"Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. "SALAH MEMILIH SUAMI". Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya "padan muka aku". 

Itulah kata-kata yang telah diterangkan oleh penceramah tersohor Prof Dr Muhaya satu ketika dulu. 'Wanita yang paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami'. Sejauh mana 'tersalah pilih' ataupun ianya adalah 'takdir' semata? Jom ikuti kupasan dari Prof Dr Muhaya berkenaan 'tersalah pilih suami'.





Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga. "Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-semata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Nampak remeh hal ni tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT.

Ranjau rumah tangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?

Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.


[Baca : Isteri Dianiaya Dan Dizalimi: Allah! Peringatan Buat Para Suami, Baca Kisah Ini]



Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.

"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.." inshaAllah.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang mendatang, kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang, kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah.

Adakalanya jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di sebaliknya. Hakikatnya kita memang tidak pernah tahu apa yg sedang MENANTI kita. Namun YAKINLAH, indah atau tidak, pasti ada kebaikan kedua-duanya. ALLAH hanya memberikan yang terbaik kepada hambanya.


Tersalah Pilih Pasangan


Apabila berlaku konflik rumahtangga, maka kebanyakkanya wanitalah yang menjadi mangsa dan melalui penderitaan yang perit berbanding lelaki. Amat sukar untuk kita mengetahui sikap dan perangai seseorang sehinggalah kita hidup serumah, tido sebantal, makan sepinggan dengannya.


Sebenarnya, apabila menyebut tentang 'tersalah pilih pasangan' ianya bukan sahaja boleh berlaku kepada kaum wanita bahkan ianya juga terjadi lelaki yang mungkin juga tersalah memilih isteri yang mana memberikan satu penderitaan didalam kehidupan berumahtangga. Cuma nisbah lelaki tersalah pilih isteri mungkin rendah berbanding wanita tersalah pilih suami. 


Kita sahaja yang mengenali siapakah pasangan kita setelah melalui kehidupan bersama. Hanya seorang isteri yang mengetahui siapakah suaminya, baik dan buruk suaminya bahkan ibunya, adik beradiknya keluarganya tidak betul-betul mengenali anak lelaki mereka kecuali isterinya. Hanya seorang suami yang mengenali wanita yang dinikahi buruk dan baiknya. 


Tiada seorang wanitapun didunia ini yang inginkan perpisahan. Tiada siapapun yang inginkan kehancuran rumahtangga. Tetapi apakan daya, salah memilih,  itulah jalan yang harus dilalui samada suka atau tidak. Berhati-hatilah ketika memilih calon suami kerana salah pilihan mengakibatkan derita sepanjang hayat.