Bagaimana Amalan Ergonomik Di Tempat Kerja Memberi Kesan Terhadap Kesihatan Manusia | Duduk dikerusi dan menyelesaikan tugasan selama lebih 8 jam sehari bahkan ada yang menjangkau sehingga 10 - 12 jam duduk dikerusi pejabat untuk menyelesaikan tugasan sudah tentunya memberi kesan kepada postur badan manusia. Ianya juga adalah rutin kerja setiap hari dihadapi oleh golongan bekerja 'Office Hours'.


Tetapi sedarkah kita bahawa duduk berjam-jam dikerusi akan memberikan kesan kepada kesihatan dan postur badan sekiranya kondisi penggunaan komputer, kerusi dan meja yang dibekalkan oleh majikan tidak bersesuaian dan boleh menjejaskan kesihatan kita?




Penggunaan komputer dan teknologi pesat berubah di tempat kerja moden telah meningkatkan keperluan untuk ergonomik. Meja, kerusi, monitor, papan kekunci dan pencahayaan semua perlu ditaksir ketika membuat tugasan di ruang kerja, sama ada di pejabat atau di rumah.

Pastinya masih ramai yang tidak mengetahui tentang pentingnya Amalan Ergonomik Di Tempat kerja mahupun dirumah. Ergonomik atau dalam bahasa Inggeris 'Ergonomic' adalah sesuatu yang mungkin baru bagi rakyat Malaysia tetapi tidak negara luar. Bekerja dengan syarikat antarabangsa, amalan ergonomik ini menjadi satu kewajiban setiap majikan menyediakan ruang kerja bukan sahaja selesa malah memastikan kakitangannya bekerja didalam kondisi yang selesa. 


"Ergonomi adalah disiplin saintifik yang berkaitan dengan pemahaman interaksi di antara manusia dan unsur-unsur lain dalam sistem, dan profesion yang menggunakan teori, prinsip, data dan kaedah untuk mereka bentuk untuk mengoptimumkan kesejahteraan manusia dan prestasi keseluruhan sistem." Persatuan Ergonomi Antarabangsa

Entry kali ini Bonda kongsikan keperluan dan kebaikan amalan ergonomik di tempat kerja yang juga boleh dipraktikkan dirumah. Pegalaman bekerja dengan syarikat antarabangsa yang mengamalkan 'Ergonomic at workplace' Bonda terpanggil untuk berkongsi serba sedikit kebaikan dan kepentingan amalan Ergonomik di Tempat Kerja ini. 


Bonda percaya, ketika ini ramai yang mempunyai  satu sudut ruang kerja dirumah masing-masing. Ada yang melakukan tugasan pejabat di rumah atau 'work from home'. Tetapi pernahkah kita terfikir ketika melakukan tugasan pejabat dirumah, kita juga memerlukan sebuah kerusi dan meja kerja yang bersesuaian? 


Biasa kita lihat apabila melakukan tugasan dirumah, kita akan lakukannya di meja makan tanpa sedari ianya mengakibatkan postur badan terkesan dengan hanya duduk dikerusi meja makan yang sudah tentunya tidak sesuai untuk tempoh yang lama. Pada mereka yang mempunyai pengetahuan tentang amalan ergonomik pasti akan membeli kelengkapan seperti meja dan kerusi ergonomik agar selesa ketika melakukan kerja.



Apakah maksud Ergonomik

Istilah 'ergonomik' dan 'faktor manusia' boleh digunakan secara bergantian, walaupun 'ergonomik' sering digunakan berkaitan dengan aspek fizikal alam sekitar, seperti stesen kerja dan panel kawalan, manakala 'faktor manusia' sering digunakan berhubung dengan sistem yang lebih luas di mana orang bekerja. 


Ergonomic is the science of conforming the workplace and all of its elements to the workers - Geotsh,1999

Fikirkan sudut monitor komputer anda, atau ketinggian meja anda. Fikirkan sama ada mata anda tegang pada akhir hari atau jika pergelangan tangan anda tercedera dari menaip. Pemahaman yang mendalam tentang ergonomik dapat menghalang kecederaan di tempat kerja dengan menyesuaikan alat kepada pengguna, memberikan penekanan pada postur yang tepat untuk mengurangkan kesan pergerakan berulang.



Apakah Amalan Ergonomik di Tempat Kerja


Ergonomik tempat kerja adalah sains merancang tempat kerja, dengan mengingati keupayaan dan batasan pekerja. Proses penambahbaikan ergonomik tempat kerja menghilangkan faktor risiko yang membawa kepada kecederaan muskuloskeletal dan membolehkan peningkatan prestasi dan produktiviti manusia.



Apakah tujuan Ergonomik dilaksana di tempat kerja

Ergonomik bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dan mengurangkan ketidakselesaan. Aplikasi sains kemanusiaan dan sains kejuruteraan tempat kerja supaya pekerja memperolehi kepuasan semaksimanya kepada pekerjaan tersebut. Ianya bersesuaian dengan anatomi manusia.



Mengapa Amalan Ergonomik penting 


Tahukah anda? Walaupun ketika bekerja, kelihatan tiada risiko yang boleh buat anda cedera, anda tetap terancam dengan potensi untuk mendapat sakit jangka masa panjang jika tidak beri perhatian kepada ergonomik di tempat kerja. Pernahkah anda terfikir tentang keselamatan dan kesihatan sewaktu bekerja?

Ergonomik adalah semakan berkenaan sejauh mana tugasan anda boleh diselesaikan tanpa memberi beban kepada badan anda dan tidak merisiko kesihatan jangka masa panjang.

Kesan tidak mempedulikan Ergonomik di Tempat Kerja ini termasuklah kecederaan akut (tiba-tiba) atau dalam jangka masa panjang. - Dr Khairullina Khalid, Pakar Perubatan Sukan dan Senaman, Jabatan Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) via Berita Harian


Contoh Amalan Ergonomik di Tempat Kerja










Gambar : Google