Belum lagi reda dengan berita kematian Syed Mohammad Danial Syed Syakir akibat perselisihan faham di lebuh raya, kita dikejutkan pula dengan misteri kehilangan remaja berusia 15 tahun Nora Anne Quoirin warga Ireland yang bercuti bersama keluarganya di Resort The Dusun Pantai Hill. 

Pertama kali menonton berita ditelivisyen yang membuat liputan tentang kehilangan remaja ini, hati digamit pilu. Misteri 10 hari kehilangan remaja ini dari tempat penginapannya bersama keluarga yang datang bercuti ke Malaysia selama 2 minggu yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar tragik apabila remaja ini hilang dari resort penginapan keluarganya. Remaja ini didapati telah keluar melalui tingkap paad pagi kehilangannya. Remaja ini pula adalah seorang anak istimewa orang kurang upaya (OKU) lembam. 




Semalam, misteri kehilangan remaja ini terungkai apabila pasukan sukarelawan yang menyertai misi mencari menemui satu mayat lebih kurang 2.5 kilometer dari tempat penginapan keluarganya tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah.




Keluarga mangsa telah melakukan pengecaman identiti mayat berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban Negeri Sembilan dan mengesahkan ianya adalah Nora Anne yang telah hilang selama 10 hari ini. 

Proses bedah siasat ke atas mayat akan dilakukan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur. Usaha mencari remaja ini melibatkan Pasukan Polis Diraja Malaysia, BOMBA, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysa (Rela), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS), Pasukan Gerakan Am (PGA), masyarakat orang asli dan juga sukarelawan. Selain pasukan keselamatan dari Malaysia, Polis dari Ireland dan Perancis juga berada disini bagi membantu siasatan.

Rest In Peace Nora Anne. 


Pada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dan remaja, apatah lagi jika anak itu anak istimewa, sentiasalah berwaspada dan jangan alpa memantau keselamatan anak-anak kita. Bonda cukup-cukup risau jika pergi bercuti bersama keluarga besar bila semuanya teruja menikmati keindahan tempat percutian berkenaan. Sebab itulah Bonda lah orang yang paling tidak duduk diam apabila anak-anak buah hilang dari pandangan mata. 



KRONOLOGI KEHILANGAN NORA ANNE QUOIRIN

  • 3 Ogos 2019 - Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.
  • 4 Ogos 2019 - Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.
  • 4 Ogos 2019 - Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja itu.
  • 4 Ogos 2019 - Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
  • 5 Ogos 2019 - Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.
  • 5 Ogos 2019 - Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.
  • 5 Ogos 2019 - Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
  • 5 Ogos 2019 - Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.
  • 6 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • 7 Ogos 2019 - Polis telah merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne.
  • 7 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari keempat, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • 8 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • 8 Ogos 2019 - Operasi SAR mengesan Nora Anne diketuai Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • 8 Ogos 2019 - Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan Nora Anne.
  • 8 Ogos 2019 - Rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja dimainkan melalui pembesar suara sepanjang SAR.
  • 9 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari keenam, diperkuatkan dengan kehadiran pasukan elit PDRM iaitu Komando VAT 69 dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota.
  • 9 Ogos 2019 - Sembilan dron diguna dalam operasi SAR kesan Nora Anne.
  • 9 Ogos 2019 - Penduduk di sekitar pekan Pantai, Negeri Sembilan mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon dipermudahkan operasi SAR kesan Nora Anne.
  • 10 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari ketujuh, skala pencarian Nora Anne dikecilkan dari 6 kilometer (km) radius kepada 4 km radius dari lokasi kejadian.
  • 10 Ogos 2019 - Masyarakat Orang Asli sedia membantu mencari Nora Anne menggunakan kaedah tradisional berdasarkan kepercayaan mereka.
  • 10 Ogos 2019 - Keluarga Nora Anne hargai usaha petugas SAR korbankan cuti Aidiladha cari anak mereka.
  • 11 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari kelapan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata polis membuka talian hotline khas 0111-2285058 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan Nora Anne.
  • 11 Ogos 2019 - Operasi SAR Nora Anne mendapat bantuan daripada kumpulan pendaki sukarelawan.
  • 12 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • 12 Ogos 2019 - Keluarga Nora Anne tawar ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat salur maklumat bantu kesan Nora Anne.
  • 12 Ogos 2019 - Pasukan polis Ireland, England, Perancis berada di negara itu membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.
  • 12 Ogos 2019 - Sekumpulan lima pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh menawarkan diri membantu operasi SAR kesan Nora Anne Quoirin.
  • 12 Ogos 2019 - Pengamal media dipelawa untuk menyertai operasi SAR kesan Nora Anne buat pertama kalinya.
  • 13 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari kesepuluh, polis menemui mayat dipercayai seorang wanita berkulit putih yang ditemui pada 1.57 tengah hari, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai.
  • 13 Ogos 2019 (8.55 malam): Polis sahkan mayat yang ditemui adalah Nora Anne selepas ahli keluarga remaja itu membuat pengecaman. 


Sumber: Bernama, Sinar Harian, TV3