BEZA HARGA MAKANAN DAN BARANGAN KEPERLUAN DULU DAN SEKARANG
Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina ini sudah semestilah ramai yang mengambil kesempatan bercuti panjang dan pulang ke kampung. Cuti panjang macam ni lah Bonda ambil kesempatan untuk mengemas rumah dan memasak. Almaklumlah...sepanjang minggu sibuk dengan urusan harian. Masakpun apa yang patut saja.
Entry kali ni saja Bonda nak ajak pembaca berkongsi tentang harga barangan dan makanan masa kini. Perbezaannya amat ketara. Bukan beza dengan 20 tahun dulu, tapi mungkin berbeza sekitar 2 tahun. Kalau anda adalah seorang yang biasa membeli barangan keperluan harian dan seorang yang sentiasa peka dengan perbezaan harga dari satu superstore atau hypermarket, anda pasti tahu sesuatu barangan itu harganya naik atau tidak.
Jika diperkatakan tahun ini adalah 2019, mana mungkin harga barangan dan makanan sama macam 10 tahun dulu. Betul tak? Sedikit sebanyak memang terasa kenaikan harga barangan ini, dan kita tidak punya banyak pilihan. Pilihan yang ada hanyalah "Beli atau Tidak".
Jika dilihat resit diatas, barangan yang dibeli adalah dibawah RM5.00. Tapi, dengan bilangan barangan yang tidaklah begitu banyak, sekali perbelanjaan hampir RM50.00. Suka atau tidak, nyata ianya terpaksa juga kita hadapi kerana ianya keperluan kepada kita.
Harga Kicap Jalen RM5.50
Haaaaa....Bonda sekeluarga memang penggemar kicap Jalen ni. Sejak jenama ini diperkenalkan di Malaysia, menjadi jenama kedua selepas kicap Kipas Udang mendapat tempat dihati rakyat Malaysia sejak 20tahun dulu. Jika dibandingkan harganya sekitar 90'an, memang jauh bezalah dari sekarang. Cuma, 2,3 tahun dulu harga kicap botol sederhana besar ni sekitar RM3.70 sahaja. Tahun 2019 hargannya dah mencecah RM5.50! Banyak juga naik harganya. Tapi nak buat macammanakan. Sebab kicap memang tidak boleh dipisahkan disetiap kali makan...hahahaha...
Burger Daging Cheese RM5.50
Bonda ni penggemar burger yang dijual di warung tepi jalan. Rasanya lebih sedap dan enak berbanding dengan burger Mcd or KFC. Citrarasa masing-masing, pasti berbeza. Tahun 2019 harganya sudah mencecah RM5.50! Mahalkan? Agak mahal jugalah berbanding tahun lepas punya harga. Ingatkan masih lagi berharga RM3.70, rupanya lebih dari itu. Sama macam kes kicap jugalah, pilihan kita beli atau tidak.
Kebab Daging RM5.00
Kebab juga antara makanan kegemaran Bonda bila ke pasar malam. Kali ni memang agak terkejut sebab harga kebab daging tahun 2019 RM5.00! hahahaha...jika 2,3 tahun dulu masih lagi harganya RM2.50-RM3.00, tapi sekarang tidak lagi.
Cukuplah hanya 3 item saja Boda kongsikan kenaikan harganya. Jikalau nak disenaraikan, banyak sangat. Kesimpulannya, tahun 2019 menyaksikan banyak peningkatan harga makanan dan barangan keperluan harian. Bagi yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10k mungkin tidak terkesan dengan kenaikan harga barangan dan makanan ini. Tetapi bagi yang pendapatan isi rumah hanya sekitar RM3000.00, ditambah mempunyai anak yang bersekolah, mungkin memberi kesan sedikit sebanyak. Apatah lagi bagi yang tidak berkemampuan untuk bebelanja barangan asas. Bersama-samalah kita berjimat cermat. Kala ini ada juga kedai-kedai yang menawarkan harga yang agak rendah dari harga pasaran. Pilihan kita bersama. Bagaimana kita menyusun 'Lifestyle' kita, adalah terpulang kepada kita sendiri. Biarlah bebelanja mengikut kemampuan.
17 Comments
barang makin hari makin mahal. gaji stay the same. huhu. living cost makin tinggi.
ReplyDeleteBetul tu....taraf hidup makin meningkat...gaji tetap ditakuk sama...kadg fikir mcm mana laaa org yg kais pagi makan pagi kais petang makan ptg...pasti sakit nk hadap keadaan hari ini...
DeleteRasanya gaji makin kecik walau bawah RM5K kan...sebab kan harga dan keperluan hidup makin tinggi...merunsingkan hati betul..family store pun dh mahal skrg
ReplyDeleteBetul la Bonda. Neves juga bila melihat peningkatan harga barangan. Tu sebab Rawlins buat part time meniaga - sebab nak tampung diri dan keluarga kan.
ReplyDeleteSemua brg dah naik..sbb tu kak jrg mkn kat luar,baik msk kat rumah..beli pun brg yg perlu saja.
ReplyDeleteBetul kak. Terkejut giler dengan harga baru. Naik mendadak juga. Nak kata x boleh atau stop belanja macam x logik plak huhuhu so kena bertabahlah meneruskan kelangsungan hidup
ReplyDeleteBurger dengan kebab naik tu sebab bahan bahan dia dah naik. Kadang-kadang kalau lalu je gerai burger, terpikir juga, macam mana la dorang ni buat untung ye. Cekal.
ReplyDeleteKalau sy diskas benda ni dgn husband kan, msti kluar ayat "Logik la..dulu gaji berapa, skrg jadi berapa" huhu Tapi kalau gaji naik, harga naik, sampai bila baru leh nak simpan duit kan huhuhu
ReplyDeleteNasiblahh, nak tak nak kena tempuh jugak. Barang tetap harga akn naik. Kena banyak berjimat dan planning tu penting. Beli apa yg perlu dan berbelanja dgn cermat.
ReplyDeleteSamalah dengan family saya kak .Penggemar kicap jalen .Memang dulu kicap jalen murah sekarang nih urut dada jela. Tapi nak buat macam mana kan. Nak tak nak kena hadaplah
ReplyDeleteBetul tu. Cx setiap bulan spend RM300-RM400 ntk barang² keperluan rumah dan anak². Memang barang² semua dah naik harga. Kdg² rasa tak mampu. Ada benda kena gak catu sbb dok fikir keperluan anak² first.
ReplyDeleteYup i agree with you. Now the living cost is increasing. Very sad.
ReplyDeleteAduh!!! jangan compare nanti sakit hati. Memang betul semua barang naik harga, cost of living pun naik. But gaji tak naik lagi... pening nyer.
ReplyDeleteskang mmg kena bijak atur kewangan sbb harga brg skrg xmcm dulu dah.ni amni baru balik dari tesco,beli brg rm140 tp semua kecik2 je brg nya
ReplyDeletebrp ketul je dah rm140 adui.huhu
Setuju Bonda! Harga barang makin naik, kdg2 tak tersedar pun. Sedar sedar poket nipis dah🤦🏻♂️
ReplyDeletemacam2 cost meningkat naik skrng. cost makanan juga. kita consumers ni redha sajala.. tapi ada je yang ambil kesempatan saja naik tinggi lebih dari sepatutnya..
ReplyDeletedulu zaman kecik2 makan nasi telur mata dengan kicap. tapi sekrang telur dah mahal. kicap pun dah jadi makanan orang mewah. mahal! isk
ReplyDelete