Iktibar dan pengajaran...kerana DUIT!!..$$$$$

1. Jangan pernah percaya pada sesiapapun, walaupun yang berbuat baik itu adalah ketua  ditempat kerja anda. Kerana DUIT seorang ketua boleh bermusuh dengan anda.

2. Jangan pernah percaya atas kebaikan orang lain tehadap anda itu adalah 100% ikhlas. Kerana DUIT, orang yang anda rasa ikhlas berbuat baik dengan anda sebenarnya mempunyai perasaan dengki dan iri hati apabila anda mempunyai rezeki lebih sedikit walaupun itu adalah ketua anda.

3. Jangan pernah percaya orang yang baik dengan anda, terutamanya ketua yang boleh bergurau senda dengan anda seperti abang adik kakak dengan anda akan senantiasa baik sampai kehujung nyawa. Semua itu akan hilang dek kerana DUIT.

4. Jangan pernah percaya oarang yang banyak anda tolong akan sentiasa kenang budi kebaikan anda sebagaimana anda mengenang dan menghargai budi kebaikan orang lain terhadap anda. Kerana apa? Semuanya kerana DUIT.







Kerana DUIT manusia bergaduh.

Kerana DUIT manusia membunuh.

Kerana DUIT manusia rasuah.

Kerana DUIT manusia lakukan maksiat.

Kerana DUIT manusia rosak.

Kerana DUIT manusia rasa dirinya lebih tinggi hingga dari segala-galanya

Kerana DUIT manusia sanggup berdosa.

Kerana 
DUIT manusia jadi hancur.


Kerana DUIT seorang ketua sanggup bermusuh dgn pekerja.

Kerana DUIT seorang yang baik menjadi TAMAK sampai sanggup TIKAM orang yang banyak membantu dalam kehidupannya.

Kerana DUIT seorang yang mengaku saudara boleh terbalik hatinya apabila mencemburui rezeki orang lain.

Kerana DUIT pengkhianatan berlaku tidak kira siapa dia...walaupun dia adalah seorg KETUA, rakan, sahabat, mahupun adik beradik.

Soalnya semua berlaku kerana DUIT!!...kerana DUIT  manusia menjadi tamak sedangkan ALLAH telah menentukan rezeki setiap hambanya jika dia berusaha dan mencari peluang...kerana DUIT segala-galanya berubah...DUIT adalah raja bagi manusia yang tamak dan hasad dengki.

Semuanya KERANA DUIT. DUIT telah membutakan mata manusia sehingga sanggup bermusuhan. Semoga menjadi iktibar utk kita semua.