Kuala Lumpur: OPPO Malaysia melancarkan telefon pintar R15 Pro  dilengkapi ciri Dwi-Kamera belakang A.I 16MP+20MP. OPPO bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan memasarkan produk baru iaitu R15 Pro yang dilengkapi ciri-ciri dengan paparan skrin terluas berserta kamera berciri AI menjadikan ianya telefon pintar 'pertama' menggunakan sensor SONY IMX519 bagi menghasilkan kesan yang luar biasa dan yang telah ditambah baik dengan reka bentuk tercanggih.

Jenama yang diiktiraf antarabangsa ini menawarkan pelbagai pilihan kepada O-Fans di Malaysia. Bekerjasama dengan Celcom, OPPO pertama kalinya melancarkan R15 Pro pada 25 Mei 2018. Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, William Fang berkata;
Permintaan tinggi terhadap ciri dan spesifikasi tertentu seperti kamera belakang yang berkualiti tinggi dan reka bentuk telefon yang lebih menarik dan bergaya, oleh itu kami bawakan R15 Pro, kombinasi kedua-duanya bagi memenuhi keperluan pengguna
OPPO Malaysia sentiasa memberi tumpuan kepada permintaan golongan muda yang mengikuti trend terkini diseluruh dunia disamping menawarkan peningkatan teknologi yang hebat
Pelanggan yang ingin memiliki OPPO R15 Pro ini boleh membuat Pra-pesanan bermula dari 25 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018. Pelanggan boleh membuat Pra-pesanan ini di seluruh OPPO Concept Store dan syarikat telekomunikasi Celcom. Pelanggan juga boleh membuat pesanan menerusi atas talian di laman web rasmi OPPO serta e-dagang rasmi seperti Shopee, Lazada dan 11Street Malaysia.


Ciri-ciri Rekaan OPPO R15 Pro Cosmic Purple & Ruby Red.

1. Super Full Screen dengan nisbah aspek 19:9
2. 3D Glass Body bagi OPPO R15 Pro Cosmic Purple 
3. Dwi Kamera belakang 16MP+20MP
4. Skrin bezeless 6.28 inci
5. Resolusi 2280 x 1080 
6. Sistem ColorOS 5.0 yang dioptimumkan
7. Sensor-HDR meningkatkan cahaya belakang Swafoto
8. Memori 6GB RAM dan 128GB ROM
9. Bateri 3,430 mAh
10. Dilengkapi dengan NFC


Bagi memasarkan OPPO R15 Pro ini, OPPO Malaysia bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan menjadikan ianya satu platform yang semakin berkembang dan berdaya saing bagi penjualan telefon pintar pada masa kini.

Hadir bersama OPPO Malaysia semasa majlis pelancaran OPPO R15 Pro adalah Ketua Khidmat Pelanggan Celcom Micheal Kuahner dan berkata pelancaran OPPO R15 ini menggambarkan satu “misteri, megah dan mengagumkan” dan beliau bangga dapat bekerjasama dengan OPPO R15 Pro dan berkongsi kecemerlangan dengan semua pelanggan setia Celcom.



Sebagai penghargaan O-fans, OPPO Malaysia memberikan "hadiah percuma" kepada setiap Pra-pesanan yang dibuat. Hadiah Pra-pesanan ini hanya boleh ditebus pada hari pertama jualan sahaja.

Tarikh pembukaan penjualan diseluruh Malaysia akan bermula pada 1 Jun 2018, kecuali KLCC Flagship Store dimana pengguna boleh mendapatkan OPPO R15 Pro lebih awal iaitu dari 29 Mei 2018 berserta hadiah percuma boleh ditebus pada hari tersebut.

OPPO Malaysia bekerjasama dengan pereka terkenal antarabangsa Karim Rashid untuk mencipta dua warna OPPO R15 Pro iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red. Ianya dicipta menggunakan bingkai aluminium dengan kaca yang lebih telus dalam reka bentuk kecerunan baru. Membolehkan cahaya dan bayangan memainkan warna dan mecipta idea kreatif yang tidak terbatas kepada pengguna.

OPPO 2018 sentiasa berusaha untuk menempa kejayaan dalam innovasi teknologi, menaik taraf jenama, pengedaran pasaran dan produk. OPPO menubuhkan institut penyelidikan yang mempunyai enam pusat penelidikan bagi mempercepatkan pembangunan teknologi-teknologi utama. Dijual dengan harga RM2,399.00 setiap satu, OPPO R15 Pro menepati citarasa pengguna telefon pintar yang menjadi 'trending' masa kini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

OPPO Official Website: http://www.oppo.com/
OPPO Official Online Store: http://www.oppostore.my/
OPPO Official Facebook Page: http://www.facebook.com/malaysiaoppo/