Petua Nenek Peah Supaya Makanan Tak Cepat Basi | Biasa kita dengar makanan cepat basi tak tahan lama. Pernah tak kita terfikir bagaiman nenek moyang kita zaman dahulu kala menyimpan makanan tanpa ada peti ais?


Zaman nenek moyang Bonda dulu memang tak adalah peti ais. Peti ais pun mereka mungkin tak kenal. Mungkin belum wujud lagi dalam kampung. Jika ada peti ais pun mungkin dirumah-rumah dibandar. Yerlah zaman tu zaman tahun 50'an dan 60'an. Elektrikpun masih belum ada dikampung-kampung bagaimana nak ada perkakas elektrik.

Petua Nenek Peah Supaya Makanan Tak Cepat Basi dikongsi oleh ibunda Bonda. Nenek Peah ni adalah nenek saudara kepada ibunda. Memandangkan zaman tu belum ada lagi peti ais, jadi Bonda tanya pada ibunda. Bagaimana orang zaman dulu simpan lauk pauk tak ada peti ais?


Ibunda pun kongsikan petua Petua Nenek Peah Supaya Makanan Tak Cepat Basi ni. Petuanya adalah kita kenalah rajin panaskan lauk yang dimasak. Sekiranya lauk yang dimasak ada lebihan ataupun memang masak lauk dengan kuantiti yang banyak, maka petuanya adalah panaskan lauk pagi dan petang untuk elakkan lauk cepat basi. Inshaallah lauk akan tahan lama dan tak basi walau beberapa hari disimpan. 

Yerlah zaman 50'an dan 60'an manalah ada peti aiskan. Itu sahajalah cara yang paling berkesan untuk elakkan dari lauk jadi cepat basi. Lebih kerap panaskan lauk, lebih tahan lama lauk tersebut.

Daaaaa....pada yang menyewa dan tidak mempunyai peti ais, boleh guna Petua Nenek Peah Supaya Makanan Tak Cepat Basi ni.

Selamat mencuba!!!...


Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.