Jangan Aniaya Rakan Sekerja! Balasan Sekelip Mata! | Pernah alami keadaan ditindas rakan sekerja ataupun boss anda? Bonda percaya, pasti ramai telah melalui pengamalan ngeri ini. Gara-gara itu ada yang sanggup meletakkan jawatan dan ada pula dikenakan pelbagai tindakan kerana kesalahan kecil yang diperbesarkan. Malah, ada juga hingga dibuang kerja.

Ianya boleh sahaja berlaku dikalangan kita semua tidak mengenal bangsa atau agama. Kebiasaannya ianya berpunca dari sikap iri hati melihat kejayaan orang lain ataupun sifat tidak boleh orang lain lebih dari dia.


Entry kali ini Bonda ingin kongsikan pengalaman sahabat berhadapan dengan ketua yang bermuka-muka ketika bekerja Semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada kita semua dan semoga kita dapat menjaga hati supaya tidak merasa iri kepada orang lain.





Memulakan kerjaya

Sahabat Bonda bernama Ameera ditakdirkan bertugas di bahagian penyelengaraan bangunan dimana satu bidang baru yang belum pernah beliau diceburi. Tidak mempunyai sebarang pengalaman maka ianya adalah satu cabaran besar buat beliau. Berkat sifat jatidiri dan suka mempelajari bidang baru yang bukan kebiasaanya, berkat semangat, beliau meneruskan kerjaya itu walaupun pada dasarnya agak sukar kerana tidak mempunyai latar belakang kejuruteraan. Apatah lagi ditugaskan didalam syarikat 'multinasional'.

Tapi ternyata beliau mampu untuk menggalas tanggungjawap sebagai penyelaras fasiliti ditempat kerja beliau. Beliau tidak sikitpun merasa kekok untuk menjalankan tugas yang diamanahkan. 


Mempunyai rakan sekerja yang baik juga adalah rezeki yang telah tuhan tentukan. Mempunyai seorang ketua yang baik juga adalah impian setiap pekerja. Pada zahirnya kelihatan ketua Ameera seorang yang amat baik, memahami dan banyak memberikan panduan. Tetapi lama kelamaan terserlah keperibadiannya yang tidak baik. Bermula episod 'aniaya' keatas Ameera.








Ditikam Belakang

Diberikan status PEMERHATIAN selama 1 bulan kerana gara-gara enggan melakukan kerja yang BUKAN tanggungjawabnya sebaliknya ianya adalah tanggungjawab ketuanya, Ameera telah diberikan status dalam PEMERHATIAN. Tempoh 'probation period' selama tiga bulan telah dilanjutkan dan jawatan Ameera tidak dapat disahkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh beliau lapor diri.

Perasaan beliau ketika itu? Pasti marah dan sakit hati kerana beliau telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menlakukan tugasan beliau dan menjaga prestasi kerja beliau. Beliau sungguh rasa dianiaya oleh ketua beliau kerana alasan yang diberikan didalam laporan prestasi beliau kebanyakkannya bohong belaka. 


Ameera tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mendiamkan diri kerana ingin selamat. Jika tidak beliau pasti akan diberhentikan kerja sekiranya tidak disahkan jawatan dalam tempoh yang ditetapkan dan juga telah mendapat status dalam pemerhatian. Ameera meneruskan tugasan beliau walaupun dengan rasa sakit hati kerana terpaksa membuat kerja-kerja ketuanya yang bukan di dalam deskripsi kerja beliau secara tidak langsung telah mengganggu tugas hakiki beliau.


Disamping itu, ketua Ameera ini sangat suka memburuk-burukkan rakan-rakan sekerja termasuk ketua atasan mereka. Pada ketua Ameera ini, semua orang tidak betul, hanya dia seorang sahaja yang betul.







KARMA

Kini, sekelip mata balasan Tuhan atau KARMA mungkin itulah perkataan yang sesuai dan mudah difahami telah memburu ketua Ameera yang mempunyai hati yang tidak baik terhadap orang bawahannya. Sekarang ini, apa sahaja yang telah ketuanya itu ucapkan sebelum ini berbalik kepada dirinya sendiri.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketua Ameera telah diberikan 'show cause letter' oleh ibu pejabat kerana didapati bersalah melakukan kesalahan dan  telah dikenakan tindakan tatatertib. Kini ketua Ameera juga didalam PEMERHATIAN pihak atasan.


Moral of the story, kita janganlah mengaiaya orang yang tidak bersalah kerana KARMA pasti akan mengejar kehidupan sehingga sampai waktunya. What you give, you get back kata pepatah. Whats goes around comes around kata bidalan. Sesungguhnya balasan tuhan itu tidak menunggu waktu yang lama. Baru beberapa hari setelah ketuanya itu mengaiaya Ameera sehingga hampir dibuang kerja, kini beliau pula mendapat balasan setimpal.






Janganlah kita suka menjadi orang  yang suka melihat kejatuhan dan kehancuran orang lain. Janganlah juga menjadi seorang yang berjaya naik ke tempat yang lebih tinggi dengan menindas dan memijak orang lain kelak tuhan akan membalasnya.

Semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada kita semua.






Gambar : Google