Assalammualaikum pembaca semua. Semoga semuanya didalam rahmat Allah. Topik kali ini Bonda ingin kongsikan berkenaan 'Siapakah yang layak menerima pencen terbitan sekiranya penjawat awam meninggal dunia'. Bonda pasti ramai yang masih didalam kesamaran berkenaan ini. Sebagai insan kita perlu tahu apakah yang berlaku disekeliling kita agar kita tidak sesat dijalanan.
Jika sebelum ini Bonda kongsikan tentang '7 Perkara Tentang Pencen Terbitan Penjawat Awam Perlu di Ketahui', maka sambungan itu Bonda kongsikan pula penerangan yang lebih mendalam tentang 'siapakah yang layak menerima pencen terbitan apabila seseorang penjawat awam meninggal dunia'. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mencerahkan kemusykilan kita semua berkaitan dengan perkara ini.
Panduan
ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai peruntukan faedah-faedah
persaraan terbitan dan urusan permohonannya yang terdapat di bawah
Undang-undang Pencen Sektor Awam Malaysia serta menjelaskan peranan dan
tanggugjawab pihak-pihak yang terlibat dengan urusan berkaitan.
Ianya
juga bertujuan untuk menjelaskan syarat serta tatacara bagi
memperolehinya. Ganjaran Terbitan, Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan
diberi kepada orang-orang tanggungan anggota yang mati dalam perkhidmatan dan
yang mati dalam persaraan.
KEDUDUKAN
DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN
Faedah
Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di
Malaysia. Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen
utama sektor awam adalah seperti berikut:
- Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980
(Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan
1980 (Akta 239)
- Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta
Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak
Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
- Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen
1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun
dan Tempatan 1980 (Akta 239)
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA ?
Ganjaran
Terbitan dan Pencen Terbitan
- Balu atau duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan anggota
Bdan-badan Berkanun dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (BBKT) yang mati
dalam perkhidmatan/selepas bersara
- Duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan BBKT yang telah
berkhidmat pada dan selepas 1.7.1980 dan mati dalam perkhidmatan/selepas
bersara
- Anak-anak gemulah yang masih dibawah umur 21 tahun dan belum
berkahwin termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf.
Anak-anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di
Institusi Pendidikan Tinggi bagi mendapat diploma / ijazah pertama; dan
- Anak-anak cacat otak atau anggota secara kekal dan tidak berupaya
untuk menanggung nafkah sendiri..
- Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam
perkhidmatan ( Anggota Parlimen / AnggotaPentadbiran / Setiausaha
Politik)
Ganjaran
Terbitan Sahaja
- Ibu kepada anggota bujang atau bapa (jika ibu meninggal dunia)
- Wakil yang sah di sisi undang-undang
Pencen
Tanggungan
- Balu
- Duda dalam tanggungan yang mengalami cacat otak atau hilang upaya
jasmani secara kekal dan tiada upaya menanggung diri sendiri;
- Anak, terhad kepada enam orang sahaja;
- Ibu atau bapa (jika tiada ibu) - Ibu atau bapa yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar
nafkah kepada gemulah.
TAFSIRAN
ORANG-ORANG TANGGUNGAN
Balu
/ Duda
- Mengikut peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980, balu atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
- Bagi orang yang bukan beragama Islam, Akta Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian 1976, menghendaki perkahwinan selepas 1.3.1982
di daftarkan di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian Jabatan Pendaftaran
Negara.
Anak
Anak
ertinya anak seorang pegawai atau pesara yang mati dan berumur dibawah 21 tahun
dan masih belum berkahwin, iaitu:
- Anak kandung
- Anak tiri tanggungan
- Anak tak sah taraf - anak
yang lahir sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah.
- Anak angkat – anak yang di ambil sebagai anak angkat oleh pegawai
itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan
pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti
memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
- Anak cacat – iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan
yang cacat otak atau kehilangan upaya dari segi jasmani dan secara kekal
sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
BAGAIMANA
MEMOHON APABILA BERLAKU KEMATIAN DALAM PERKHIDMATAN
Tindakan
Oleh Balu / Duda / Waris
Jika
berlaku kematian anggota Kerajaan dalam perkhidmatan, balu /duda / waris
hendaklah mengambil tindakan berikut:
·
Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di
mana anggota berkhidmat, dan Kemukakan salinan dokumen-dokumen
berikut:
- salinan sijil kematian
- salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan.
Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika
sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
- salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang
berumur di bawah 21 tahun
- salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika
berkenaan)
- dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan
[Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan
dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika
berkenaan)
- sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
- Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika
terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).
Tindakan oleh Ketua Jabatan
Borang-borang
yang perlu diisi dan dokumen yang kemukakan oleh Ketua Jabatan
- Permohonan Pencen Tanggungan akibat kemalangan dalam perjalanan dan
bencana
- Permohonan Pencen Terbitan dan / Ganjaran Terbitan - Borang JPA.BP.SPT.B01a
- Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang - Borang JPA.BP.UMUM.B01
- Gambar berukuran pasport, tandatangan serta cop jari kedua-dua ibu
jari penerima pencen.
- Maklumat mengenai alamat, cara pembayaran yang di kehendaki,
anak di bawah umur 21 tahun, pengakuan serta tandatangan dan cop ibu jari
pemohon.
- Maklumat mengenai opsyen yang di buat di bawah Peraturan 10,
Peraturan-peraturan Pencen 1980.
- Salinan kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti gemulah yang
kemas kini.
- Surat penyelesaian cukai pendapatan
- Laporan siasatan polis dan / keputusan ‘Inquest’ oleh mahkamah bagi
kes kemalangan maut
- Laporan sosio – ekonomi ibu /bapa/ (jika tiada ibu) oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Penyata KWSP 1036
Semoga perkongsian ini dapat meredakan kegundahan anda berkaitan isu pencen terbitan ini.
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
1 Comments
Thanks for finally talking about >"Pencen Terbitan - Siapakah Yang Layak Menerima Sekiranya Penjawat Awam Meninggal Dunia" <Liked it!
ReplyDelete