PASKAL Filem Aksi Ketenteraan Malaysia Terbaik 2018



PASKAL...Filem ketenteraan Malaysia terbaik abad ini. Bonda pasti, ramai yang telah menonton filem ini dan sangat-sangat berpuas hati dengan jalan penceritaannya. Bonda adalah antara orang-orang terakhir yang pergi menonton filem ini. 

Dek kerana kesibukan sampai tidak punya waktu untuk menonton lebih awal. Teruja dengan komen dan review teman-teman yang telah pergi menonton lebih awal. Walaupun terlambat, Bonda dapat juga menonton filem ini. Walaupun terlewat untuk mengulas tentang kehebatan filem ini, Bonda tetap ingin melakukannya. 




10 Bintang Untuk PASKAL

Rating? Bonda bagi 10 Bintang!!...Tidak banyak filem ketenteraan Malaysia yang di tayangkan. JIka anda dibesarkan di era tahun 80an, pasti sinonim dengan filem Prebet Lapok filem ketenteraan komedi. Filem yang menarik dizaman era 80an.

2018 menyaksikan filem ketenteraan terbaik pada hemat Bonda. Jarang sekali Bonda menonton genre filem sebegini kerana tidak mampu melihat aksi ganas. Tetapi kali ini Bonda amat teruja dan seronok dengan jalan penceritaannya.

Setaraf Filem Antarabangsa

Filem aksi yang mempamerkan keberanian dan semangat kenegaraan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Filem ini bagi Bonda setaraf filem Antarabangsa! Babak-babak yang dilakonkan adalah penuh dengan aksi cemas, sedih, gembira yang dilakonkan dengan baik sekali oleh pelakon-pelakon hebat.

Filem ini memperlihatkan bagaimana pengorbanan seorang anggota tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga memberikan penonton satu pengajaran berkenaan semangat berpasukan dan juga pengkhianatan terhadap pasukan yang berlaku dikalangan anggota terlibat apabila matlamat tidak tercapai. 

Filem yang berdurasi selama 1 jam 55 minit ini penuh dengan aksi-aksi yang tidak seminitpun Bonda tertingal plot jalan ceritanya. Ini kerana garapan penceritaan terlalu mendalam dan bermakna. Penjiwaan watak-watak yang dilakonkan juga amat berkesan. Setiap pelakon hebat ini berjaya membawakan watak mereka dengan baik.




Berdasarkan Kisah Benar

Jika selama ini kita tidak pernah tahu siapakah tulang belakang didalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia yang menyelesaikan kes-kes jenayah lanun yang berlaku dilautan, Pasukan Khas Laut atau dikenali sebagai PASKAL adalah pasukannya. Kini kita amat berbangga dengan kejayaan dan pencaian kumpulan ini menjaga perairan Malaysia. Sudah pasti filem ini diinspirasikan dari kisah benar kejayaan pasukan ini dalam mempertahankan perairan negara kita. 

Filem yang diarahkan oleh pengarah dan penerbit muda Andrian Teh dibintangi oleh pelakon hebat Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Gambit Saifullah, Taufik Hanafi, Hafizul Kamal dan ramai lagi bakat besar yang berjaya membawakan watak dengan baik. Filem ini telah diinspirasikan dari kisah sebenar sepasukan anggota unit elit PASKAL dalam misi merampas semula kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.



Raih RM2juga Kutipan Hari Pembukaan

Hari pembukaan sahaja menyaksikan filem ini meraih pendapatan sebanyak RM2juta!  Filem yang telah ditayangkan pada 27 September 2018 ini, hanya 18 hari tayangan, filem ini berjaya meraih RM22juta turut ditayangkan di Singapura, Turki dan Brunei. Filem ini menjadi filem ketiga tertinggi jumlah kutipannya sebanyak RM30juta.



Menonton Lebih Dari Sekali

Menerusi posting rakan-rakan di media sosial, ramai yang mengakui menonton filem ini lebih dari sekali. Termasuk juga ahli keluarga Bonda. Dek kerana ingin menemankan Bonda yang ketinggalan ini, maka ahli keluarga Bonda bersedia menonton untuk kali kedua kerana mereka berkata "inilah filem ketenteraan terbaik Malaysia. Ianya lain dari filem-filem yang ada di pawagam!"

Filem ini memperlihatkan latihan ketenteraan yang sebenar yang kita semua tidak ketahui. Malah tidak terjangkau difikiran kita kemampuan dan semangat anggota PASKAL ini menyertai latihan ketenteraan yang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.



Sinopsis

Filem ini mengisahkan Left Komander Arman anggota pasukan PASKAL (TLDM) berniat untuk berhenti kerja kerana rakannya telah terkorban dan diberhentikan. Arman bagaimanapun terhimpit dengan misi terakhir yang perlu dilaksanakan iaitu misi merampas kembali kapal Dagang MV Bunga Laurel yang telah dirampas oleh lanun Somalia di Teluk Aden. Disamping itu, ibunya juga tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya telah terkorban ketika menjadi anggota PASKAL. 

Tajuk: PASKAL THE MOVIE
Genre: Aksi
Pengarah: Andrian Teh
Produksi : Asia Tropical Films Sdn Bhd
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Nam Ron, Amerul Affendi, Sherry Aljeffri, Dato Sri Eizlan Yusof, Tiger Chen Hu, Steve Yap, Fabian Loo




Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengarah dan team produksi yang berjaya membawakan sebuah filem ketenteraan bertaraf antarabangsa. Filem yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Filem yang meninggalkan memori yang mendalam pada yang menontonnya. 

SYABASS PASKAL!!