Entry kali ini Bonda kongsikan pengalaman Bonda kemalangan pada 13 Mei 2019 yang lalu. Kejadian yang tidak disangka dan berlaku sekelip mata. Kisahnya bermula begini.

Pada hari kejadian, Bonda ke bangunan Quill 9 di Petaling Jaya untuk bertemu dengan rakan yang bekerja disana. Memandangkan waktu itu adalah waktu bekerja, maka sukar untuk Bonda mendapatkan parkir. Setelah bepusing-pusing tidak mendapat parkir yang sesuai, Bonda naik ke tingkat atas untuk mencari parkir. 

Sesampai di tingkat satu, Bonda melihat ada parkir kosong tetapi malangnya Bonda sudahpun terlepas kehadapan. Maka Bonda mengambil keputusan untuk mengundurkan kereta bagi mengisi parkir berkenaan.

Pada awalnya, Bonda mengundurkan kereta, Bonda telah pasti tiada langsung kenderaan di belakang Bonda.




Malang Tak Berbau

Malang memang tidak berbau. semasa Bonda sedang mengundurkan kereta, ketika itulah sebuah kereta yang sedang naik keparkir ditingkat itu melanggar kereta Bonda. Jika dilihat keadaan remok kereta Bonda, ianya adalah disisi. Ini bermakna, kenderaan dibelakang tersebutlah yang telah melanggar Bonda.

Sekiranya Bonda yang melanggar beliau, pasti kerosakkan kereta Bonda akan berada ditengah-tengah bumper. Jika dilihat kerosakan dikereka beliau, adalah dihadapan. 




Disaman Kerana Kemalangan Berlaku Sewaktu Mengundur


Setelah itu, Bonda pergi ke Balai Polis Trafik Petaling Jaya membuat laporan tentang kejadian kemalangan yang berlaku.

Setelah berjumpa dengan Pegawai Penyiasat yang mengambil keterangan dan setelah diterangkan dengan terperinci, maka ketahuilah bahawa kemalangan yang berlaku ketika kita sedang mengundurkan kenderaan tidak kira samada kita dilanggar atau kita melanggar pihak ketiga, undang-undang dibawah LN166/59 Rule 17 "KEDUDUKAN PEMANDU SEMASA MEMANDU TIDAK MEMBOLEHKAN KENDERAAN DIKAWAL DENGAN SEMPURNA'


Nahhh itu dia kesalahanya. Untuk pengetahuan, saman ini tidak boleh di kompoun ya. Wajib membayar RM300.00 kepada pihak berkuasa. Jika tidak, anda wajib hadir di mahkamah untuk perbicaraan selanjutnya.

Jadi berhati-hatilah ketika mengundurkan kereta anda. Pastikan bahawa tiada kenderaan yang muncul secara tiba-tiba dari setiap sudut agar anda tidak melanggar kenderaan tersebut.