5 PERIBAHASA MELAYU TENTANG PENGKHIANATAN
1. TIKAM BELAKANG
Maksud tikam belakang paling senang difahami adalah 'BELOT'. Membelot atau menyebelahi musuh; berkhianat lalu memihak kepada musuh; tidak setia: Pembelot orang yang lari lalu memihak kepada musuh; orang yg belot; pengkhianat.
2. API DALAM SEKAM
Kejahatan yang dilakukan dalam diam-diam. Ancaman yang tidak kelihatan yang mana lebih membahayakan. Ianya juga adalah bermaksud perbuatan jahat ataupun dendam yang tersembunyi/disembunyikan
3. GUNTING DALAM LIPATAN
Orang yang kita sangka kawan sebenarnya musuh yang sedang merancang untuk menjatuhkan / mengkhianati / menjahanamkan kita. Orang yang kita percaya tetapi berbuat khianat. Orang yang ada niat untuk mencelakakan kawan baiknya sendiri.
4. MUSUH DALAM SELIMUT
Musuh yang kita tidak ketahui yang berada dekat dan sekeliling kita. Ia adalah orang dekat yang berkhianat diam-diam. Musuh yang berasal dari kalangannya sendiri; Musuh dekat yang dapat membuat celaka.
5. BERMUKA DUA / TALAM DUA MUKA
Perihal orang yang berpura-pura baik / berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keuntungan diri sendiri). Orang yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuhan. Bermuka dua, munafik, berpura-pura.
Ini adalah antara 5 peribahasa Melayu tentang pengkhianatan. Pengkhianatan ini boleh sahaja terjadi kepada sesiapapun samada dalam persahabatan, adik beradik, rakan sekerja.
Sebagai insan yang diciptakan dengan kebaikan, jauhilah perkara tentang pengkhianatan ini. Jadilah manusia yang suci hatinya.
Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.
1 Comments
Allahu, semoga kita semua dipelihara oleh Allah Taala daripada pengkhianatan insan terdekat :(
ReplyDelete