Fenomena Gerhana Matahari Annulus (cincin) yang berlaku pada hari ini 26 Disember 2019 | Dengan kuasa dan kebesaran yang maha Esa, pada tarikh tersebut telah berlaku Fenomena Gerhana Matahari Annulus (cincin) dan kita telah diberi peluang untuk menyaksikannya secara langsung dan bukanlah dari mana-mana dokumentari.

Fenomena Gerhana Matahari Annulus (Cincin) ini pernah berlaku di Malaysia pada 21 tahun lepas. Kejadian gerhana matahari Anulus itu, yang jarang-jarang berlaku di Malaysia dan kali terakhir dilihat pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor, menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena alam itu. (Bernama). 


Gerhana matahari anulus (cincin) berlaku apabila bulan tidak cukup dekat dengan bumi untuk melindungi matahari sepenuhnya lalu membentuk cincin nipis dari cakera solar yang dapat dilihat atau apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari, tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.




Sempena Gerhana Matahari, umat Islam dianjurkan melakukan Solat Sunat Gerhana [Baca: TATACARA SOLAT SUNAT KUSUUF (GERHANA MATAHARI)]

Terdapat empat jenis gerhana matahari:


· Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan mnyelubungi dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat terang, dan dengan ini membolehkan korona matahari yang banyak lebih lembut dilihat. Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.

· Gerhana anulus/cincin berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahari ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap.

· Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus-penuh) berubah antara gerhana penuh dan anulus. Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku.

· Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa. Fenomenon ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi. [Baca: Fenomena Gerhana Matahari Anulus dan Separa di Malaysia]


Detik-detik kemuncak Gerhana Matahari Cincin di Tanjung Piai, Johor.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Penolong Mufti Unit Falak iaitu Ustaz Shahril Azwan Hussin turun melaksanakan kajian dan cerapan sempena Ekspedisi Gerhana Matahari Cincin di Masjid Jamek Kampung Perpat Timbul, Tanjung Piai, Johor.

Program hari ini dianjurkan oleh Royal Institution of Surveyors Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dgn kerjasama Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, UTM, UITM dan Geospatial Science and Technology, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sebanyak 15 teleskop disediakan untuk melaksanakan kajian dan cerapan gerhana matahari cincin. Antara kajian lain yang turut dilaksanakan adalah perubahan kelakuan binatang ketika berlakunya gerhana, perubahan bayang matahari dan perubahan arah angin. Kepentingan bagi unit falak, melalui fenomena berlakunya gerhana matahari ini adalah peluang utama untuk menyemak ketepatan hasil hitungan dari perisian yang digunapakai dalam penyediaan takwim dan waktu solat.



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.