Panduan Bayaran Upah Simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat | Rentetan daripada perkongsian pertama berkenaan Ar-Rahnu Bank Rakyat [baca: Celik Ar-Rahnu - Pajak Gadai-i Ar-Rahnu Bank Rakyat], kini Bonda kongsikan pula Panduan Bayaran Upah Simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat pula.
Bonda telah menerima pertanyaan daripada Cik Seri Manis melalui email. Soalan beliau berkisar tentang bayaran upah simpan dan bayaran sekaligus.
Assalamualaikum Bondachanteqq,Saya mohon pencerahan bayaran untuk upah simpan dan bayaran balik pinjaman sekali gus. Saya juga mempunyai akaun simpanan di bank rakyat.Sebab akaun pinjaman Ar- Rahnu ada di dalam akaun simpanan.
1)Boleh ke upah simpan saya bayar melalui irakyat online.
2) Boleh ke jumlah pinjaman saya tu bayar sikit2 di akaun irakyat sebab saya nampak akaun pinjaman ar rahnu ada di situ walaupan jenis bayaran balik bayaran secara sekaligus.- Seri Manis.
Untuk menjawab soalan Cik Seri Manis, Bonda akan kongsikan bagaimana panduan bayaran upah simpan ar-rahnu Bank Rakyat.
Selepas proses penggadaian
Selepas selesai proses penggadaian selesai, peminjam akan menerima satu bentuk perjanjian yang dicetak diatas kertas berwarna hijau. Dikertas tersebut tercatat maklumat-makluman pembiayaan.
Didalam perjanjian tersebut akan tercatit
1. No Akaun gadaian atau pinjaman atau pembiayaan
2. No Siri gadaian
3. Cawangan tempat gadaian dibuat
4. Nama pengadai
5. No Kad pengenalan penggadai
6. Alamat surat menyurat
7. Tarikh gadaian
8. Tarikh matang gadaian
9. Cara bayaran
10. No. Kotak
11. Nilai Marhun
12. Pinjaman
13. Upah Simpan Bulanan
14. Jumlah Upah Simpan (untuk 6 bulan)
15. Tarikh bayaran (6 bulan dari tarikh gadaian dibuat)
Pembayaran melalui Bank Rakyat Online
Boleh ke upah simpan saya bayar melalui irakyat online.
Jawapannya Boleh. Apabila anda menggadai emas di Bank Rakyat, anda boleh mengekses maklumat pinjaman anda secara online. Anda juga boleh membuat bayaran upah simpan secara online. Tetapi syaratnya, bayaran mestilah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh akhir bayaran upah simpan terdahulu.
Sekiranya upah simpan tersebut telepas tarikh sepatutnya bayaran dibuat, anda tidak boleh membuat bayaran melalui online. Sebaliknya anda dikehendaki pergi ke mana-mana cawangan terdekat untuk membuat bayaran secara tunai di kaunter bank.
Boleh ke jumlah pinjaman saya tu bayar sikit2 di akaun irakyat sebab saya nampak akaun pinjaman ar rahnu ada di situ walaupan jenis bayaran balik bayaran secara sekaligus
Jawapanya BOLEH. Walaupun didalam surat gadaian tertulis 'jenis bayaran balik secara sekaligus', ini tidak bermakna anda wajib menebus barang kemas yang anda gadaikan secara sekali gus.
Anda boleh juga membuat bayaran secara ansuran setiap bulan sebagaimana anda membuat pinjaman bank sehingga jumlah pinjaman anda selesai. Ini adalah serba sedikit tatacara melakukan bayaran melalui online banking.
Sekiranya tidak dapat menebus dalam tempoh diberikan.
Sekiranya anda tidak dapat menebus barangan gadaian tersebut, jangan risau. Kaedah Ar-Rahnu sangat berbeza dari gadaian konvensional. Anda hanya perlu membayar upah simpan tersebut tepat pada masanya. Disamping itu, anda juga boleh membuat bayaran pinjaman pokok secara ansuran sehingga pinjaman selesai.
Diharap perkongsian ini dapat menjawab soalan yang Cik Seri Manis ajukan.
Update:
Kaedah pembayaran bermula 1 Februari 2020.
Untuk makluman pembaca sekalian, bermula 1 Februari 2020, kaedah pembayaran upah simpan dan penebusan keseluruhan amaun pinjaman telah diselaraskan dan dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia mengikut terma & syarat yang tertera disurat 'hijau' gadaian:-
**Diharap mekanisma baharu bagi tempoh pinjaman dan bayaran balik pinjaman gadaian ini akan dilaksanakan bermula 1 Februari 2020, tidak membebankan peminjam.
Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.
Update:
Kaedah pembayaran bermula 1 Februari 2020.
Untuk makluman pembaca sekalian, bermula 1 Februari 2020, kaedah pembayaran upah simpan dan penebusan keseluruhan amaun pinjaman telah diselaraskan dan dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia mengikut terma & syarat yang tertera disurat 'hijau' gadaian:-
- Tempoh maksimum gadaian tidak melebihi 18 bulan.
- Tempoh maksimum gadaian emas yang di Ar-Rahnu adalah tidak melebihi 18 bulan dari tarikh pinjaman.
- Ini bermakna penggadai hendaklah melunaskan pinjaman dan menebus kembali emas gadaian dalam tempoh 18 bulan.
- Sekiranya gagal menebus kembali dalam tempoh yang ditetapkan, gadaian anda akan dilelong.
- Tempoh memperbaharui upah simpan dihadkan kepada 3kali.
- Jika sebelum ini, tempoh upah simpan setiap 6 bulan dibayar dan dilanjutkan kepada 6 bulan akan datang dan seterusnya boleh dilanjutkan lagi setiap 6 bulan sehingga pinjaman selesai dilunaskan, tetapi kini tempoh upah simpan hanya dibenarkan diperbaharui sebanyak 3 kali sahaja.
- Ia bersamaan dengan tempoh maksimum gadaian selama 18 bulan diatas.
- Bayaran lebihan upah simpan akan dikreditkan ke akaun 'advance payment'.
- Contoh bayaran Upah simpan untuk 6 bulan (lama)
- Jumlah Pinjaman - RM1,970.00
- Tarikh Gadaian - 10/01/2019
- Tarikh Matang - 10/07/2019 (6bulan)
- Upah simpan bulanan - RM23.78
- Upah simpan 6 bulan - RM142.68
- Bayaran sebanyak RM200.00
- Baki bayaran RM57.32 (akan ditolak pinjaman pokok).
- Contoh bayaran Upah simpan untuk 6 bulan (bermula 01/02/2020)
- Jumlah Pinjaman - RM1,970.00
- Tarikh Gadaian - 10/01/2019
- Tarikh Matang - 10/07/2019 (6bulan)
- Upah simpan bulanan - RM23.78
- Upah simpan 6 bulan - RM142.68
- Bayaran sebanyak RM200.00
- Baki bayaran RM57.32 (akan dimasukkan ke akaun 'advance payment'. Tidak akan ditolak pinjaman pokok sehingga cukup 18 bulan. Baki ini akan ditarik sekiranya tempoh lanjutan upah simpan 6 bulan yang baharu tidak dibayar dan peminjam hanya perlu menambah 'perbezaan' kadar upah simpan tersebut untuk memastikan tempoh pinjaman masih kekal hidup).
**Diharap mekanisma baharu bagi tempoh pinjaman dan bayaran balik pinjaman gadaian ini akan dilaksanakan bermula 1 Februari 2020, tidak membebankan peminjam.
Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.
37 Comments
salam boleh ke bayar ar rahnu menggunukan mybank2u?
ReplyDeletewsalam....untuk pembayaran online hanya dari akaun saving dan current bank rakyat sahaja
DeleteAsmlkm, macam mana saya nak tebus barang saya ye sebab sekarang tgh MCO. Saya tak ada account bank rakyat untuk buat bayaran. customer service line bank rakyat pon sentiasa busy.
ReplyDeleteBoleh puan tolong berikan maklumat apa yang boleh saya lakukan sekarang
Wsalam...sekiranya puan hendak menebus barangan kemas puan, mmg kena pergi ke cawangan dimana puan bwt gadaian. MCO semua bank rakyat beroperasi mcm biasa...boleh menggadai dan juga menebus. Untuk penebusan, bayaran hendaklah dibuat dikaunter..Kebiasaannya, semasa ambil nombor giliran petugas akan bertanya nk tebus semua sekali atau sebahagian (kadangkala ada org menggadai beberapa unit barangan kemas dalam satu surat)...mmg bayaran dikaunter dan selesai akan dipanggil masuk ke bilik gadaian dan diserahakan semula barangan puan.
DeleteAssalamualaikum..Kalau kita terlepas@terlupa bayar dri trikh matang mcm mna yea??
ReplyDeletewsalam...sekiranya kita terlepas atau terlupa bayar UPAH SIMPAN pada tarikh matang, pelanggan diberikan tempoh 14 hari untuk RENEW upah simpan. sekiranya puan terlepas tarikh sepatutnya bayaran upah simpan dibwt, puan kena pergi kekaunter untuk bwt bayaran.
Deleteianya tidak boleh dibyar melalui mesen cdm kerana sistem dh di blok. pergi kemana2 cawangan, dan pihak cawangan akan meminta cawangan dimana gadaian dibwt untuk unlock sistem utk continue byr upah smpan tersebt
Salam.. kalau tak nak ambil lg brg bila sudah ckup 6 bulan.. dan dak smbung simpan sehingga 18 bulan..perlu ke call or pergi ke cawangan yg tersebut.. terima kasih..
ReplyDeletewsalam...kalo xnak ambil barang sesudah cukup 6 bulan puan kena lihat beberapa perkara...
Delete1. sekiranya telah habis bayar kesemua amount pinjaman, pihak bank akan menyuruh puan menebus barang tersebut. sekiranya puan masih tidak menebus, puan masih dikehendakki membayar UPAH SIMPAN sehingga puan menebus gadaian tersbut.
2. sekiranya tempoh gadaian telah habis 6 bulan dan puan masih tidak menyelesaikan pinjaman tersebut, barangan kemas puan akan dilelong dalam tempoh 14 hari dari tarikh matang....
salam bonda , terima kasih atas pencerahan , bagaimana pula sekiranya nama diblacklist di ar rahnu , apa perlu saya buat ?
ReplyDeletewsalam....nama diblacklist di arrahnu atau nama kena blacklist sebab ar rahnu?...jika begitu kena pergi ke cawangan tempat gadaian dibuat..
DeleteSalam bonda.. Kalau resit hijau gadaian hilang... Saya perlu buat apa ye.
ReplyDeletewsalam...resit hijau gadaian hilang boleh pergi kecawangan dimana gadaian dibuat untuk minta salinan
DeleteSalam nak tnya..klau surat pajak hilang mcm mne ye..
ReplyDeletewsalam...boleh pergi ke cawangan dimana gadaiana dibwt dan boleh minta salinan...
DeleteSalam nak tanya..klau surat pajak tu hilang..apa patut sy buat ye..
ReplyDeletewsalam...boleh minta salinan dicawangan tempat gadaian dibuat
DeleteSya tlupa nak ambik barang gadaian Sya...pada tarikh akhir upah simpan rasanya pada bulan Oktober 2020..dan pihak bank rakyat pun tidak hantar surat...adakah emas gadaian Sya sudah dilelong...sebab Sya baru teringat dan skrng sudah bulan November...saya betul-betul terlupa...
ReplyDeleteberkemungkinan besar sudah dilelong...puan boleh pergi ke cawangan tempat gadaian dibwt untuk pastikan sekiranya telah dilelong, ada lebihan duit yang puan dapat x.
DeleteSalam...bagaimana sekiranya sampai tempoh matang, saya dapat selesaikan bayaran upah simpan, tapi belum dapat selesaikan jumlah gadaian.. apa yg bakan berlaku seterusnya? Tq
ReplyDeleteagreement akan dilanjutkan untuk tempoh 6 bulan lagi
Deletehttps://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/05/576294/bank-rakyat-tawar-penangguhan-untuk-ar-rahnu
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya ingin bertanya tawaran penangguhan yang diberikan ar-rahnu bank rakyat berdasarkan penyataan dibawah:
Bank Rakyat menawarkan kemudahan moratorium iaitu penangguhan bayaran keuntungan atau upah simpan kepada pelanggan perkhidmatan Pajak Gadai-i (Ar-Rahnu) yang layak bermula 18 Mac hingga 30 September 2020.
Ini juga membabitkan upah simpan atau keuntungan bagi akaun yang matang dalam tempoh berkenaan ditangguhkan bayarannya pada 1 Oktober 2020."
bagaimana kita boleh ketahui samada kita layak menerima penangguhan atau tidak?
untuk moratorium tu automatik akan dapat
DeleteKalau nk cagar kn geran keta atau moto mcm mane ye
ReplyDeleteMana ada Sistem gadaian geran kereta moto encik...
DeleteIni pajakan barang emas sahaja..(916 DLL) kereta moto ni kena pajak dgn cina atau ahlong berlesen sahaja Tp kena serah kereta atau moto...geran sahaja dia x ambil..
Tp bunga dan interest dia akan cekik darah Tuan
Assalamualaikum.. Saya nk bertanya.. Saya dah terlepas bayaran upah simpan.. Adakah brg saya akan di lelong selepas 14 hari ini.. Walaupon musim mco
ReplyDeleteKenape dalam online bank rakyat sy tak de button pay now macam bonda tu ya? Ada cara lain untuk transfer tak?
ReplyDeleteKenape dalam online bank rakyat sy tak de button pay now macam bonda tu ya? Ada cara lain untuk transfer tak?
ReplyDeletesistem sekarang, puan boleh buat bayaran upah simpan dari mana-mana bank lain seperti maybank, cimb...mmg dalam online bank rakyat xada button untuk bayaran...dari maybank puan boleh bwt transfer mcm biasa dengan letakkan 'loan payment'
DeleteSalam.puan. smlm sy call bank sbb risau dpt surat kata nk lelong. Staf tu ckp x lelong tp kena dtg bank buat surat baru. Polis bg ke rentas negeri utk kes mcm ni during mco ni? Staf tu ckp xpe polis akan bg...sy di slngor..gadai di pahang..Td tnya polis kt sini ckp x boleh kcuali hal kematian. Yg mana 1 betul ye?
ReplyDeleteassalam nak tanya macam mana cara kita nak pajak barang emas kita ya. Step ke bank dan cara nak bagitau. Dorang akan terangkan kat kita ya? Selepas itu contoh jika kita berpindah ke tempat lain kalau kita nak tebus balik kita mesti kena datang cawangan yang kita pajak ke?
ReplyDeleteassalam nak tanya macam mana cara kita nak pajak barang emas kita ya. Step ke bank dan cara nak bagitau. Dorang akan terangkan kat kita ya? Selepas itu contoh jika kita berpindah ke tempat lain kalau kita nak tebus balik kita mesti kena datang cawangan yang kita pajak ke?
ReplyDeleteassalam nak tanya macam mana cara kita nak pajak barang emas kita ya. Step ke bank dan cara nak bagitau. Dorang akan terangkan kat kita ya? Selepas itu contoh jika kita berpindah ke tempat lain kalau kita nak tebus balik kita mesti kena datang cawangan yang kita pajak ke?
ReplyDeleteBonda nk tnya Blh ke
ReplyDeleteByr upah smpnn Pajak gadai melalui online agro bank
saya tidak begitu pasti jika dari bank lain. Sepanjang ini jika dari cimb boleh bayar upah simpan. dengan syarat upah simpan masih belum sapmai tarikh
DeleteAssalamualaikum.. cane ye cara nak buat bayaran transfer pinjaman pajak gadai dr i rakyat? Thanks
ReplyDeletewasalam. puan boleh buat bayaran secara online transfer menggunakan i rakyat current account
DeletePuan boleh rujuk link diberikan https://www.bondachanteq.com/2022/03/panduan-bayaran-ar-rahnu-secara-online.html
Delete