Juadah dihidangkan didalam Kualai sebagai 'signature' tradisional
Masih mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa? Masih belum terlambat untuk Bonda kongsikan juadah berbuka puasa di Hotel Bangi-Putrajaya yang menawarkan lebih dari 200 jenis juadah.
Restoran Funtasia
Berkonsepkan Buffet Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya menyediakan masakan tradisional termasuk juga masakan barat seperti kambing bakar.
Tahun ini Funtasia menggabungkan masakan digerai-gerai bersama masakan lima bintang bagi memberikan kelainan kepada pelanggan. Mempunyai kumpulan Chef yang berkaliber dalam menyediakan juadah berbuka puasa pasti memberikan kepuasan kepada pelanggan yang hadir.
Beberapa juadah disajikan di dalam “Ferris Wheel” bagi mengekalkan ciri-ciri gerai menjual makanan seperi sate dan kambing bakar BBQ. Disamping itu, pelanggan yang meminati masakan barat juga boleh merasai juadah seperti “pan-fried gyoza”. Manakala bagi pelanggan yang meminati masakan tradisional pula boleh menikmati keenakkan juadah seperti nasi goreng, sup tulang, sup kambing dan masakan goreng-goreng.
Setelah menikmati juadah berbuka, pelanggan juga dihidangkan dengan menu pencuci mulut seperti ais kacang dan cendol, kuih muih tradisional dan juga buah-buahan.
Hotel Bangi-Putrajaya dan Funtasia menjalankan Kempen “Care for Hunger”
Sebahgian daripada harga yang dikenakan kepada pelanggan, sebanyak RM3.50 akan diberikan kepada “Islamic Relief Malaysia” sebagai membantu pihak yang tidak berkemampuan. Tahun ini, Hotel Bangi-Putrajya mensasarkan sebanyak RM25,000.00 menerusi kempen ini dimana tahun ke 10 bersama “Islamic Relief Malaysia”.
Harga yang ditawarkan
Dewasa : RM 90.00 / nett
Kanak-Kanak : RM 45.00 / net
Untuk tempahan:
Tel: 03-8210 2222
Website: www.hotelbangi-putrajaya.com
#JomIftar2018
#HBPBuffetRamadan2018
#SalamRamadan
#hotelbangiputrajaya
Hotel Bangi-Putrajaya menyediakan "suttle bus service" dari HBP -IOI-Kl
6 Comments
Lokasi yang menarik untuk di singgah bersama keluarga. Berbaki 3 hari ini, jom cepat rasai makanan di sini..
ReplyDeleteSaya pun pergi buka puasa dgn kawan kat Hotel Bangi Putrajaya hr tu, mmg makanan sedap terutama sup cendawan dgn gelato chocolate tu. Sedap!
ReplyDeleteAlthough Ramadan is over, looking at the array of buffet spread they served has made me keep the hotel in view for next year. I am also attracted to their replica food trucks. Have not seen something similar elsewhere.
ReplyDeleteMy eyes on those kuih muih~ Looks so delicious
ReplyDeleteSo many yummy food to dine in! Plus it was such affordable price to enjoy all of this yummy food! I would really need to come here.
ReplyDeletepelbagai jenis menu menarik, rambang mata nak pilih
ReplyDelete