Photo: Malaysiakini2.com
Kuala Lumpur: Akhbar Malaysiakini hari ini melaporkan Datin Seri Rosmah telah disaman oleh syarikat pemborong emas yang berpengkalan di Beirut, Lubnan. Syarikat tukang emas Global Royalty Trading SAL telah memfailkan saman melalui firma Guaman Tetuan David Gurupatham & Koay.
Saman tersebut difailkan pada 26 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar pada Februari kepada Datin Sri Rosmah dan dirampas oleh polis pada Mei lalu.
Global Royalty adalah syarikat yang menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk keluarga diraja dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Datin Seri Rosmah adalah pelanggan lama dan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, syarikat itu akan menghantar barangan kemas kepada isteri bekas Perdana Menteri itu mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga. Manakala barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan semula.
Syarikat tersebut juga mendakwa memorendum bernombor 926 bertarikh 10 Februari 2018, telah tertera terma dan syarat berkenaan penghantaran dan pemulangan barangan kemas serta hak milik barangan berkenaan tetap dengan syarikat berkenaan telah dihantar bersama 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara berharga AS$124,000 dan AS$925,000 setiap satu.
Pada 22 Mei 2018, beliau mengakui secara bertulis telah menerima barangan tersebut tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana telah dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia, menurut kenyataan tuntutan itu.
Pada Mei lalu, polis telah menyerbu dan merampas wang tunai dan barangan kemas dari kediaman mantan Perdana Menteri itu.
Kerajaan Akan Celah Tukang Emas Lubnan Saman Datin Seri Rosmah
Sementara itu, akhbar Utusan melaporkan Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan permohonan untuk mencelah atas alasan semua barangan kemas yang dirampas adalah milik Kerajaan Malaysia dan harta tersebut dibeli menggunakan wang yang dicuri dalam kes saman berhubung penghantaran 44 barangan kemas bernilai AS$14.79 juta (RM59.831juta) yang dihantar pada Februari lalu dan telah dirampas polis pada Mei lalu.
Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 27 Julai 2018 dan Datin Seri Rosmah akan diwakili oleh peguam Datuk Geethan Ram
6 Pernyataan tuntutan itu menyebut:-
1. Global Royalty menuntut bayaran berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831juta) terhadap 44 unit barangan kemas tersebut.
2. Global Royalty mengekalkan hak miliknya keatas barangan kemas yang telah disita akan dilucut hak oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan perjanjian antara plaintif dan defendan.
3. Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.
4. Global Royalty memohon harta tersebut tidak berpindah kepada defendan.
5. Global Royalty memohon perintah mandatori agar barangan berkenaan dikembalikan kepada plaintif.
6. Secara alternatif, jika barangan berkenaan tidak boleh dituntut atau ia tidak dapat dipulangkan, defendan perlu membayar jumlah tuntutan yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.
Sumber:
http://www.utusan.com.my
http://www.utusan.com.my
http://www.malaysiakini.com
4 Comments
Ops.. macam mana tu? 44 unit barang kemas banyak tu
ReplyDelete44 unit...kita nk dptkan emas seunit pn kumpul duit berbulan2...sanggup main kutu emas...
DeleteMak aiiiii.... Banyaknye... Kalau Leya ni memang bankruptcy terus dah ni...
ReplyDeleteTotal hampir rm60juta...kita rakyat marhaen ni bkn kata rm60juta...rm60k pn semput nk dpt...
Delete