Beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 tahun. Hari kemenangan Malaysia yang suatu ketika dahulu disambut dengan penuh kesyukuran kerana telah Merdeka dan membentuk kerajaan sendiri. Walaupun kita tidak dilahirkan di zaman negara mula Merdeka, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan Malaysia. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 menjadi sejarah yang akan diingati sepanjang zaman apabila negara kita diberikan Kemerdekaan.
Kita berbangga dengan Jalur Gemilang bendera yang menjadi kebanggaan negara kita. Tetapi tahukah kita sejarah asal usulnya bendera Malaysia? Bonda pasti, tidak ramai mengetahui berkenaan ini bahkan Bonda sendiripun yang tidak pernah mengetahui siapakah pencipta dan bagaimana asal usulnya bendera negara kita.
Sempena hari Merdeka yang bakal menjelang kurang dari 28 jam, Bonda ingin kongsikan sejara asal usul bendera Malaysia kepada pembaca. Semoga kita semua lebih mengenali dan memahami erti kemerdekaan!!!
Sempena hari Merdeka yang bakal menjelang kurang dari 28 jam, Bonda ingin kongsikan sejara asal usul bendera Malaysia kepada pembaca. Semoga kita semua lebih mengenali dan memahami erti kemerdekaan!!!
Asal Usul Bendera Malaysia
Bendera Malaysia kini dikenali sebagai Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia ini telah di reka oleh saudara Mohamed Hamzah iaitu seorang bekas Arkitek di Jabatan Kerja Raya, Johor.
Pada tahun 1949, sebuah Jawatankuasa Khas Persekutuan Tanah melayu telah mengadakan sebuah pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak 373 penyertaan diterima dari perserta yang mereka bentuk bendera tetapi hanya 3 reka bentuk sahaja yang dipilih ke peringkat akhir. Kiranya bendera Malaysia kita ni terhasil dari pertandingan yang diadakan pada tahun 1949.
Reka Bendera Bentuk Pertama Mempunyai lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang bebucu 5. Mempunyai latar belakang warna biru dengan keris berwarna merah dan bintang yang berwarna putih. Manakala reka bentuk kedua pula hampir serupa dengan rekabentuk pertama dari segi warna dan hanya kedudukan bintang berbucu 5 sahaja yang berlainan iaitu bulatan sepusat 11 bintang sekitar melintasi keris dipadang biru. Bentuk bendera yang ketiga pula mempunyai 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri dan bintang berbucu 5.
Pada 28 November 1949 keputusan akhir telah diumumkan dan pada Mei 1950 telah mendapat kelulusan King Georg VI dan Mohamed Hamzah berjaya memenangi pertandingan ini. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Mei 1950 dalam tahun yang sama, pertama kali bendera Malaysia dikibarkan di Istana Sultan Selangor. Majlis pengkirabaran bendera Persekutuan Tanah Melayu dihadiri oleh Majlis Raja-raja dan wakil King George VI.
Inilah asal usul Bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bermula dari reka bentuk asal yang diilhamkan oleh Mohamed Hamzah kemudiannya telah dipinda kali pertama, dipinda pula buat kali kedua pada tahun 1957 ketika itu Tanah Melayu dikenali sebagai Malaya yang mempunyai 11 jalur dan mempunyai 14 bucu bintang. Dan telah dipinda untuk kali ke3 pada tahun 1963 semasa pembentukan Malaysia dengan 14 jalur.
Siapakah Mohamed Hamzah
Beliau adalah seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya negeri Johor. Dilahirkan pada 5 Mac 1918. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah dan menyambung persekolahan di English College. Beliau menyambung pelajaran di Raffles College pada 1936. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mariam hasil perkahwinan dengan Kamariah Ali.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat kepada pembaca semua. Sememangnya perkara ini perlu diketahui agar generasi akan datang sentiasa bersyukur dengan keamanan dan kedamaian negara kita.
Sumber: Wikipedia dan google
19 Comments
thank you for sharing pasal sejarah bendera negara kita. memang dari dulu cerita ni je yang orang duk cerita yang bendera kita terhasil daripada sebuah pertandingan yg pernah dianjurkan dulu
ReplyDeleteHAri tu ada terbaca artikel asal usul bendera Malaysia ni. Yg sy ingat penciptanya meninggal sekitar thn 1998
ReplyDeleteThans share sejarah bendera begara kita, patut sejarah bendera ni kena masuk dalam buku teks pembelajaran sekolah so kita semua tau mengenai bendera negara tercinta kita ni kan.
ReplyDeleteEsok Merdeka dah! Jom la sama sama kita kibarkan jalur gemilang dengan bangganya!
ReplyDeleteTerima kasih bonda chanteq share pasal asal usul bendera malaysia. Moga tak ada lagi isu/insiden yg melibatkan bendera malaysia. Moga malaysia bersih dari isu2 negatif seperti ini. Salam merdeka dari nur decamellia :)
ReplyDeleteSalam Kemerdekaan 62. Memang bendera ada ruh ia sendiri. Bendera adalah jati diri kepada Malaysia. Wajib kita menjaga panji ini.
ReplyDeleteTerima kasih share info pasal sejarah bendera Malaysia. Bertambah lagi ilmu tentang Malaysia
ReplyDeleteBaru tahu asal usul bendera negara kita. Tq for sharing. Lagi bersemangat nak sambut hari kemerdekaan ni. To all malaysian citizen, enjoy this day with peacefull and enjoy it
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Ada juga baca dulu pasal sejarah bendera Malaysia ni. Moga anak cucu cicit kita pun tahu pasal sejarah bendera Malaysia ni
ReplyDeleteOhhh banyaknya ilmu. Syira pun ingat2 lupa dah asal usul Jalur Gemilang. Bila baca balik rasa menarik pula
ReplyDeleteseronok dapat tahu sejarah sejarah dulu. buat kita lebih menghargai. mek tahu jugak tentang bendera ni tapi tak se detail ini lah. info yang bagus untuk tambah pengetahuan am.
ReplyDeleteWow. Cantik juga 2 design yang lain tu kan. Tapi kesian anak-anak kat tadika kalau itu jadi bendera rasmi. Pening kepala nak lukis keris dan bintang tu bagai kan hehe
ReplyDeleteBila tengok balik warna jalur bintang semua tu rasa macam lain sangat kan berbanding yang sekarang ni. Dulu2 macam bendera China and Greece bergabung. Now nampak lah Malaysia dia~ Selamat hari Merdeka Malaya and Sabah~
ReplyDeletesaya yang dah 26 tahun hidup nie pon masih lagi xberapa cakna akan sejarah jalur gemilang kita. pernah baca pasal asal usul nie dulu tp xingat dah. maklumat mcm nie penting utk semua org tahu sbb berkaitan sejarah negara kita
ReplyDeleteso educative... great info to know more about our jalur gemilang.. selamat hari merdeka... yeah yeah yeah!
ReplyDeleteTq akk diatas perkongsian ini. Banyak yang saya belajar terutama tentang awal usul bendera. Bagus info ni boleh sy terangkan semula pada anak2 sy pula
ReplyDeletebyk lg info yg tak tahu psl bendera malaysia..terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat..
ReplyDeleterasanya ada lagi sebelum bendera dalam gambar pertama tu tapi hebat lah encik Hamzah ni sebab jasa dia sampai sekarang dikenang satu negara
ReplyDeletethank you
ReplyDelete