ULANGTAHUN BONDA CHANTEQ KE 42 TAHUN
Hai...Assalammualaikum dan salam sejahtera dari Bonda Chanteq untuk pembaca semua. Entry kali ini agak santai sahaja Bonda coretkan buat tatapan anda semua. Tahun 2019 ini telah menambah setahun usia Bonda. Januari ini adalah bulan ulang tahun kelahiran Bonda. Yang keberapa?...Yang ke 42 tahun...dah meningkat usia Bonda tahun ini. Alhamdulillah, dipanjatkat syukur kepada Allah yang telah memberi peluang menghirup nafas segar selama 42 tahun dimuka bumi ini.
Sambuatan ulangtahun kali ini simple saja. Kalau nak tahu, anak bujang Bonda plan semua ni. Kebetulan pula Bonda waktu ini telah mengalami sakit gigi yang sangat-sangat teruk. Tapi kerana anak Bonda dah plan nak bawa keluarga keluar makan jadi Bonda gagahkan juga.
Inilah sebahgian keluarga besar Bonda. Bonda mempunyai 4 orang anak saudara |
Sambutan ulangtahun ni Bonda sambut sekali bersama-sama kakak sulung Bonda yang juga lahir pada bulan January tetapi berbeza tahun. Setiap tahun kebiasaannya memang kami akan sambut bersama-sama jika berada ditempat yang sama. Sambutan kali ini walaupun tak cukup korum, Ahlamdulillah meriah dan berjalan lancar. Walaupun suami bonda tidak dapat hadir bersama kerana bertugas diluar daerah, ketiadaan adik bongsu, abang dan kakak ipar yang last minit ada kecemasan, tetap meriah.
Sambutan ulangtahun kali ini anak bujang Bonda bawak kami sekeluarga menjamu selera di K-Fry One Utama. Sambutan kali ini tidak ada kek hari jadi. Jemu kiranya setiap kali sambut birthday potong kek. Jadi, jamu selera memadai. Sudah tentulah ianya sejenis makanan Korea. Errrmmm....entah manalah darah Korea ada mengalir yang minat sangat dengan makanan Korea tu. Walaupun Bonda bukanlah penggemar makanan Korea, pertama kali kesini dan menikmati kesemua menunya sedap-sedap belaka.
Tambahan pula anak-anak saudara Bonda memang sukakan makanan Korea. Maklumlah...sekarang inikan anak-anak kecil memang terpengaruh dengan K-Pop...Mereka apa lagi....Bila abang besar nak belanja, terus bersiap tanpa berlengah.
Menu Pilihan Anak Bonda
Kalau nak tahu apa menu pilihan anak Bonda, boleh tengok gambar-gambar dibawah. Semuanya sedap-sedap belaka. Walaupun bukan penggemar makanan Korea, Bonda tersuka pula makanan disini. Bonda serahkan keputusan memilih menu makanan kepada anak bujang sorang ni..Maklumlah...Anak tunggal...Intan payung buah hati pengarang jantung Bonda...Jadi, biarkan dia yang memilih untuk mamanya. Syaratnya...mama tidak boleh cerewet!!...(Walaupun dia sedia tahu yang mamanya seorang yang OCD tinggi)...Birthday girl tidak boleh banyak 'songeh' katanya.
Minuman Pilihan
Minuman pilihan kali ini, Bonda memilih Lychee Rita yang mengandungi Apple Barbican Soda bersama Blanded Lychee Flavor dan Strawberry Rita mengandungi Apple Barbican Soda bersama Blanded Strawberry Flavor. Uniknya air ni boleh diminum untuk 3 - 4 orang. Jadi, jimat lah sedikitkan. Minuman lain pula, kami pilih air tembikai.
Pencuci Mulut yang diberi nama "Mango Bingsoo" |
Pencuci Mulut
Pencuci mulut atau dessert ni terdiri daripada potongan buang mangga dan juga pati manggo yang di curahkan didalam mangkok. Apa sebenarnya "Mangao Bingsoo" ni? Mango Bingsoo ni samalah macam ABC kita kt Malaysia ni. Lapisan bawah sekali diletakkan Mangga yang dah dikisar jadi macam pati pekat dan juga air batu yang dikisar halus sehalusnya macam ABC. Sekali pandang nampak macam aiskrim, tetapi sebenarnya adalah kisaran air batu yang betul-betul halus. Macam serbuk dan debu. Dilapis semula dengan Mango yang dikisar diselang seli dengan air baru kisar. Dibahagian atasnya airbatu kisar tadi dilitupi dengan potongan buah mangga. Dan diatas sekali diletakkan sebuku aiskrim vanilla yang dituangkan dengan pati mangga tadi. Rasanya?....Perrrhh!!...sedappp sangat!!...semangkok boleh makan 5 orang. Berbaloikan!!
Jumlah Bill?
Nak tahu berapa jumlah Bill makan malam tu?...Total Bill lebih kurang RM300.00++....nampak macam mahal...tapi Bonda rasa harganya berpatutan dengan kuantiti yang disediakan...berbanding jumlah orang yang didalam group kami yang makan disana. Sebenarnya banyak lagi kuantitinya...cuma gambar yang diambil tidak menyeluruh...nak buat macammana...penulisnya tengah sakit gigi... mengharapkan orang lain ambilkan gambar, agak mengecewakan....hahahahhaha.... Memang sedap makanan disini..Mesti anda semuapun teringin nak merasai menu di K-Fry ini kan?...Bolehlah mencuba makanan Korea ini.
Bonda nak ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga Bonda teruma ibu Bonda yang dah melahirkan Bonda dan membesarkan dengan penuh kesabaran. Sentiasa bersama dengan Bonda di setiap waktu susah dan senang. Terima kasih untuk anak Bonda yang berusaha plan raikan sambutan hari lahir Bonda tahun ini. Terima kasih juga kepada adik beradik Bonda yang selalu ada bersama-sama Bonda walau dalam keadaan apa jua. Daannnnnnnn....terima kasih untuk sahabat-sabahat yang mengenali Bonda yang telah memberi ucapan Hari Lahir buat Bonda.
37 Comments
happy birthday. semoga ceria2 selalu dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa =)
ReplyDeleteAminnn...tq Siti yang menaip...mudah2an kita semua didalam lindungannya..
DeletePergh!! Mengancam betul menu-menu dia..
ReplyDeleteselamat hari jadi bonda..
Betul tu Shahida....sedap2 menu nya...tq Shahida atas ucapan
DeleteRamai nyer datang dambut birthday ZH..meriah..SA pun x sambut birthday dh lama dh..hahaha..lepas ni kena sambut la macam ZH..makanan nampak menyelerakan..tak tarlambat lagi untuk SA wish Happy Birthday ZH...semoga sentiasa bahagia dan sihat sentiasa di bawah lindungan allah...
ReplyDeleteTq SA....hehehe..tu xcukup korum tu SA...kalo ada semua...gamat lagi tu
DeleteHappy Birthday Bonda! Kiranya kita ni rakan sebaya alam maya. Seronoknya celebrate bersama kengkawan. Menu menu dia tu.... Aduyai, bikin kita pun terliur! Lain kali nak join..... Hehee
ReplyDeletehehehehe...Tq Nina....setahun sekali...merasai kemeriahannya...
DeleteHappy Birthday,semoga sihat dan bahagia selalu. Bestnya sambut dengan family, meriah sangat.
ReplyDeleteTq Sella...tu pn tak cukup korum tu...kalo ada semua, lagi gamat dibwtnya
Deletesuch a lovely birthday celebrations.. wish u all hv a blast on that day.. nice bonding moment celebrating together!
ReplyDeletetq Kylie...
DeleteHappy Birthday bonda chanteq.
ReplyDeleteSemoga Sentiasa dirahmati dan diberkati serta dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan dan kelapangan berpanjangan oleh Allah SWT
aminnn...tq Mat Drat...
Deletesemoga panjang umur ye.
ReplyDeletediberi kesihatan dan dimurahkan rezeki :)
aida x pernah lagi makan2 di kedai makan korea.
teringin!!! tapi tu la, di Melaka ni area sini takde yg menarik perhatian aida.
kena ke bandar sana tu. menu bonda ni sgt la mengaum! memang memikat hati!
mesti sedap kan.
bila sedap, byr mahal ok jer, berbaloi dgn rasa, layanan, tempat yg selesa dan suasana kan.
Hehehehe...tq Aida...makananya mmg sedap...walaupun bonda ni bukan sejenis yg gemar makanan korea...tp bila dh rasa tu, mmg sedap...
DeleteSelamat hari lahir bonda hehehehe meriahnya sambut hari jadi kita ni tak ada orang nak ingat hari lahir kita kena sambut sendiri jer wakakakkaka banyak makanan semua sedap-sedap lak tu...
ReplyDeleteAlaaa maha ni....nanti kita pakat laa ramai2 geng2 writer ni kita sambut besday maha...bole jee kita setkan...tq maha
DeleteSelamat ulang tahun kelahiran bonda. Moga dirahmati dan segala perancangan bonda dipermudahkan. Diberi kesihatan yang baik. Sedapnya tengok makanan. Terus berkeroncong perut.
ReplyDeleteAminnn....tq Moommyirra...sedap2 menu dia
DeleteWah dah 42 tahun..muda lagi tuu. Selamat Hari lahir Zayn, semoga sentiasa diberkati dan di dalam rahmatNya
ReplyDeletehahahahaha.....dah 4 siriesss dh fuzy...anak pn dah bujang...xlama lagi dpt menantu...
DeleteHappy birthday! Wishing you all the happiness in the world. Stay blessed.
ReplyDeletetq Kay...
Deleteselamat hari jadi bunda cantik... makanan sebanyak itu tak mahal ya? wah boleh dicuba ini resto
ReplyDeletetq wahyu...iyaaa...banyak makanannya....kiranya sesuai harga....lagipun makanannya enak
DeleteHappy Birthday Bonda Chanteq..laa kisahnya dah 42 ya, nampak muda lagi..awet muda kisahnya.
ReplyDeleteSempena ulang tahun ni..moga Zayn sentiasa maju jaya dalam apa yang di buat dan diberi kesihatan yang baik2 sahaja
Aminn...tq kakak hanny sayang....hahahahha...ngeri jgk angka dh menjangkau 42 ni kak hanny...risau..
DeleteHappy birthday to you. Wow...You look younger than your age. Good to see you celebrate your birthday amidst your loving family. May you always be happy and blessed.
ReplyDeleteMillions thanks to you Tekkaus...hahahaha....thats god gifted...aminn
DeleteHeppy bday bonda chanteq... Sedapnya semua menu2 yang diorder tu...nak skit bondaaa....
ReplyDeleteHuhuhu. .. Semoga dirahmati Allah selalu ya
Aminnn...tq alia...mmg sedap walaupun bonda bukan lah penggemar makanan korea ni...tp dek dh dibawa kesini....menikmatinya dengan hati yang tenang sambil menahan sakit gigi...hahahaha...
DeleteSelamat hari jadi bonda canteq! alahai sedapnya nampak makanan2 tu. rindu pulak rase nak makan makanan korea. last makan rsenyer 2 bulan lepas. terima kasih share ttg kfry ni. first time dgr. nk ajak family dtg sini la sambil mengimbau kenangan hidup 6 tahun di korea. haha.
ReplyDeletetq Hasanah....wahhhh ada pengalaman 6 tahun berkenala di negara orang...pasti meninggalkan memori indah kan....lps ni boleh ke kfry untuk menikmati makanan korea...
Deletehappy belated birthday bonda chanteq! may you be well and happy as always! the food looks great, sure you have a blast birthday party.
ReplyDeletetq Henry....foods very nice
Deletehepi belated befday bonda chanteq! <3
ReplyDelete