Siapa pernah ke pasar-pasar malam sekitar Seremban, pasti pernah melihat 'banner' Laksa Penang yang dijual dengan harga RM4.00 sebungkus. Atau jika di bulan Ramadhan, pasti penjual Laksa Penang ini tidak ketinggalan untuk berjualan di Bazar Ramadhan di Seremban Jaya. 

Inilah laksa paling sedap dan enak yang Bonda pernah makan di sekitar Seremban. Memandangkan Bonda seorang yang sangat cerewet dengan rasa ‘taste’ sesuatu makanan, maka tidak semua makanan mampu Bonda kategorikan sebagai ‘sedap dan enak’. 




Entry kali ini Bonda kongsikan tentang Laksa Istimewa yang menepati selera ramai orang di sekitar Seremban. Tahun ini adalah tahun ke 8 Bonda menjadi pelanggan setia saudara Mohamad Aswad Buang. 


Pertama kali berpindah ke Senawang, Aswad berniaga dia pasar malam hadapan rumah Bonda. Seorang penggemar laksa, Bonda langsung mencuba buat pertama kalinya 8 tahun lalu. 

Semenjak itu, setiap minggu pasti Bonda tidak akan lepaskan peluang untuk membeli laksa ini. Hampir setiap minggu Bonda akan ternanti-nanti gerai jualan ini dibuka atau tidak.




Baru-baru ini, Bonda berpeluang lagi merasai keenakkan laksa istimewa ini setelah hampir 3 tahun berpindah ke daerah Seremban yang jaraknya agak jauh dari tempat berniaga saudara Aswad ini. Ramadhan ini Bonda gigih memandu dari kediaman bonda ke bazar ramadhan Seremban Jaya yang jaraknya lebih dari 30km pergi dan balik. Hanya semata-mata kerana laksa istimewa ini.

Apa yang Bonda sangkakan tepat sama sekali. Walaupun hampir 3 tahun tidak merasai laksa ini, rasanya tetap sama tidak sikitpun berubah seperti 8 tahun lalu. Itulah “istimewanya” laksa ini. Disamping itu, saudara Aswad juga menjual Mee Rebus dan dan juga Mee Hoon sup.



Kini Bonda berpeluang menemuramah saudara Aswad berkenaan laksa istimewanya ini. Menurut beliau, setiap kali berniaga, beliau menggunakan tujuh kilo ikan tamban yang dibeli dari pembekal. Setiap kali itulah sebanyak 150 bungkus laksa habis dijual. Kerana keenakkan laksa ini, kebiasaannya akan habis terjual 2jam selepas gerai dibuka.


Jika anda ingin merasai laksa utara yang istimewa ini, anda boleh singgah ke pasar-pasar malam sekitar Senawang Negeri Sembilan dimana saudara Aswad berniaga. Saudara Aswad juga menerima tempahan untuk majlis-majlis seperti Majlis Rumah Terbuka, Majlis Perkahwinan dan juga majlis-majlis korporat. 

Waktu perniagaan dipasar malam:

Isinin - Taman Ampangan, Seremban
Selasa - Taman Tunku Jaafar, Seremban
Rabu - Chembong
Khamis - Taman Sri Mawar, Seremban
Sabtu - Taman Kobena, Seremban

Sebarang tempahan boleh hubungi:

En. Mohamad Aswad Buang
012 - 348 4234