Jumpa Anak Kucing Kesejukan Di Penjuru Rumah | Alahaiii...terkejut besar bila masuk pintu pagar terampak empat ank bulus kat penjuru rumah.
Allahuakbar. Empat ekor comel-comel belaka. Manalah ibu kucing ini tak nampak pula. Pertama kali jumpa anak kucing yang mungkin baru seminggu dua dilahirkan ni.Tak tahu apa nak buat.
Terus ambil gambar hantar pada adik dan mak di KL. Buntu juga tak tau apa nak buat. Perhati keliling, tak nampak pula ibu kucing ni. Mak suruh ambil kotak letak anak-anak bulus ni dalam kotak. Tapi nak bagi makan apa? Kt rumah ni tak pernah bela kucing. Ah buntu!.. Malam pula tu. Nak keluar ke kedai jauh pula.
Selamatkan dulu si comel ni bawak masuk dalam rumah. Cari box besar tutup dengan bakul. Esok jelah cari makanan dan susu. Semoga malam ni tak meragam yaa si bulus.
Takut Kucing
Sebenarnya, Bonda ni penakut kucing sebelum ni. Takut kena cakar. Tapi berkat sokongan suami yang melatih untuk menjadi berani dengan kucing, akhirnya Bonda berani memegang kucing. Seronok sebenarnya bela kucing ni.
Kalau dulu masa kecil boleh lari keliling rumah kena sakat dengan abang kakak pasal kucing. Bayangkan anak Bondapun lebih beranai dengan kucing berbanding Bonda.
Kucing kan binatang kesayangan nabi. Jadi kita juga digalakkan untuk menyayangi kucing.
19 Comments
alahaiiii comelnyaa kucing niiii... tapi kalau nisa pun, xdpt nak bela sebab nya tuan rumah x bg bela apa2 haiwan peliharaan huhu..
ReplyDeletecomel jer anak kucing tu. rumah gee pun ada anak kucing ni.. banyak gak dorang suka datang
ReplyDeletecomel memang comel kucing ni.. tapi saya pun akan jadi clueless juga mcm bonda kalau berada dlm situasi ini. cuma yg mampu, amik anak2 kucing tu, letak kejap kat dlm kotak ke kan, pastu baru fikir nk wasap sapa laaa nak mtk tolong jaga kucing tu..huhu
ReplyDeleteKat luar rumah emi pun ada kucing bunting tengah tunggu nak beranak. Bukan kucing kitorang. Kucing terbiar je, sebab jiran selalu bagi dia makan depan rumah so dia duduk situ buat macam rumah sendiri.
ReplyDeleteAlhamdulilah Bonda jagakan diorang kejap. Takut maknya keluar mencari makanan dan terperangkap sebab hujan lebat kot.
ReplyDeleteAlahai siannya anak kucing tu sejuk sejuk camni .. kita pon selalu gak bil bukak pintu kucing duk kat luar kesejukan ..sian tgk buh dalam kotak letak kain..
ReplyDeleteComel anak-anak kucing tu! Tapi from what I heard, jgn sentuh anak-anak kucing tu, nanti ibunya tak nak mereka sbb bau dah lain.
ReplyDeleteComelnya anak kucing tu. Saya sejenis takut kucing. Anak saya dan suami memang suka kucing. Pernah juga selamatkan kucing.
ReplyDeleteDah jumpa ke ibunya? May be merayau cari makan atau ada orang yag buang kat situ kle. Huhu. Kesian tgk anak meow kat lua tu. Semoga mereka selamat. Btw, comel meow ni. Kalu ibu ny atakde belikan susu kambing. Jangan bagi susu lembu dan susu yang lain2 sebab kucing intoleran laktosa (susu biasa).
ReplyDeleteAnak kucing kita banyak mati berjemaah baru-baru ini.. Kebanyakan lahir xcukup umur...
ReplyDeleteAlahaiii comei je, kesian betul diaorg. Nampak gaya dah boleh makan dah tu, bagi wet food kat dia. Masukkan dalam kotak n letak kain. Kalau nak bela terus bagus, tapi kalau nak adoptkan..masukkan kat kelab kucing kat mana2 dalam fb tu..hanny selalu buat cam gitu...ada je nanti yang nak
ReplyDeleteSerious comel2nya !! Dah ada yang adopt ke Kak Ezani ? Kesiannya kecik2 dh terpisah dari ibunya.
ReplyDeleteComellnya anak bulus nie..kat umah kite pn ada bela meow..org kata murah rezki klau kita bela kucing nie..bonda jga baik2 ye..jgn takut2 lagi..
ReplyDeleteKesian dkt anak kucing ni. Org buang mcm tu je. Baiklah ada org mcm bonda
ReplyDeleteaida takut kucing!
ReplyDeletegeli-geleman.
bukan kucing jer, semua yg berbulu aida geli! :) ha ha ha ha...
rumah aida now memang ada 2 anak kucing tumpang berteduh, tumpang main, tumpang tidur :)
kat luar la. aida biar kan ajer.
ari tu marah dia 2 ekor, berak dlm pasu bunga.
sekali tu jer. serik kot dia kena marah :) ha ha ha ha ha...
Hmm.kesian kena buang mcm tu. Tapi org kata kalau jaga kucing mmg dapat pahala banyak.
ReplyDeleteComelnya anak kucing. Dulu sebelum kawin memang sangat suka kucing lepas tu mak pun memang bela. Bila dh hidup sendiri ni rse teringin jugak nak beli tapi takut tak terjaga.
ReplyDeletecomelnya! saya sekarang masih dalam tempoh berkabung lepas kucing saya yang bertahun2 jaga akhirnya mati jugak.
ReplyDeleteThis is soo cute, kesian nampak :(
ReplyDeleteI love cats too, a lot of my cat kena bagi and some we saved from outside too. Tapi this year bnyak kena serangan virus dan tak boleh selamatkan. Sedih ingat balik.