Surga Yang Tak Dirindukan : Filem Poligami yang penuh dengan pengajaran. Poligami bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima didalam masyarakat. Entah kali keberapa Bonda menonton filem ini yang sarat dengan 'pengajaran' kepada masyarakat.
Naskah Berat yang diangkat hasil dari karya Asma Nadia, sebuah filem yang menyentuh hati penonton tentang pengorbanan seorang suami, isteri dan madu. Terlalu banyak maksud tersirat yang boleh dijadikan pengajaran didalam hidup berpoligami.
Rasa sedih dan gembira adalah milik Allah yang dititipkan kepada kita, harus kita syukuri. - Citra Arini
Selagi ada Allah dihatimu, kamu tidak akan pernah menderita. Maka bacalah...Iqraq..
Sinopsis Novel Syurga Yang Tak Dirindukan
Pernikahan Arini (Laudya Cynthia Bella) dan Pras (Fedi Nuril) mendatangkan kebahagiaan dengan hadirnya Nadia, putri mereka. Pras yang baik dan setia selalu menenangkan Arini. Berbagai kisah perselingkuhan di sekelilingnya, termasuk sahabat dekatnya, tidak sekalipun mengusik kepercayaan Arini terhadap sang suami. Arini pun berusaha mengabdikan diri sepenuh hati sebagai ibu dan istri.
Aku bisa sabar, sesuatu yang ditutupi itu meski baik akan terlihat buruk - Mei Rose
Perjalanan takdir kemudian berujung ujian bagi cinta Arini dan Pras. Suatu hari, dalam perjalanan menuju kantor, Pras harus menolong korban yang mengalami kecelakaan mobil. Alangkah kagetnya Pras saat mengetahui korbannya adalah seorang perempuan dalam balutan baju pengantin.
Mei Rose (Raline Shah) berusaha membunuh diri setelah laki-laki yang berjanji menikahinya ternyata menipunya. Padahal di perutnya ada janin berusia tujuh bulan. Mei Rose berhasil diselamatkan, namun mengalami koma, sementara anak laki-lakinya, Akbar, lahir dengan selamat.
Pras tidak tega meninggalkan bayi dan ibu yang ternyata hidup sebatang kara tersebut. Diluar dugaan, Mei Rose melakukan percubaan bunuh diri lagi. Beruntung Mei Rose diselamatkan Pras. Pras jatuh kasihan pada Mei Rose. Mei Rose meminta Pras untuk menikahinya.
Tidak disangka, Mei Rose sangat berbahagia dengan pernikahannya dengan Pras. Mei Rose merasa terharu dan bahagia kerana dinikahi oleh laki-laki sebaik Pras. Dengan demikian Pras melakukan poligami.
Pras semakin hari semakin merasa bersalah pada Arini. Saat Pras berusaha menceritakan poligaminya pada Arini, ayah Arini meninggal. Suasana semakin berat bagi Pras saat mendengar pengakuan ibu Arini kalau ayahnya juga poligami. Demi kebahagiaan Arini, ibu merahsiakan poligami ayahnya dan ikhlas menerima takdirnya.
Kamu sudah berhasil menghancurkan dongeng saya dan menghidupkan dongeng kamu - Citra Arini
Akhirnya kenyataan poligami Pras diketahui juga oleh Arini. Bahtera perkawinannya yang ideal, runtuh seketika.
JUDUL: SURGA YANG TIAK DIRINDUKAN
PENULIS NOVEL : Asma Nadia
PRODUSER : Manoj Punjabi
PRODUKSI : MD Pictures
TAYANGAN: 2015
Durasi : 124 Minit
SUTRADARA : Kuntz Agys
PELAKON : Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Sandrinna Michelle, Kemal Palevi, Tanta Ginting, Zaskia Adya Mecca, Landung Simatupang
Review Filem Surga Yang Tak Dirindukan
Plot : 9/10 - Filem yang banyak memberi pengajaran kepada masyarakat. Sungguhpun poligami itu dibenarkan Islam, tetapi tidak semudah yang kita perkatakan. Tidak ramai isteri yang boleh menerima berita poligami suami mereka dengan hati yang terbuka.
Jalan cerita yang mudah difahami dimana tujuan Pras menikahi Mei Rose bukanlah kerana ingin mempunyai isteri lebih atau dia seorang kaki perempuan. Sebaliknya, Pras menikahi Mei Rose atas tujuan mahu menyelamatkan wanita itu dari membunuh diri.
Sebagai seorang wanita dan isteri, pasti pelbagai perasaan bercampur baur apabila dikhianati. Tidak siapapun yang ingin melakukan sesuatu yang menyakitkan. Adakala, takdir Allah melebihi dari apa yang kita fikirkan. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Maka, apapun keadaannya, berfikirlah secara rasional dan terimalah takdir dengan 'ikhlas' kerana apa yang berlaku telah ditentukan oleh Allah.
Sebagai seorang wanita dan isteri, pasti pelbagai perasaan bercampur baur apabila dikhianati. Tidak siapapun yang ingin melakukan sesuatu yang menyakitkan. Adakala, takdir Allah melebihi dari apa yang kita fikirkan. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Maka, apapun keadaannya, berfikirlah secara rasional dan terimalah takdir dengan 'ikhlas' kerana apa yang berlaku telah ditentukan oleh Allah.
Dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat yang berjaya membawakan watak dengan baik menjadikan filem ini dekat dengan hati penonton. Bonda pasti, ramai yang bukan hanya sekali menonton filem penuh pengajaran ini.
Jika Diakhirnya Nanti, Semua Akan Tersakiti
Aku Terlebih Dahulu Memilih Untuk Pergi
Credit: Filem Surga Yang Tak Dirindukan
Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.
0 Comments