhu moga kita semua cerdik dan selamat dari tipu data semua ni...
ReplyDeleteHuuuuuuu.......... byk btul scam skrang nie. My Dad dulu pun hamper kena tau. Sbaik dpt diselamatkan. Thank you for sharing this valuable information. Pls take care.
ReplyDeleteSaya pun selalu dpt panggilan gini. Saya terus end call je. X koser layan eh.haha
ReplyDeleteTapi itulah, masih ada juga yg terkena tipu daya scammer gini kan walaupun skrg dh berleluasa isu ini.hmmm
Emak Rawlins pernah kena call dan beritahu yang Rawlins berhutanh dan tidak dapat dihubungi. Maka mereka call my mum untuk maklumkan agar bayar hutang. Rawlins minta diorang call sendiri, sampai la sekarang tak call.
ReplyDeleteKesian warga emas yang selalu kena scam gini.
Bagus peringatan ini untuk kita berhati hati dengan pelbagai tipuan sekarang ni. Jangan panik bila kena saman banyak cara penyesaiannya.
ReplyDeletemcm2 scammer skrg. belum pernah dpt dari mahkamah. kalau bank ada la banyak. kadang nampak no office malas dh nak angkat.hehehe
ReplyDeleteSelalu sis kena gan TM..kata x bayar n nak potong line lalau x bayar. Terus sis letak..malas layan. Mcm2 cara nk tipu org. Kesian gan org yg terkena
ReplyDeleteIsh. Makin menjadi2 puak depa ni scam. Nak jalan mudah je dapat duit. Dia ingat semua rakyat Malaysia ni kaya raya ke
ReplyDeleteGeram kan orang yang senang senang jadi scammer ni. Macam dah tak ada keje halal lain dah nak buat. Nasib baik mak dekat kampung pun jenis yang alert benda benda macam ni.
ReplyDeleterasa macam semua orang pernah kena ni kan, mak saya pun pernah dpt call scam macam ni. especilly melibatkan pinjaman, padahal tak pernah buat pinjaman pun
ReplyDeleteGeram betul dengan scammer ni. Hari tu dapat call bg tau income tax company tertunggak. Kita company pun tak ada.
ReplyDeleteMmg kena berhatu2 sekarang. Mudah sangat orang nak biat duit geram rasanya kan
ReplyDeleteSeram la hai.. Macam-macam sekarang.. Tu kafg kalau panik boleh terus. Kena tipu.. Allahu.. Kalau mcm ni terus tutup tepon jela
ReplyDeletetrending sgt ni.
ReplyDeleteaduhai. ramai jugak yg terkena!
now aida donlod apps utk recognise scam numbers.
memang tak angkat la unknown numbers.
but, sometimes terangkat juga.
rasa mengarut, terus cut off conversation.
Selalu sgt terima panggilan mcm ni..mcm2 agensi dan mcm2 jenis kesalahan..dulu2 takut jg loni dengar jer suara terus saya letak..mls nak layan
ReplyDeleteselalu jugak dapat panggilan mcm ni. tapi bila dh dapat tau je yg panggilan tu scammer, terus tutup call tu. malas nk layan
ReplyDeleteSenang2 ja nak scam org kan diorang ni.. Saya pun pernah kena.. Saya cakap nak saya report polis ke.. Terus dia letak.. Hahahah
ReplyDeleteSekarang ni mmg banyak sgt scam / spam call, kena berjaga2, pesan ahli keluarga dan kawan2 jangan layan apa2 call yg x kenal. Apa2 pun dapat kan pengesahan daripada ahli keluarga sendiri.
ReplyDelete