Bulan ramadhan telahpun beberapa hari menjengah. Bagaimana dengan menu masakan sahur dan berbuka? Kalau buntu tak tahu nak masak menu apa untuk sahur atau berbuka, bolehlah cuba resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri Masakan Kegemaran Bonda Chanteq ni.
Bonda pasti ramai yang gemarkan masakan kari kepala ikan ala mamak. Menu kegemaran Bonda sekeluarga.
Tunggu apa lagi....Mohlah kita sediakan bahan-bahannya...
Bahan-Bahannya
Alba Campur
Serbuk Kari (dicairkan)
Air Asam Jawa (pekat)
Halia (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Serai (tiadapun tidak mengapa)
Buah Tomato
Sayur Bendi
Santan Pekat
Minyak untuk menumis
Kepala Ikan Tenggiri
Cara-cara
masakan
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan alba campur hingga wangi.
- Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan. Kacau sebati.
- Tunggu hingga mendidih, masukkan air asam jawa (pastikan air asam jawa jangan terlalu cair) masukkan kepala ikan tenggiri.
- Kemudian, masukkan pula santan, buah tomato dan sayur bendi, biarkan mendidih hingga masak.
- Untuk masakan kari mamak ni, penggunaan santan pekat hanya sedikit sahaja tidak sama seperti kari Melayu. Manakala lebihkan penggunaan serbuk kari.
Jemput makan semua!!
6 Comments
pergh sedap nya. ni kalau dicicah dengan peknga (org kedah panggil), confirm sedap terangkat. hahaha
ReplyDeletePerghhhh...sodap..ni kalau dapat kat SA kepala ikan memang orang lain x merasa la...
ReplyDeletekalau saya makan kari kepala ikan ni kena ada papadom tu yg laju jer kunyah..hehe
ReplyDeletehahaha...mmg sedap kalo makan ngn papdom
Deletemakan dengan nasi panas2 terangkat.
ReplyDeletebetul tu...makan masa sahur selera
Delete