Bonda pasti ramai rakyat Malaysia menonton perlawanan diantara Malaysia dan Indonesia malam tadi samaada di Stadium mahupun dirumah.
Bonda juga tidak ketinggalan menonton perlawanan yang penuh dengan debaran itu. Walaupun Bonda bukanlah peminat sukan bolasepak. Tetapi kerana negara yang memperjuangkan kemenangan, maka Bonda juga turut sama memberi sokongan walaupun hanya dirumah! Tahniah Harimau Malaya! Benamkan Garuda!
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya menewaskan pasukan Indonesia 2-0 seterusnya melayakkan Malaysia menyertai Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Bonda berbangga dengan penyerang utama negara Safawi Rashid yang telah berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 30. Bagaimanapun, jaringan tersebut disambut dingin oleh penyokong lawan apabila berlaku provokasi beberapa minit selepas Malaysia merobek gawang Indonesia. Namun, insiden tersebut tidak menganggu perlawanan, sebaliknya beberapa cubaan terus dilakukan oleh pemain negara.
Safawi sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 72 menjadikan Indonesia menerima kekalahan lima kali beturut-turut.
Seronok hari ni pagi-pagi pergi kerja berkumandang lagu tentang Harimau Malaya. Betul-betul bersemangat!
Bonda ucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara. Harimau Malaya tetap mantap dan gagah!!
15 Comments
yeszaaaa...
ReplyDeleteterbaik harimau malaya :)
aida tgk mlm td, kat tv jer lah...
Harimau sangat gagah semalam melalui permainan yang sangat baik sekali. Tahniah kepada jua kepada pasukan Indonesia , semoga terus sukses selalu.
ReplyDeleteAlhamdulilah. Permulaan yang baik untuk Malaysia - perjuangan masih jauh ye tak. Moga konsisten dan terus berusaha! HIDUP HARIMAU MALAYA!
ReplyDeleteSeronok tengok bola semalam.sikit lagi nak dapat hatrik safawi kan. Ape pon semoga team bola sepak Malaysia terus Mara!
ReplyDeleteYeyyy, semalam tengok gak. Berdebor2 jantung, terbaik Syafawi. Semoga terus semangat seperti harimau
ReplyDeleteTahniah Harimau Malaya. Tendangan bola ke pintu gol lawan oleh Safawi memang cantik dan terbaik.
ReplyDeleteNad tak tengok pun..tau pun dari suami..dia tengok dekat bilik kerja dia..dia cakap Malaysia menang..tahniah Malaysia..bangkitt
ReplyDeleteMasa tue AM ada kat area kedai mamak.. Bersorak sakan satu kedai bila jaringan dibuat.. Siap ada yg peluk2 lagi bila jaringan berjaya dihasilkan.. Tahniah buat skuad harimau malaya..
ReplyDeletetahniah Harimau Malaya. bunyi kata macam gaduh2 sikit ya hari tu? Semoga berdamailah kan hendaknya
ReplyDeleteLiez tak tgk pun sbb takut frust hihihi.. biar tahu result je... tapi nmpk ada kemajuan la bola kita sekarang..
ReplyDeleteWahh. Excitenya bonda layan bola. Terkejut tgk entry ni haha. Anyway Malaysia tahniah diucapkan. Walaupun tk berapa perform mcm lawan thailand haritu, still boleh catch up. Nk masuk world cup, kena tingkatkn lagi prestasi
ReplyDeleteYesszaaaa... Tahniah Harimau Malaya! Moga terus sukses menempa kejayaan
ReplyDeletetahniah Malaysia ! mek salah seorang penonton di rumah (walaupun minit ke berapa entah dah tertido). At least masa penamat di minit 94 tu sempat lah tengok Malaysian sujud syukur.
ReplyDeleteTahniah Harimau Malaya kerana berjaya tumbangkan Garuda Indonesia. Semoga terus kekalkan momentum kejayaan ini di perlawanan akan datang.
ReplyDeleteAirah sempat tengok sikit haritu. Husband tak minat bola sangat jadi kita pun tak ada la tengok lebih lebih
ReplyDelete