Ayat ini diulang oleh Allâh Azza wa Jalla sebanyak 31 kali dalam surat ar-Rahmân.      فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Rezeki Yang Tertangguh - Maka Nikmat Tuhanmu Yang Mana Yang Ingin Kau Dustakan | Sesungguhnya rezeki memang tidak pernah salah alamat...Entry kali ini Bonda ingin kongsikan satu kisah tentang hikmah dan rezeki yang tertangguh... Ikuti kisah benar seperti yang dicerikan kepada Bonda.

Namanku Mellissa....panggil saja aku Mell...Bila bercakp tentang rezeki, terus terang aku katakan...rezeki aku memang susah, sukar...Pendek kata ada sajalah halangan untuk aku dapat rezeki yang elok dan baik...dah tentulah kaitan rezeki ni dengan kerjaya atau lebih tepat pekerjaan yang elok dan sesuai dengan diri kita dan kelulusan yang kita adakan. Setuju? 

Itulah yang aku maksudkan "pekerjaan". Aku seorang graduan dari universiti yang terbesar di Malaysia ni. Aku punyai kelusan Sarjana. Bertahun-tahun aku berkorban masa, tenaga wang ringgit untuk aku capai cita-cita untuk punya kelayakkan setanding orang lain. Dengan harapan apabila graduat, aku dapat peerjaan yang setanding kelulusanku. 


Tapi sayang seribukali sayang. Nasib tidak menyebelahi aku. Bertahun-tahun aku memohon pekerjaan setaraf kelayakkanku, tetapi tidak satupun ada yang bertandang. Maka aku teruskan kehidupanku dengan bekerja apapun asalkan punyai pendapatan demi kelangsungan hidup.


Dengan kelulusan seperti itu, tidak banyak organisasi yang ingin mengambilku bekerja dengan alasan "over qualified". Mohon jadi keranipun tidak ada yang nak ambil. Berpuluh resume telah kuhantar. Jobstreet? Naik jelak mohon kerja disana. Tidak ada satupun yang lekat.



Diberhentikan Kerja


Korang ada pengalaman diberhentikan kerja dek kerana salah orang lain? Itulah nasib yang aku kena hadap. Aku kena buang kerja kerana kesalahan pecah amanah yang dilakukan oleh orang atasan aku. Kenapa aku yang kena buang kerja? Jawapan mudah adalah supaya rahsia pecah amanah dorang tak terbongkar. Sebabnya aku adalah seorang yang telah dilatih dari kecik oleh orang tuaku untuk bekerja dengan jujur apatah lagi perkara yang melibatkan kewangan.


Benda tak betul buat apa aku nak subahat. Maka aku mula mempertahankan prosidur pengeluaran kewangan yang kurika adalah amanah yang wajib aku laksanakan. Apabila aku mula mempertikaikan benda yang tak betul ni, jalan terakhir adalah mereka buang aku kerja. Sebab jikalau aku lama disitu, pasti mereka seperti cacing kepanasan kerana aku sangat-sangat tegas dalam soal penggunaan kewangan pejabat. Dan akhirnya, tamatlah perkhidmatanku.



Teraniaya


Rasa teraniaya? Of course aku dianiaya. Sebab untuk menutup 'najis' yang mereka buat, aku yang dikambing hitamkan. Tak lapor pada pihak berwajib? Bukan aku tak boleh laporkan pada pihak-pihak berwajib, tapi aku malas nak bermusuh dengan siapa-siapa. Biarlah tuhan saja yang membalas perbuatan mereka nanti. Hidupkan maca roda. Hari ni hari mereka diatas dan aku dibawah. Sampai masanya nanti mereka akan duduk dibawah pula. Selepas aku dikeluarkan dari organisasi tu, aku nekad tak mahu ada kaitan dengan mereka lagi. Pendek kata berpatah arang berkerat rotan. 



Rezeki Yang Tertangguh


Tapi, hikmah dan rezeki yang tertangguh tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah, setelah mengharungi onak dan duri dalam mencari pekerjaan yang selayaknya, aku ditawarkan bekerja dengan syarikat "multinational" yang berpengkalan di Perancis. Tanpa pengalaman yang banyak dalam bidang pengurusan faciliti, aku diambil bekerja dengan tawaran gaji yang agak tinggi dengan tidak mempunyai pengalaman. Maka Nikmat Tuhanmu Yang Mana Yang Ingin Kau Dustakan.




Ini kad kerja aku,

Suasana bekerja dengan pelbagai bangsa di site yang syarikatku jaga ini menjadikan aku lebih bersyukur. Disini, tidak ada istilah pengarah syarikat, pengurus atau apa pangkat sekalipun. Suasana pekerjaan adalah mengikut "American Style". Ini menjadikan semua yang ada menghormati antara satu sama lain. "kau dan aku adalah sama". 

Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Aku tetap bersabar dan berusaha untuk mencari kerja yang lebih baik dan terjamin. Selalu bersangka baik dengan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui dan sebaik-baik perancang. Setelah bertahun-tahun berdepan dengan kerenah manusia yang tidak berperikemanusiaan, yang menganggap kita hanya "kuli" yang tidak pernah menghormati orang bawahan, kini aku lebih selesa disini.


Semoga perkongsian ini dapat memberi insipirasi kepada pembaca. Jangan sesekali berputus asa dengan kehidupan. Sekali Allah berkehandak ia nya terjadi, pasti akan terjadi. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah diberikan. Inilah hikmah Rezeki Yang Tertangguh. Walaupun permulaan ini agak lewat memandangkan usiaku telahpun menjangkau 40an. 


Pengajaran yang dapat Bonda simpulkan disini adalah, bersabar dan jangan sesekali "give up" dengan kehidupan. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah. Semoga entry kali ini dapat menyuntik semangat pembaca yang punyai kesah seperti ini. Itulah Hikmah dan Rezeki Yang Tertangguh.


Kita seharusnya bersyukur dan bersangka baik dengan Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Mungkin apa yang kita rancang bukan sesuatu yang Allah suka. Boleh jadi juga perancangan Allah yang sukar untuk kita terima, tapi percayalah...Disebalik ujian dan kesukaran terselit hikmah yang kita tidak tahu. Maka Nikmat Tuhanmu Yang Mana Yang Ingin Kau Dustakan.


Sekian.