Perkara biasa apabila gagal membayar ansuran kenderaan beberapa bulan dan kenderaan anda ditarik. Ketahui hak anda, bank tidak boleh tarik kenderaan anda jika 4 perkara ini;
1. Ansuran pinjaman kenderaan anda telah melebihi 75%.
Ketahui hak anda, bank tidak boleh tarik kenderaan anda jika bayaran ansuran kenderaan anda telah melebihi 75% dari pinjaman. Bank hanya boleh menarik kenderaan anda hanya dengan 'perintah' mahkamah.
2. Kenderaan anda berada didalam kediaman berpagar.
Ketahui hak anda, bank tidak boleh tarik kenderaan anda jika kenderaan didalam kediaman berpagar. Ini bermakna sekiranya kereta anda berada didalam garaj dan berpagar, ejen penarik tidak boleh sewenang-wenangnya menarik kereta anda.
3. Pada hari cuti umum.
Ketahui hak anda, bank tidak boleh tarik kenderaan anda jika pada hari cuti umum. Ejen penarik tidak berhak untuk menarik kereta anda pada hari tersebut.
4. Selepas jam 9 Malam
Ketahui hak anda, bank tidak boleh tarik kenderaan anda jika waktu mencecah jam 9.00 malam. Ejen menarik hanya boleh menarik kereta anda diantara jam 9.00am - 9.00mlm sahaja. Selepas jam 9.00 mlm, Ejen penarik kenderaan tidak ada hak untuk menarik kenderaan anda.
Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) dari KPDNKK
Sekiranya anda didatangi oleh ejen penarik kereta, pastikan;
1. Ejen tersebut menunjukkan kad autoriti (EPS)
2. Sekiranya ejen tersebut datang lebih seorang, pastikan kesemuanya menunjukkan kad EPS
3. Sekiranya salah seorang dari mereka gagal memunjukkan kad EPS, anda berhak membuat laporan.
Ketahui hak anda! Jangan mudah diperalatkan oleh Ejen penarik kenderaan yang dengan sengaja mengambil kesempatan terhadap anda.
Tapi jangan pula SENGAJA tidak mahu melangsaikan hutang kenderaan anda walaupun sudah 75% berbayar. Selagi anda tidak melangsaikan hutang pinjaman kenderaan anda, nama anda tetap akan berada didalam senarai hitam CTOS dan CCRIS!
Tapi jangan pula SENGAJA tidak mahu melangsaikan hutang kenderaan anda walaupun sudah 75% berbayar. Selagi anda tidak melangsaikan hutang pinjaman kenderaan anda, nama anda tetap akan berada didalam senarai hitam CTOS dan CCRIS!
Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.
0 Comments