Wanita Yang Baik & Penyabar Itu Punyai 6 Perkara | Apabila berkata tentang wanita, ianya adalah makhluk tuhan yang paling istimewa dijadikan untuk mendampingi kaum Adam di alam ini. Dia adalah nadi dan jantung rumahtangga. Tanpanya pincanglah sebuah keluarga. Allah menjadikan wanita itu berbeza dengan lelaki dari sudut perbezaan akal dan fikirannya. Segala perbezaan ini pastinya mempunyai hikmah dan kepentingannya. Allah menjadikan wanita dan lelaki itu sebagai berpasangan agar dapat saling cinta mencintai, sayang menyangi, lengkap melengkapi.
Wanita tidak dijadikan dari urat rambut lelaki untuk dijulang mahupun dipuji. Tidak pula dijadikan dari tapak kaki untuk dihina dan dikeji. Tetapi wanita dijadikan rusuk dari kiri lelaki yang berada dekat dengan hati untuk didampingi, dilindungi dan juga disayangi.
Cabaran hidup yang dilalui insan bernama wanita adakalanya terlalu sukar untuk kita fikirkan. Mereka melalui setiap ujian yang menimpa dengan sabar dan ikhlas.
1. Dia Yang Tetap TERSENYUM Walau Hatinya Sedang Terluka
Dia tetap juga tersenyum apabila hatinya dilukai oleh insan bernama suami. Dia akan memujuk hatinya sendiri dikala dirinya tidak dihargai oleh suaminya. Dek kerana kasihnya dia kepada suami, dia seringkali dilukai. Adakalanya hatinya terluka bukan sahaja perlakuan buruk suaminya, bahkan dari kaum sejenisnya yang sedang merebut kasih sang suami. Dia terluka, tetapi dia membiarkan sahaja luka hatinya sembuh dengan sendirinya.
2. Dia Yang Tetap TEGAR Walau Sebenarnya Ia Ingin Menangis
Dia tetap tegar menghadapi hari-hari yang penuh dengan kesedihan walau sebenarnya dia ingin menangis. Adakalanya, dia tidak dapat menahan lelah kesedihan dan membiarkan airmatanya mengalir dan kering sendiri. Dia hanya mampu menitiskan airmata terhadap setiap perlakuan sang suami terhadapnya. Dia juga tegar demi anak-anak yang memerlukan dia untuk meneruskan kehidupan mendatang.
3. Dia Yang Tetap MENERIMA Walau Hatinya Begitu Kecewa
Dia yang tetap menerima setiap ujian dan cabaran walau hatinya begitu kecewa dengan apa yang harus dia lalui untuk kehidupan ini. Dia tetap menerima segala keburukkan suaminya yang tidak menghargainya. Dia tetap menerima setiap perlakuan suaminya yang membuat dia kecewa. Dia tetap menerima apa jua kata tomahan terhadap dirinya dari orang keliling. Terlalu banyak yang harus dia lalui sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri.
4. Dia Yang Tetap KUAT Walau Sebenarnya Ia Merasa Sudah Tidak Sanggup Lagi
Sebgai seorang isteri, dia tetap kuat untuk berdepan dengan setiap dugaan yang dihadapinya walaupun dia merasa sudah tidak sanggup lagi untuk teruskan kehidupan ini. Dia tetap kuat demi anak-anak yang memerlukan dia disisi. Dia tetap kuat dikala sang suami gagal tunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dia tetap kuat menggalas tanggungjawab mendidik anak dan menguruskan rumahtangga dikala sang suami hanyut dalam kancah cinta dunia. Dia tetap kuat apabila ditinggalkan tanpa sebarang kata gara-gara cinta suami beralih arah. Adakalanya dia digantung tidak bertali bertahun-tahun lamanya menjalini hidupnya sendirian.
5. Dia Yang Tetap SEMANGAT Walau Ditimpa Pelbagai Masalah
Dia seorang wanita yang kuat semangatnya dikala masalah datang bertimpa-timpa. Bukan sahaja masalah kewangan dan keluarga sendiri yang perlu dia berikan perhatian. Bukan sahaja masalah anak-anak yang perlu difikirkan, bukan sahaja masalah sang suami yag memeningkan kepala. Bahkan masalah keluarga besarnya, adik beradiknya, ipar duainya, mertuanya dan masyarakat sekeliling perlu dihadapi. Dia tetap punyai semangat untuk meneruskan kehidupan kerana dia tahu hanya itulah sahaja yang mendorong untuk dia jalani kehidupan. Dia tetap semangat kerana dialah yang akan menjadi contoh untuk anak-anaknya terus kuat jalani kehidupan.
6. Dia Yang Tetap TAWAKKAL Kerana Semuanya Akan Kembali "BAIK" Sahaja
Dia tetap tawakkal dan redha dengan setiap ujian yang dilaluinya kerana didalam hatinya berkata 'tidak mengapa, semuanya akan kembali baik suatu hari nanti'. Dia wanita hebat. Apa sahaja ujian untuknya, dia percaya suatu hari nanti Allah akan memberikan dia kebaikan. Setiap hari dia merelakan dirinya dikejami oleh manusia yang tidak berhati perut bahkan gembira melihat penderitaan dia. Dia waniha hebat.
[Baca: Isteri Dianiaya Dan Dizalimi: Allah! Peringatan Buat Para Suami, Baca Kisah Ini]
Buat wanita yang bergelar isteri, bersabarlah dengan apa sahaja ujian yang telah Allah kurniakan. Seorang wanita yang baik dan penyabar itu pasti akan mendapat ganjaran diakhirnya nanti.
Betapa Allah sayangkan wanita dengan memberi mereka kekuatan dan kesabaran yang sangat ajaib dan luar biasa. - Ebit Lew
Kadang-kadang Allah hilangkan matahari, kemudian DIA datangkan guruh dan petir. Puas kita menangis mencari-cari dimana perginya matahari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan PELANGI buat kita. Jika tidak di sini, disana pasti.
Begitulah kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Dia seorang wanita yang kuat dan penyabar dalam menjalani kehidupan. Wahai kaum Adam, hargailah wanita yang menjadi peneman hidupmu kerana dia juga perlukan perhatian dari kamu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan wanita itu pasangan untuk lelaki dan bukannya hamba yang boleh ditindas sesuka hati. Lelaki dan perempuan adalah pasangan yang saling melengkapi.
Justeru itu, amat memalukan bagi seorang lelaki yang bergelar suami yang sanggup mendera, menyakiti dan menghina isteri mereka yang setia ketika susah dan senang. Wanita makhluk yang diciptakan untuk mendapatkan pembelaan dari seorang lelaki. Dia bukanlah untuk dijadikan galang ditindas oleh lelaki. Dia bukanlah manusia sempurna. Pasti ada kekhilafan darinya dan janganlah ianya dijadikan punca penindasan terhadap mereka.
9 Comments
Memang wanita sangat mulia...
ReplyDeletesemoga kita semua tergolong dalam kelompok tu
ReplyDeleteAmin..semoga kita semua beroleh barakah dariNya
DeleteDalamannya kebanyakan begitulah...
ReplyDeleteBetul tu Shalimar...kebanyakannya begitulah....wanita adalah seorang yang tabah
Deletewanita memang kuat walau pelbagai dugaan menimpa..itulah wanita..luaran nampak tabah dan cekal dalaman tiada siapa yang tahu..
ReplyDeletebetul tu cik nor...wanita mmg istimewa...ketabahan seorang wanita amat istimewa
Deleteinsyallah slowly didik hati jadi begini..
ReplyDeletehakikat memang susah fitrah kita ni tapi teruskan mencuba..
Aminn...inshallah..semoga kita semua cekal hadapi kehidupan...
Delete