Sudah mencapai usia 40 tahun? Satu tanda yang berlaku kepada kita apabila berusia 40 tahun adalah Rabun Dekat! Haaaaa inilah masalah yang biasa berlaku apabila kita berusia 40 tahun. Adakalanya ianya memberi masalah kepada kita apabila sukar untuk membaca dari jarak dekat.
Cermin Mata Dan Usia 40 Tahun sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya orang yang mempunyai rabun jauh akan mendapat juga rabut dekat apabila usia menjangkau 40 tahun.
Bonda baru sahaja membuat cermin mata baru gara-gara cermin mata sedia ada yang powernya sudah meningkat. Sebenarnya bukanlah power cermin mata yang meningkat, tetapi sebenarnya adalah power penglihatan kita yang sedang meningkat menjadikan cermin mata yang biasa kita gunakan sudah tidak sesuai lagi.
Keputusan ujian penglihatan Bonda ternyata meningkat! Ini menandakan cermin mata perlu ditukar segera untuk mengelakkan masalah sakit kepala dan migrain bertambah teruk.
Keputusan ini juga memberitahu bahawa diusia 40 tahun ini masalah rabun dekat sudah menjengah kehidupan. Makanya cermin mata dan usia 40 tahun adalah satu jalinan persahabatan yang kekal sehingga akhir hayat. Gituuuu!
Sebenarnya, rabun ni bukanlah sejenis penyakit. Ianya suatu keadaan dimana keadaan penglihatan seseorang itu terbatas dan perlu diperbetulkan dengan alat bantuan seperti cermin mata atau kanta lekap. Apabila usia meningkat ke 40 tahun, sudah pastinya kadar penglihatan kita amat terbatas. Semakin tua semakin kurang kadar penglihatan kita. Itu hakikat!!
Keputusan ini juga memberitahu bahawa diusia 40 tahun ini masalah rabun dekat sudah menjengah kehidupan. Makanya cermin mata dan usia 40 tahun adalah satu jalinan persahabatan yang kekal sehingga akhir hayat. Gituuuu!
Sebenarnya, rabun ni bukanlah sejenis penyakit. Ianya suatu keadaan dimana keadaan penglihatan seseorang itu terbatas dan perlu diperbetulkan dengan alat bantuan seperti cermin mata atau kanta lekap. Apabila usia meningkat ke 40 tahun, sudah pastinya kadar penglihatan kita amat terbatas. Semakin tua semakin kurang kadar penglihatan kita. Itu hakikat!!
Bersediakah kita untuk mempunyai kedua-dua rabun dalam waktu yang sama? Mahu atau tidak, orang yang mempunyai rabun jauh 'wajib' menerima hakikat bahawa bakal mempunyai rabun dekat juga.
Kenali jenis-jenis rabun
Rabun jauh (myopia)
- Objek dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi objek jauh menjadi kabur.
- Kabur bila melihat jauh. Contohnya: memandang papan hitam
- Mengecilkan mata bila lihat jauh
- Sakit kepala
Rabun dekat (hyperopia)
- Objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas.
- Kabur bila membaca
- Sakit kepala atau sakit mata
- Mengecilkan mata semasa membaca
- Mata terasa cepat letih bila melakukan kerja jarak dekat.
Rabun Silau (Astigmatism)
- Objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur.
- Penglihatan yang kabur ini mungkin lebih serius dalam arah yang tertentu sahaja.
- Kabur penglihatan
- Objek akan kelihatan herot-benyot
- Silau
- Sakit kepala
Kesimpulannya, Bonda mempunyai ketiga-tiga rabun ini. Jalani kehidupan dengan bahagia. Terima anugerah yang telah Allah berikan walaupun terpaksa memakai cermin mata sepanjang hayat.
Cermin Mata Dan Usia 40 Tahun, apa punca rabun?
Entahlah, sukar untuk dikenalpasti. Mungkin kerana faktor keturunan kerana jika dilihat keluarga besar Bonda hampir keseluruhan ahli keluarga mempunyai rabun dari sekolah dan memakai cermin mata. Dan Bonda telah memakai cermin mata sejak berusia 14 tahun.
Tambahan lagi, corak pekerjaan sekarang ini wajib bekerja dengan menggunakan komputer hampir seharian dan ada kala menyambung kerja-kerja pejabat dirumah menggunakan komputer mungkin juga menjadi punca kadar rabun semakin meningkat.
Ini juga sangat berbeza dengan corak pekerjaan ditahun 80'an - 90'an yang hampir 90% hanya bekerja secara manual berbanding sekarang ini yang semuanya 'computerize'.
Makanya ramailah yang kita jumpa bercermin mata menjalani kehidupan seharian.
Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.
0 Comments