Kredit: Kun Anta
Sifat Orang Munafik
SIFAT-SIFAT MUNAFIK: HINDARI DARI MENJADI INSAN MUNAFIK | Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.
Huraian Hadith :
- Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu, Umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
- Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah.
Bonda tertarik untuk menulis entry kali ini dengan tajuk 'SIFAT-SIFAT MUNAFIK'. Seperti yang kita faham dan diajar oleh ustaz & ustazah semasa sekolah dahulu tentang sifat munafik. 3 Tanda besar sifat Munafik seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim:-
Apabila dia berbicara dia berdusta
Apabila dia berjanji dia memungkiriApabila dia diberi amanah dia khianati
Bonda pasti, ramai diantara kita pernah berdepan dengan insan seperti ini. Oleh itu, jadikanlah ianya iktibar agar kita tidak tergolong didalam golong orang-orang Munafik. Sifat ini wajib kita hindari agar kita jalani kehidupan yang sejahtera.
Semoga kita semua terhindar dari sifat munafik agar kehidupan kita akan lebih baik dan diberkati Allah s.w.t
Sumber : JAKIM
Sumber : JAKIM
6 Comments
nice sharing..semoga kita semua tidak tergolong dlm golongan yg munafik itu
ReplyDeleteaminn...semoga sama-sama mendapat manfaat,,
DeleteNice sharing kak
ReplyDeleteTq
DeleteNi mcm kerajaan baru je
ReplyDeleteHahahahaha....munafik ni boleh ada pd sesiapa jua...
Delete