Cemburu Seorang Perempuan drama adaptasi dari Novel karya Siti Hazneza Abdul Hamid sedang ditayangkan di channel Astro Ria slot Drama Vaganza sebanyak 20 episod bermula 29 Oktober lalu. Drama yang penuh dengan konflik emosi dan pengajaran ini membawakan watak Emilia lakonan Emma Maembong, Zikry lakonan Amar Bahrin dan Dhiya lakonan Amyra Rosli sebagai teraju utama.
Drama yang sarat dengan dengan dendam terhadap dua sahabat karib dalam masa yang sama menceritakan tentang pengorbanan seorang sahabat semata-mata untuk melihat sahabat karibnya bahagia.
Kerana takut kehilangan suami, ditambah dengan cemburu yang menggunung menguasai diri terhadap keakraban dua sahabat baik, seorang isteri sanggup bertindak kejam dan selfish!
Kerana terlalu sayangkan sebuah persahabatan, perasaan sendiri dikorbankan demi melihat kebahgiaan insan yang disayangi.
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya', kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu.
Sinopsis Novel Cemburu Seorang perempuan
Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.
Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.
Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.
Isteri, di wajahmu ada syurga yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu, namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya.
Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita. Aku lemas sebelum waktunya. Andai syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana. Selayaknya aku di mana?
Dan adakah syurga buat suami sepertiku. Suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri, melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal.
JUDUL : CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Astro Ria HD
PENULIS NOVEL : Siti Hazneza Abdul Hamid
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin
Review Drama Cemburu Seorang Perempuan
Plot Cerita: 9/10
Rentetan peristiwa yang menyebabkan Emi tidak boleh melahirkan anak, Emi mula mengatur rancangan untuk mempergunakan Dhiya bagi mencapai impiannya untuk mempunyai anak.
Emi memujuk Dhiya untuk berkahwin dengan Zik semata-mata untuk melahirkan anaknya bersama Zik. Dhiya, kerana kasihya terhadap Zik telah bersetuju dengan idea gila Emi walaupun ditentang oleh Zik.
Setelah perkahwinan Zik dan Dhiya terlaksana, Emi mula mengongkong kehidupan mereka. Emi, terus-terusan mencemburui Dhiya. Zik tidak dibenarkan untuk mencampuri Dhiya. Emi menggunakan kaedah IVF untuk Dhiya mengandungkan anak Zik. Dhiya dijadikan sebagai ibu tumpang!
Dhiya dan Zik tersepit dengan cemburu dan dendam Emi yang tidak berkesudahan, terpaksa akur dengan semua kehendak Emi yang telalu mementingkan diri sendiri. Emi memang kejam! Seriously bila mengikuti drama ini dari episod ke episod betul-betul boleh buat kesabaran menipis!
Geram dengan tindakan Zik yang lemah, marah dengan Dhiya yang tak reti untuk melawan dan membiarkan Emi membuli sekehendak hatinya, sakit hati dengan tindakan Emi yang pandai mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain!.
Teruskan menonton sehingga episod terakhir untuk ketahui apakah kesudahan drama ini.
Drama yang penuh dengan pengajaran dan peringatan untuk kita semua. Bagaimanakah nasib Dhiya diakhirnya, apa pula yang terjadi dengan Emi dan anak-anaknya. Bagaimana Zik mengatur kehidupan sebagai suami yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya terhadap Dhiya. Semuanya akan terjawab didalam setiap episod.
4 Comments
macam best je drama ni. Boleh layan nanti
ReplyDeleteMamang best drama ni...penuh dengan emosi...geram plak dgn si Emi tu...eii...si Dhiya plak mengalahhhhh je....
Deletekerap tgk iklan nyer di channel njoi.
ReplyDeletehmmm x dpt la tgk, bonda, xde siaran Ria.
nanti da settle, aida layan kat utube.
mcm menarik.
pelakon nyer mantop!
Bonda pun ikut kt youtube saja...memang xsempat nk sampai ke rumah utk ikuti cerita ni...
Delete