Ysuku atau Yamaha Y15ZR jenama yang menjadi kegilaan anak muda zaman kini. Boleh dikatakan memiliki Ysuku adalah satu kepuasan dikalangan peminat motosikal bukan sahaja harganya yang melebihi 10 ribu ringgit malah ianya menjadi 'trend' terkini.
Akhbar Kosmo melaporkan pihak berkuasa memberi amaran tindakan undang-undang termasuk sita bakal dikenakan kepada pemilik motosikal ini yang membuat 'pengubahsuaian melampau' tanpa mematuhi garis panduan yang dibenarkan.
Tindakan pengubahsuaian itu dilihat sebagai berbahaya dan mampu mengakibatkan kemalangan maut. Motorsikal Ysuku itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110km/j, jangan diubah enjin motosikal untuk menunggang dikelajuan 140km/j. Ianya jelas melanggar undang-undang jalan raya dan boleh mengakibatkan kemalangan maut kerana dikhuatiri tidak dapat menampung kelajuan yang baru. - Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan /Kawalan Lalu lintas / Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain
Mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, sebarang modifikasi yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah salah dan boleh dikenakan tindakan termasuk disita tanpa mengira sama ada pemiliknya seorang selebriti terkenal atau orang biasa.
Diharap masyarakat akan lebih peka dan berhati-hati didalam melakukan apa-apa pengubahsuaian enjin kenderaan. Ianya bukan sahaja membahayakan diri penunggang itu sendiri bahkan membayakan pengguna jalanraya yang lain.
Komen Bonda, jika dilihat trend mengubahsuai Ysuku ini menjadi hangat dan tarikan kepada anak muda setelah beberapa artis menjadikan ianya trend bukan sahaja trend menuggang, malah trend mengubahsuai kelajuan. Nasihat kepada anak muda, janganlah melanggar undang-undang sedia ada. Tidak kira samaada anda seorang pemilik kepada motosikal ini ataupun anda seorang juru ubahsuai.
Sumber : Kosmo
0 Comments