Luqman Kongsi Pengalaman Pakai Braces Di Klinik Pergigian Uitm Sg Buloh - Part 1 | Tarikh rawatan 5 Disember 2017. Pemakaian Braces atau pendakap gigi. Telah menjadi lumrah dan trend zaman kini oleh ramai anak muda. Tidak ketinggalan juga dengan anakanda Bonda yang kini sedang memakai Braces. Pengalaman menjalani rawatan pergigian sebelum pemakaian braces amat mencabar sekali.
Adakah Braces satu keperluan?
Memandangakan anakanda memiliki sususan gigi yang tidak teratur, amatlah tidak cantik apabila mengukir senyuman bilamana gigi yang dipamerkan ada yang senget, ada yang bertindih. Sebagai seorang ibu yang inginkan anaknya kelihatan dan mempunyai gigi yang sempurna, Braces adalah jalan penyelesaiannya.Pada Bonda, pemakaian braces ini adalah satu keperluan. Ianya bukan sahaja sekadar bertujuan untuk kosmetik iaitu nampak lebih cantik malah lebih kepada keperluan penjagaan gigi yang lebih baik. Sekiranya struktur gigi tidak tersusun dengan sempurna, pelbagai masalah seperti karies gigi bermula kerana sukar untuk diberus dibahagian-bahagian gigi tersebut.
Kenapa memilih Klinik Pakar Pergigia UiTM Sg Buloh?
Dalam banyak-banyak klinik pergigian, Bonda memilih pemakaian Braces bersama Klinik Pakar Pergigian UiTM Sg Buloh. Mengapa Bonda memilih klinik ini sedangkan lokasinya agak jauh dari tempat tinggal kami.
Pertamanya sudah tentulah berkaitan dengan Kos pemasangan braces itu sendiri. Disini, anakanda Bonda mempunyai 2 pilihan untuk mendapatkan rawatan dari:
1. Doktor Pakar merupakan seorang penyarah pergigian. Sudah tentulah harga pemasangan braces ini lebih tinggi kerana dilakukan oleh Dr pakar yang telah mempunyai pengalaman.
2. Pelajar pascasiswazah iaitu pelajar yang telah mendapat tauliah kedoktoran dan telah menjadi doktor sebelum menyambung pelajaran di peringkat Master. Pelajar ini juga menjalani latihan praktikal di Kampus mereka dan di kawalselia oleh Doktor Pakar iaitu Pensyarah kepada pelajar tersebut. Jika mengambil rawatan dari pelajar pascasiswazah ini, kosnya lebih murah dari rawatan dengan Dr pakar.
Dan faktor utama mengapa Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh ini menjadi pilihan kerana kosnya pemasangan braces adalah murah berbanding memasang braces di klinik-klinik diluar sana. Ini kerana UiTM adalah klinik separa kerajaan dan patient hanya perlu membayar harga kos material sahaja. Yang ini akan Bonda kongsikan dalam episod akan datang. Sebelum braces dipasangkan digigi, beberapa prosidur rawatan perlu dijalani.

[Baca: Cabut Gigi? Antara Trauma, Takut Atau Berani? Jom Ikuti Kisah Bonda Chanteq Cabut Gigi Di Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh]
Rawatan Bermula 5 Disember 2017.
Rawatan untuk anakanda bermula dari 5 Disember 2017. Oleh kerana Bonda memilih untuk mendapatkan kos yang lebih murah, maka anakanda mula dirawat oleh pelajar Ijazah Pergigian tahun lima yang sedang menjalani latihan praktikal sebelum mereka bergraduat.
Rawatan pertama ini dilakukan oleh pelajar bernama Syazwan. Untuk kali pertama ini, anakanda harus menjalani 'screening gigi' terlebih dahulu. Ini bermakna pada peringkat ini, pemeriksaan gigi dilakukan. Beberapa soalan ditanya untuk memastikan tahap kesihatan patient dalam keadaan baik.
Gigi akan dibersihkan dengan melakukan 'scaling'. Pada peringkat ini juga sekiranya terdapat gigi yang berlubang atau ada gigi yang rosak haruslah diperbaiki terlebih dahulu. Dalam kes anakanda, satu gigi grahamnya telah berlubang. Setelah siap di scaling, proses tampalan pula dilakukan dengan teliti.
Oleh kerana kami memilih untuk mendapatkan rawatan di Klinik separa kerajaan ini, dan memilih untuk mendapatkan kos yang rendah berbanding klinik luar, maka anakanda harus menjalani beberapa prosidur yang memakan masa beberapa bulan kedepan.
Kenalah bersabar kerana pokok asasnya adalah mahukan kos yang rendah. Tetapi itu bukanlah menjadi masalah bagi Bonda, kerana Bonda lebih memilih untuk anakanda menjalani rawatan mengikut prosidur yang ada supaya penjagaan gigi nya berada ditahap baik.
Selesai untuk rawatan kali pertama ini. Nantikan entry yang akan datang untuk mengetahui rawatan dan prosidur selanjutnya.
Untuk ketrangan lanjut boleh hubungi:-
Faculty of Dentistry
UiTM Sungai Buloh Campus
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 6126 (ext : 6100/6653/6671/6108)
UiTM Sungai Buloh Campus
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 6126 (ext : 6100/6653/6671/6108)
4 Comments
hi. boleh tau kos total kos pemasangan braces?
ReplyDeleteHi...kos berkenaan pemasangan braces akan diupdate didalam entry part 2 yang akan datang. Jangan ketinggalan untuk mengikuti entry-entry di blog Bonda Chanteq.
Deletebolekeh orang luar pasang braces kat uitm? or student uitm je?
DeleteHi ziey, orang luar boleh pasang braces kt uitm...tak semestinya student uitm je...
ReplyDelete