Beli durian agar tidak ditipu peniaga.
Sekarang ini musim buah durian dah kembali memasuki pasara. Pada yang mempunyai dusun amatlah bertuah badan kerana tidak perlu keluar duit membeli durian sebagai memenuhi kehendak hati. Dimana-mana sahaja sekarang ini kita dapat melihat ramai penjual-penjual durian di serata Malaysia.
Untuk itu, Bonda kongsikan 10 tips beli durian supaya tidak ditipu peniaga. Semoga tips ini dapat membantu serba sedikit sahabat handai yang ingin membeli durian.
1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
Semakin ringan, semakin banyak isi duriannya. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, jangan beli. Boleh tekan dengan kuku untuk pastikan tangkai lama ke baru.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
8. Kulit.
Pilih durian yang belum dibuka atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Jika ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
Apabila sudah siap pilih dan bekenan dihati, anda boleh minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Jika tidak elok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Ditakuti terbeli durian yang 'dipulas ribut'. Boleh goncang buah tersebut. Jikalau bunyi buah didalam, itu tandanya buah durian dah masak sepenuhnya, bukanlah mekal (masak muda).
Harap anda boleh guna tips ni untuk memilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni. Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit tidak mengapa. Asal kena dengan harga.
Sumber: Fb Sis Lia
2 Comments
Bagus infonya..Salam perkenalan
ReplyDeletesalam perkenalan...semoga infornya berguna...
Delete