"Unknown Region" Audience di Statistic Blog Bonda Chanteq
Terkejut dengan kewujudan "UNKNOWN REGION"
Kisah hari ni kisah agak mengejutkan apabila Bonda membuka ruangan Stats di Blog Bonda Chanteq. Agak terkejut hari ni kerana senarai audience yang membaca entry di blog Bonda terdapat "Unknown Region" iaitu sebanyak 15 pageviews atau pembaca.
Bondapun kurang arif tentang ini. Adakah ianya keadaan yang biasa bagi penulis-penulis online seperti bonda atau sebaliknya. Tapi bagi Bonda ianya sesuatu yang agak asing dimana sepanjang dalam pengetahuan Bonda belum pernah lagi ada negara yang dicatatkan sebagai "Unknown Region" ataupun negara yang tidak diketahui/dikenali.
Dari pagi hingga kemalam, tidak habis fikiran memikirkan apakah yang berlaku pada blog Bonda ini. Bagaimana "Unknown Region" boleh tersenarai didalam Statistic pembaca didalam blog Bonda Chanteq ini. Adakah blog ini dilayari dari angkasa lepas? Atau dilayari dari negara yang masih belum lagi mempunyai nama? Atau dilayari dari planet lain? Adakah ianya cubaan untuk memanipulasi blog yang ditulis? Jika benar, apakah kesan "Unknown Region" kepada blog stats?
Mungkin pembaca akan merasa sedikit tidak logik dengan entry kali ini, tetapi Bonda ingin berkongsi pengalaman yang belum lagi Bonda lalui sebelum ini. Pada mana-mana online writer yang pernah alami perkara yang sama dengan Bonda, boleh juga berkongsi pendapat.
Statistik Audience ini dari 16 Januari 2019 hingga 23 Januari 2019.
Jika dilihat senarai pembaca / pageviews terdiri daripada beberapa buah negara seperti:
United States
Netherlands
Malaysia
India
Russia
France
Poland
Romania
United Arab Emirates
Bagi nama-nama negara ini tidak asing lagi bagi Bonda di blog ini. Cuma kali ini terdapat didalam senarai "Unknown Region" yang menjadi pembaca Blog Bonda Chanteq. Sesuatu yang agak muskhil belaku ketika ini. Diharapkan ianya tidak memberi kesan kepada Blog ini. Walaubagaimanapun, Bonda mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca setia sekalian yang sudi melayari Blog Bonda Chanteq.
18 Comments
dari negara mana tu ye
ReplyDeletentahlah dari mana...sblm ni xpernah plak wujud unknown region ni...moga2 xde laa berikan kesan kt blog ni...
DeleteOh..i always get unknown region viewers too. Never bothered to check where they from...lol
ReplyDeleteits new for me..hahahhaha..it might be something weird.
DeleteSo kiranya sampai sekarang pun tak tau lah ya dari mana? Concern juga sbb Ann pun tak pernah dengar. Semoga semuanya baik² saje ok.
ReplyDeleteyaaa Ann...sampai sekarang pn tak tau dari mana datanganya pembaca tu.. semakin hari semakin meningkat...
DeleteUnknown reader ni saya pun ada tah tah mana la negara tu ye??….alahhh kita punya blog pasal benda yang ringan ok la. Takde la cerita berat kan macam kutuk2 negara lain kan....should be ok...
ReplyDeleteInshaallah...cuma khuatir jika salah satu serangan siber je...melalui komen2 ramai juga yang ada unkhown region ni..
DeleteInteresting, thanks for the explanation, I've never got readers from unknown regions.
ReplyDeletenever happen before...lately appear
DeleteWah hebatttt. Satu pencapaian yg boleh dibanggakan. Boleh jadi inspirasi untuk kita menulis lebih baik :-)
ReplyDeleteAminnn...terima kasih ayu...semoga dipermudahkan
Deletemungkin untuk pngunjung yang pakai proxy jadi tidak trbaca dari mana
ReplyDeletepengunjung yang pakai proxy itu gimana yaa...ngak jelas...
DeleteMmg pelik kan, kak pun ada unknown region 182, skrg pengunjung top sekali israel, UK, malaysia no 3
ReplyDeleteyaaa betul tu kak...semakin hari semakin meningkat...dulu2 xde plak unknown region ni...kebelakangan ni plak timbulnya..
DeleteWah banyaknya readers dari negara luar .harap xde apa2 kesan di blog.
ReplyDeleteHarap begitulah lia...semoga xmemberi kesan kepada blog kita
Delete