Anda dah menonton filem Pusaka yang mula ditayangkan pada 29 Oktober 2019 lalu? Bonda hari ini berkesempatan membawa adik-adik ke pawagam terdekat untuk menonton filem yang dikatakan pecah panggung ni. Harian Metro pada isnin lalu melaporkan, "Sebelas Hari Tayangan, Pusaka Raih RM7.2juta" sekaligus mendominasi tangga pertama pecah panggung Golden Screen Cinemas (GSC) selama lima hari berturut-turut.
Sinopsis Pusaka
Mengisahkan tentang Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri.
Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik penemuan kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang. Nuar tambah terbeban apabila adiknya Nur terlibat didalam masalah ini.
TAJUK : PUSAKA
- Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2019
- Idea Asal : Natasha Chopra
- Skrip : Anwari Ashraf dan Alfie Palermo
- Pengarah : Razaisyam Rashid
- Terbitan : Astro Shaw, Alpha47 Films, Director’s Think Tank
- Pelakon : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, dan Yuna Rahim.
- Rating : 9/10
Review Pusaka
Menonton tayangan perdananya diyoutube saja membuatkan hati meronta untuk ke pawagam. Dengar kata filem ni memang best.
Filem yang memang penuh dengan suspen dan seram. Dari awal tidak dapat dijangka siapakah sebenarnya yang membunuh semua mangsa dan apakah kaitannya dengan Nur adik Inspektor Nuar.
Tiada siapa yang dapat menduga bahawa Balqis telah menggunakan saka peninggalan arwah bapanya untuk membalas dendam terhadap opah dan ahli keluarga bapanya yang telah membolot hampir kesemua harta peninggalan bapanya melalui Nuar.
Arrgghh!..complicated juga jalan ceritanya. Tapi berjaya dipersembahkan melalui jalan cerita yang baik tentang Saka, tentang Puaka dan Pusaka. Tentang amalan ilmu hitam untuk melindungi ahli keluarga mereka. Bonda bagi 9 bintang untuk keseluruhan filem ini.
Semua pelakon berjaya membawa watak dengan baik. Manakala jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir apakah sebenarnya yang berlaku membuatkan mesej filem ini benar-benar sampai kepada penonton.
Bagi yang belum menonton, Bonda cadangkan pergila ke pawagam untuk menonton filem ini.
Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.
5 Comments
Dah tengok juga mula-mula memang konfius lepas tu dah mula terungkai baru faham apa yang hendak disampaikan!
ReplyDeleteitulah...mula2 mmg confuse...tp jalan cerita best...bawak penonton untuk berfikir...
DeleteDah tengok cerita Pusaka ni, memang best. Scene mengejut ada je, tapi worth it lah :)
ReplyDeleteyaa betul tu...memang puas hati pegi tgk kt wayang...cerita pn xde laa klise sgt...
Deletex masuk panggung utk citer ni.
ReplyDeleteramai member gi, and review dari diorang = best.
aida tunggu astro first lah.
tgk trailer nyer pun amat menyengat! kan :)