Apabila bercakap tentang Lifestyle, bukan tertakluk kepada penampilan diri, cara kehidupan malah penjagaan kenderaan juga adalah tergolong dibawah kategori ini. Masih lagi perkongsian tentang penjagaan kenderaan. Kali ini Bonda kongsikan apakah kepentingannya membuat "Tyre Balancing & Alignment" pada kenderaan anda. Bonda pasti, majoriti dari kita mempunyai kenderaan sendiri dan pasti ramai yang mengabaikan keselamatan apabila tidak mengendahkan untuk menjaga tayar kenderaan.

Jika dilihat dalam gambar diatas, sebelah dari tayar itu telahpun botak ataupun bunga tayar telahpun habis. Manakala sebelah lagi masih cantik bunganya. Mengapa ianya boleh terjadi sedemikian rupa? Jawapannya adalah tayar berkenaan tidak dibuat Alignment. Maka terjadilah tayar 'makan sebelah' atau 'botak sebelah' atau 'tayar haus'.

Gambar diatas adalah tayar yang Bonda gunakan sebelum bertukar kepada tayar baru iaitu TOYO Proxes TR1. Inilah pengalaman yang ditempuh beberapa bulan sebelum menukar ke tayar yang baru. Mengapa ianya terjadi adalah kerana selepas dibaiki dari kerosakan yang memerlukan tayar hadapan dibuka kedua-duanya iaitu menukar 'lower arm', Bonda tidak membuat alignment memandangkan beberapa minggu selepas itu, ada lagi bahagian yang perlu ditukar. Maka, kerana itulah tayar ini 'makan sebelah'. 

Sebenarnya, tayar sebegini adalah tidak selamat untuk pemanduan kita. Ia boleh pecah/meletup pada bila-bila masa dan mengakibatkan kemalangan. Apatah lagi jika bahagian yang botak itu telah mengeluarkan 'bebenang' atau 'dawai'. 

[Baca: TOYO Proxes TR1 Tayar Pilihan Bonda]


Apa itu alignment tayar?

Alignment adalah proses untuk mendapatka Toe dan Camber. Alignment penting untuk memastikan kereta anda berjalan dalam keadaan baik juga mematikan cenkaman tayar pada jalanraya berkesan. Alignment tayar adalah satu sistem yang mengawal roda yang dipasang pada kenderaan. Alignent tayar hadapan bergantung kepada lima faktor;-

1. Sudut Camber
2. Sudut Caster
3. King Pin Inclination / steering axis inclination
4. Toe In / Toe Out
5. Toe out on turn

Bagaimana dapat mengesan Alignment tayar kereta anda bermasalah?

1. Untuk mengesan alignment kereta anda bermasalah mudah sahaja. Ketika memandu, dan cuba lepaskan stearing untuk seketika. Sekiranya stearing dilepaskan dan kereta anda bergerak lurus itu menandakan alignment anda sempurna. Tetapi sekiranya stearing dilepaskan dan kereta anda tidak bergerak lurus ataupun bergerak ketepi ataupun 'mengempor' itu tandanya alignment kereta anda bermasaalah.

2. Ketika anda memberhentikan kereta dan memastikan tayar hadapan lurus, tetapi anda dapati strearing anda tidak lurus. Ini juga salah satu tanda alignment bermasalah.

3. Anda pusingkan strearing ketika kereta parking, anda dapat lihat sebelah tayar botak atau makan sebelah sama ada sisi luar atau sisi dalam.

Disarankan untuk memeriksa alignment tayar setiap tiga bulan. Alignment akan bermasalah sekiranya 

1. Hentakan yang kuat pada sistem suspensi

2. Wear and Tear pada sistem suspensi

3. Kerosakan pada sistem suspensi seprti spring, absorber, skru camber, bushing dan lain-lain.



Bagaimana pula dapat mengesan Balancing tayar kereta anda bermasalah?

Apabila anda memandu dalam had kelajuan 80/kmj ataupun 100/kmj atau pada kelajuan tinggi, anda dapati stearing kereta anda 'begegar' dengan kuat. Ini adalah tanda-tanda bahawa balancing kereta anda sedang bermasalah. Ia merupakan perkara penting untuk memastikan Balancing tayar yang sempurna apabila rim dan tayar dipasang. 

Balancing adalah proses dimana tayar kereta anda diseimbangkan keseluruhannya. Untuk Balancing tayar ini, sebuah mesin khas digunakan untuk memutarkan tayar dan rim kereta anda dan menampal 'pemberat' seperti timah pada rim kereta anda untuk mengimbangi berat pada tayar. Perlu diingatkan balancing tidak berkesan sekiranya rim kereta anda telah bengkok.

Nasihat Bonda terutama kepada wanita yang mempunyai kereta, jangan ambil mudah tentang kondisi tayar kereta anda. Sudah tiba masanya wanita perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang kenderaan.