Resepi Laksa Johor Dari Dapur Bonda Chanteq

Resepi Laksa Johor Dari Dapur Bonda Chanteq
Resepi Laksa Johor



Resepi Laksa Johor Dari Dapur Bonda Chanteq | Cuti hujung minggu masa untuk menjamu ahli keluarga dengan masakan istimewa. Laksa Johor adalah menu kegemaran Bonda sekeluarga.

Untuk menyediakan kelengkapan resepi ni agak leceh dan memerlukan kesabaran. Bagi penggemar Laksa Johor, bolehlah mencuba resepi Bonda nanti. Oleh kerana Bonda dibesarkan di negeri Johor, maka kebanyakkan masakan dan makanan negeri Johor menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Membuat Laksa Johor tidaklah susah mana. Cuma persiapannya agak remeh dan rumit sedikit. Seperti potongan timunnya. Potongan timun untuk hidangan Laksa Johor berbeza dengan potongan timun Laksa negeri lain. Maka, ianya agak leceh. Bonda pula ikut tatacara potongan timun itu. Itulah unik dan bezanya laksa Johor berbanding dengan laksa negeri lain. Yelah, setiap masakan itu pasti ada daya tarikan tersendiri. 

Entry kali ini Bonda kongsikan resepi Laksa Johor istimewa Bonda Chanteq. Jom kita lihat bahan-bahan Laksa Johor versi Bonda Chanteq dan cara memasakknya.

Bahan-bahan yang digunakan
Bahan-Bahan yang digunakan 

Bahan-Bahan utama dikisar (untuk hidangan 5-8 orang):


Serai - 3 batang
Lengkuas - 1 inci
Halia  - 1 inci
Bawang Merah - 2 biji
Bawang Putih - 3 ulas
Belacan Bakar - sekeping
Udang Kering - 2 sudu besar

Serbuk Kari Ikan Babas - 1 mangkuk
Santan Kelapa -1 biji
Ikan Kembong / Mabong - 1 Kg
Speghetti - 1 Bungkus
Lada Hidup

Ikan yang direbus dan dikisar
Ikan direbus dan dikisar

Untuk ikan, Bonda lebih suka menggunakan ikan Kembong / Mabong berbanding ikan-ikan lain. Jika tidak mahu menggunakan ikan Kembong /  Mabong, anda boleh gunakan ikan Tenggiri. Ada juga yang menggunakan ikan Sardin. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Setelah direbus ikan tadi, asingkan isi dan tulang, ambil isinya dan kisar menggunakan air rebusan ikan yang telah disejukkan.

Bahan-bahan kisar : Bawang besar, Lengkuas, Halia, Serai,  Bawang Putih, Belacan Bakar, Udang Kering
Bahan-bahan kisar : Bawang besar, Lengkuas, Halia, Serai,
Bawang Putih, Belacan Bakar, Udang Kering

Kisar bawang besar, lengkuas, halia, serai, bawang putih, belacan bakar dan udang kering untuk dijadikan bahan penumis.

Bahan-Bahan Hiasan

Bahan-Bahan ulaman:
Timun dipotong halus
Taugeh 
Lobak Asin - di hiris halus
Limau Kasturi - dibelah dua
Bawang Holand - dihiris
Daun Kesum - dihiris halus
Bunga Kantan - dihiris halus
Sambal Belacan (kisar belacan bakar & lada hidup)


Speghetti direbus sampai empok
Cara masakan:
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar (Kisar bawang besar, lengkuas, halia, serai, bawang putih, belacan bakar dan udang kering). Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan kari ikan yang telah dicairkan. Kacau sebati.
  • Masukkan ikan kembong yang telah dikisar. Gaul hingga rata. Biarkan hingga menggelegak.
  • Masukkn santan pekat biarkan hingga masak.
  • Masukkan kerisik. Banyak mana kerisik hendak digunakan, ianya bergantung kepada banyaknya kuah yang dimasak. Pastikan warna kuah akan bertukar sedikit coklat setelah dimasukkan kerisik. Kacau hingga masak sempurna. Masukkn beberapa tangkai daun kesum dan bunga kantan untuk penambah rasa.
  • Didihkan kuah hingga pekat dan pecah minyak seperti gambar dibawah.
  • Letak speghetti dalam mangkuk, taburkan bahan-bahan ulaman (timun, bawang hiris, lobak asin, taugeh, hirisan daun kesum & bunga kantan, perahan limau dan sambal belacan) dan tuangkan kuah ikan yang telah dimasak.
  • Boleh dimakan....(rujuk gambar pertama diatas)


Kuah Laksa


Laksa Johor sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!!





Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.