Pertama kali dijemput oleh 'Tourism Authority of Thailand' ke acara penuh gemilang, hati sungguh teruja. Usai pendaftaran dan mendapat habuan buah tangan ‘goodies’ dan diberikan nombor meja, Bonda masuk kedalam dewan yang penuh dengan berbagai produk-produk kraf dari negara Thailand. Produk-produk kraf ini adalah produk pelancongan yang diperkenalkan di Malaysia.



Tidak terjangkau di fikiran Bonda begitu banyak produk-produk kraf yang dibawa dari Thailand. Bonda sangat terpesona melihat kemahiran yang ditunjukkan oleh pereka-pereka seni yang didatangkan khas dari Thailand ini. Paling membuatkan Bonda terpesona, penghasilan lilin berbentuk bunga-bungaan yang dicantumkan kelopak-kelopak menjadi bunga yang sangat unik. Tidak menyangka bahawa bunga tersebut diperbuat dari lilin yang direka khas menjadi sekuntum bunga yang boleh dijadikan hiasan dirumah. Begitu kreatifnya pereka seni ini menjadikan lilin sebegini rupa.


Dua wanita Thailand ini sedang menyediakan kuntuman-kuntuman bunga lilin yang begitu unik sekali. Menjadikan ianya produk pelancongan yang hebat.


Berbagai jenis makanan juga diperkenalkan dimajlis yang dianjurkan oleh 'Tourism Authority of Thailand' ini. Beberapa jenis makanan tradisional Thailand juga dibawa khas bagi diperkenalkan kepada rakyat Malaysia tentang adat dan cara pemakanan masyarakat Thailand. Pertama kali Bonda merasai makanan-makanan yang tidak pernah Bonda jumpa sebelum ini walaupun sering ke Negara Thailand satu ketika dahulu. 




Begitu kreatifnya pereka seni halus dari Thailand ini menyiapkan bahan-bahan kraf yang dijual di majlis ini.







Beberapa makanan tradisi Thailand diperkenalkan di majlis ini seperti Miang Kam, Logcham, Pad Thai, Sontam dan kuih yang diperbuat dari tepung beras dan santan. Bonda sungguh teruja mencuba setiap hidangan ini dan benar-benar enak rasanya. 

Pertama kali mencuba Miang Kam ini yang dimakan dengan kelopak bunga teratai 'lotus', sangat-sangat mengujakan. Kebiasaannya, Miang Kam dimakan dengan daun kaduk, tetapi kali ni Bonda diberi peluang merasainya dan makan dengan kelopak bunga teratai. Tidak menyangka bahawa kelopak bunga teratai juga boleh dimakan. Kebiasaannya, Bonda makan biji bunga teratai 'Lotus Seed' sebagai 'dessert', tetapi hari ini Bonda makan kelopak bunga teratai. 

Bonda juga pertama kali merasi Logcham yang diperbuat daripada kacang hijau. Rasanya sungguh enak dan meleset dari pemikiran awal. Kemudiannya Bonda berpeluang merasai Pad Thai iaitu sejenis mee goreng yang bahannya seperti mee hoon di Malaysia. Rasanya sungguh enak. Pendek kata, kesemua menu yang dihidangkan enak-enak belaka.



Ukiran buah-buahan yang unik menjadikan Bonda tekun menunggu pengukir buah ini menyiapkan ukiran buah tersebut. Begitu kreatifnya pereka seni ini mengukir buah-buahan menjadi bunga-bungaan. 



Sementelah majlis berlangsung, Bonda dihidangkan pula dengan menu hidangan berat bermula dengan pembuka selera 'starter' 'Pan Seared Scallop Butternut Puree with Mix Asian Salad and Tom Yum Dressing'

Hidangan kedua pula Bonda disajikan semangkuk sup yang diberikan nama 'Tom Kha Gai'. Manakala hidangan utama pula Bonda dihidangkan dengan menu 'Roasted Duck Red Curry with Threadfin Fish & Hom Mall Rice'.

Akhir sekali Bonda dihidangkan dengan 4 jenis pencuci mulut 'Capital Thai Dessert' iaitu Chocolate Ganache with seasonal fruits bersama teh panas yang sungguh menyelerakan. 


Antara produk-produk pelancongan yang di bawa khas dari Negara Thailand untuk diperkenalkan dia Malaysia







'Tourism Authority of Thailand' mengambil inisiatif memperkenalkan produk-produk pelancongan Thailand bagi menggalakkan pelancong-pelancong luar datang ke Thailand dan menjadikan Thailand sebagai sebuah destinasi pelancongan hebat di rantau Asia.

Untuk keterangan lanjut,

Tourism Authority of Thailand
Kuala Lumpur Office
S22.01, 22/F, Menara Citibank
165, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2162 3485, Fax: 03-2162 3486
Email: chanatip@tourismthailand.my