Jom Raya Dengan Gembira
Sudah hampir dua minggu umat Islam di Malaysia menyambut Syawal yang penuh bermakna dan masih lagi meriah dengan sambutan-sambutan rumah terbuka mengeratkan silaturahim sesama insan. Bonda pasti, ramai yang tidak ketinggalan meraikan Syawal ini dan tidak lupa juga pada yang kurang berkemampuan.
Meraikan Hari Raya Aidilfitri adalah meraikan kemenangan oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa. Malaysia yang terkenal dengan rakyat berbilang kaum menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan ziarah menziarahi. Menyambutnya dengan kelengkapan baju baru, kuih muih dan beraneka juadah istimewa seperti rendang, ketupat dan lemang. Tidak ketinggalan juga hiasan rumah dengan perabot baru dan langsir baru. Hari kebesaran ini menyatukan pertalian persahabatan dan persaudaraan yang selama ini bertemu diruang media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
Photo: Google
Kunjung mengunjung sudah sebati dengan setiap orang tidak kira tua dan muda. Bagaimana sambutan Hari Raya Aidilfitri anda kali ini? Dimanakah anda menyambut hari kebesaran ini? Pada yang mempunyai kampung halaman pasti pulang ke kampung bagi menyambutnya dengan sanak saudara. Pada yang tidak mempunyai kampung halaman, jika tidak menyambutnya dikediaman sendiri, pastinya anda mempunyai rancangan menyambut hari raya ditempat lain atau melancong raya tidak kira didalam ataupun luar negara.
Dikala dalam kesibukan menyambut hari raya, ramai yang setiap kali yang pulang ke kampung ketika menyambut Hari Raya menghadapi masalah tempat tidur, tempat tukar pakaian, berebut bilik air. Bagi muslimah yang menjaga aurat pasti kurang selesa apabila terpaksa berkelubung 24 jam untuk menjaga aurat dari kelihatan. Kekangan ini menjadikan kita dalam kebingungan jika kita tidak mengambil langkah-langkah sewajarnya. Memang seronok pulang ke kampung dan bertemu sanak saudara yang hanya dapat berjumpa setahun sekali. Tetapi, keselesaan juga perlu diambil kira. Entry kali ini Bonda bawakan khas untuk anda bersama Traveloka!
Photo: Google
Bagaimana Traveloka menyelesaikan masalah anda?
Bonda pasti ramai yang telah mengetahui peranan Traveloka kepada rakyat Malaysia. Pada yang belum mengetahui apa itu Traveloka, pasti bertanya ‘kenapa Traveloka?’ ‘Siapakah Traveloka?’ Senang kata, Traveloka adalah sebuah ‘platform’ yang telah disediakan untuk sesiapa jua mencari tiket kapal terbang murah dan hotel-hotel dengan harga yang berpatutan.
Salah satu tips untuk mendapatkan harga tiket kapal terbang murah dan menempah hotel dengan harga mampu milik adalah dengan menggunakan perkhidmatan ‘online ’Traveloka. Kini, ramai rakyat Malaysia memilih ‘platform’ ini kerana ia mudah dan menjimatkan masa.
Kami nak pulang beraya ke kampung halaman. Apa kaitannya dengan Traveloka?
Tahukah anda bahawa Traveloka yang akan menyelesaikan masaalah anda semasa menyambut hari raya nanti. Betulkah Traveloka ini boleh membantu? Sejauh manakah keberkesanannya Traveloka ini kepada orang ramai?
Entry kali ini, Bonda kongsikan khas tips-tips disamping pengalaman Bonda menggunakan ‘platform’ Traveloka dalam menyelesaikan masalah Bonda apabila pulang ke kampung halaman mahupun ketika bercuti bersama keluarga didalam dan diluar negara. Tipsnya seperti Bonda senaraikan dibawah.
Tidak sukarkan untuk menyelesaikan masalah apabila pulang ke kampung halaman? Traveloka sangat membantu menyelesaikan masalah anda dan kita semua. Tidak perlu risau akan berebut-rebut ke bilik mandi, tidak perlu gusar berebut menunggu giliran menggosok pakaian, selendang, sampin. Semuanya menjadi mudah dengan Traveloka!
* Pilih hotel yang berdekatan dengan rumah nenek
* Pilih ikut bajet
* Pilih ikut keselesaan
* Pilih ikut kesesuaian
* Tempah bilik menggunakan TravelokaTidak sukarkan untuk menyelesaikan masalah apabila pulang ke kampung halaman? Traveloka sangat membantu menyelesaikan masalah anda dan kita semua. Tidak perlu risau akan berebut-rebut ke bilik mandi, tidak perlu gusar berebut menunggu giliran menggosok pakaian, selendang, sampin. Semuanya menjadi mudah dengan Traveloka!
Photo: Google
Bagaimana pula pada yang tidak mempunyai kampung halaman untuk balik beraya? Bagaimana Traveloka dapat membantu?
Pada yang tiada kampung, janganlah bersedih. Bonda kongsikan juga bagaimana Traveloka dapat membantu anda. Anda juga boleh menyambut hari raya dengan hati gembira. Bonda kongsikan tips kepada yang tidak mempunyai kampung halaman tetapi ingin menyambut hari raya di perantauan.
* Pilih destinasi keinginan anda
* Pilih syarikat penerbangan kegemaran anda
* Pilih hotel yang besesuaian bajet dan citarasa anda
* Tempah tiket kapal terbang dan hotel
Mudah bukan? Usah bersedih usah bermenung. Hari Raya harus disambut dengan gembira. Traveloka menawarkan harga yang menarik. Tidak perlu membuat ‘survey’ setiap hotel apabila tiba didestinasi. Sekarang ini Traveloka menawarkan ‘round trip’ dari Kuala Lumpur ke Jakarta hanya RM149.00 sahaja! Dan beberapa destinasi lagi. Wow!!!!!…. Murah bukan? Berhari raya diperantauan membawa seribu makna kepada anda dengan Traveloka!
Photo: Google
Bagaimana cara untuk menempah menerusi Traveloka?
Bonda pasti, dizaman serba serbi canggih ini, kebanyakkannya telahpun mempunyai telefon pintar ataupun kemana-mana juga membawa sebuah komputer riba. Dimana jua mempunyai ekses internet. Bagi yang ingin menempah menggunakan website, boleh ke website Traveloka https://www.traveloka.com/ en-my/.
Bagi yang mempunyai telefon pintar, boleh ‘download’ aplikasi Traveloka samaada di Google Play ataupun App Store. Tambahan pula, anda akan mendapat diskaun sebanyak 10% apabila membuat tempahan menggunakan Traveloka tertakluk pada terma dan syarat. Untung bukan? Mudah bukan? Traveloka menyelesaikan masaalah anda? Kenapa mahu pening lagi memikirkan tempat tinggal bila pulang berhari raya? Traveloka kan ada.
Anda boleh bersiap-siap untuk kerumah nenek dengan selesa tanpa berebut-rebut bilik air, menggosok baju. Tiada lagi suara jeritan yang menyuruh anda cepat habiskan mandi kerana ramai yang menunggu giliran. Tidur anda juga selesa bersama tilam empuk dan aircond yang sejuk. Segala persediaan menjadi mudah. Tambahan kepada pula pada anak perempuan dan isteri-isteri tidak perlu lagi berkelubung 24 jam dek menjaga aurat. Itulah kelebihan Traveloka!
Bagaimana pula jika tidak mempunyai wang / bajet yang mencukupi untuk menyambut hari raya diperantauan?
Inilah kelebihan Traveloka. Jangan bimbang, dijamin beres! Traveloka menyediakan ezy payment 0% interest, melancong dahulu bayar kemudian. Rancangan bayaran ansuran selama 6 bulan atau 12 bulan! Menarik bukankan tawaran Traveloka ini? Jadi, korang boleh start rancang raya korang supaya raya kali ini lebih meriah dan bermakna. Jangan risau, Traveloka ada untuk memeriahkan hari raya 2018 korang. Jom Traveloka!
3 Comments
LeYa memang menggunakan platform Traveloka ini.. Dah 2 tahun menggunakannya. Memang mudah dan murah tawaran yang disediakan... Jom Melancong bersama Traveloka! Hehehe..
ReplyDeleteDengan Traveloka memudahkan kita membuat pilihan, pilih mengikut keselesaan dan bajet kita.
ReplyDeleteSalam perkenalan.. Done follow sini..
ReplyDelete