Hari cuti ni rasa nak buat kek pula. Bonda pun beli bahan-bahan yang perlu. Bergabung tenaga dengan ibunda tercinta Cik Nani, terhasillah "Marble Butter Cake Gebu" untuk hidangan petang bersama keluarga petang tadi.


Selalunya, butter cake ni ramai yang buat dan hasilnya agak padat. Jadi kali ni Bonda kongsikan resepi istimewa yang mudah dan ringkas untuk membuat sebiji kek marble butter gebu ni.

Bahan-bahannya

250gm butter
200 gm gula halus
5 biji telur grade B (jika Grade A - 4 Biji)
250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu teh essence vanila
Perwarna makanan 
3 sudu besar susu segar
1 sudu besar ovelette


Cara-cara 
Putar butter, gula  sampai kembang masukan essence vanilla, ovelette, masukan telur sebiji-sebiji sehingga habis. Masukan susu biarkan mixer berputar di kelajuan sederhana. Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit sehinga habis. Setelah siap adunan, sediakan 3 bekas dan bahagi 3 bahgian warna ikut kesukaan sendiri. Masukkan dalam loyang berselang seli warna sampai habis. Gunakan lidi untuk corakkannya.

Setelah itu, masukkan adunan tadi didalam oven dan bakar untuk tempoh 50 minit pada suhu 180 darjah Celsius atau sehingga masak. jika mahu garing, boleh tambahkan lagi 10 minit untuk garingkan kek tadi. Jangan terlalu lama pula. Hangus nanti. Dan jangan lupa untuk panaskan oven terlebih dahulu selama 5 minit.

Tadaaaaa... Dah siap pun Marble Butter Cake Gebu Bonda Chanteq. Dijemput mencuba.









Inilah ovelet. Ovelet ni fungsi dia sebagai cake stabilizer yang menjadikan kek kita lebih ringan dan fluffy...So, kebanyakkan butter kek agak padat. Bila gunakan ovelet ni, kek seakan-akan macam kek span. Ovelet ni berharga RM 1.45 je Bonda beli kt ST Rosyam. Nak kek lebih sedap dan ringan, ini lah bahannya. 

Selamat mencuba.