Bila sebut sahaja pasal kerja-kerja maintenance, pasti wanita akan mengangkat bendera putih. Walaupun ianya hanya kerja yang remeh. Betul tak? Siapa kata wanita tak boleh buat kerja-kerja maintenance tu? Hanya orang-orang yang tidak ada keyakinan diri sahaja yang akan berkata demikian.

Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Ya betul kerja maintenance tu bukan kerja wanita ianya kerja lelaki. Tetapi sekiranya keadaan memaksa dan terpaksa bagaimana?




Hari ni kepala extension pluq Bonda rosak. Nampaknya sudah terbakar. Mungkin ketika menggunakannya terlalu over usage. Maklumlah sekali guna dengan laptopnya, dengan monitor tambahannya, dengan pengecas telefonnya. Manakan tidak terbakar dan cair kepala pluq tu.


Cas telefen keperluan utama

Bila kepala extention pluq dah terbakar tu, masalah akan timbul bila tak boleh cas telefon. Yelah telefonkan penting. Kalau tak ada bateri susah pula jika ada emergency. Apa yg Bonda kena buat ni? Nak ke kedai beli yang  baru, errrmm...memang malas dah nak keluar rumah malam-malam begini.

Jadi Bonda pun merancang apa yamg boleh dibuat selain dari membeli yang baru. Baru teringat yang ada satu extention pluq dah tak berapa elok lagi milik en suami yang masih tersimpan. Bila di belek-belak nampaknya kepala pluq tu masih elok.

Makanya Bonda pun mulakan operasi untuk menukar kepala pluq tersebut. Memandangkan en suami out station, maka haruslah Bonda yang melakukan nya sendirikan.







Cari alatan yang sesuai

Skru driver bunga
Srku driver leper

Mulakan dengan Bismillah, buka kepala pluq yang rosak tadi. Laaaa dh cair rupanya dek kerana panas sangat! Keluarkan wire tiga warna hitam, coklat & hijau.

Buka pula kepala pluq ganti dan buka seperti kepala pluq yang rosak tadi. Prosesnya sama juga. Keluarkan semua wire tiga warna tu. Tukarkan kepala pluq tersebut kepada yang rosak tadi. Masukkan setiap wire di rumah mereka. Jangan salah masuk ya. Bahaya!





Kemudian tutup semula kepala pluq tu dan skrukan semula. Tadaaaaa...dah siap pun..dah boleh gunakan untuk cas telefon pintar Bonda...




Para wanita macam mana? Dah boleh buat sendiri jika terpaksa? Siapa ada pengalaman boleh share diruangan komen.



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.